Tuesday 12 April 2016

ENTRI 180 : PERIA KATAK BERLADO.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Yang pahit-pahit kebanyakannya bagus untuk kesihatan, antaranya peria katak. Amat bagus untuk penyakit kencing manis. Saya bersyukur kerana tekak pemberian Tuhan ini tidak berkira sangat dari segi rasa malah lebih memikirkan manafaat.

Resepi mudah ini sangat complete-  sangat seimbang. Ada protien pada ikan bilis, karbo dari setengah pinggan nasi , vitamin dan zat dari peria, cili hidup dan bawang putih.

Jom belajar makan secara sihat, cukup untuk makan berdua.


Sebiji peria katak
2 biji cili merah
20 ekor ikan bilis
2 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit gula perang
sedikit kiub ayam

Boleh saja tokok tambah ikut selera masing-masing.


Bahan tidak perlu banyak untuk hasil resepi yang sedap. Bagi peminat cili padi dan belacan boleh saja letak.


Untuk kurangkan pahit peria, rendamkan sebentar dalam air garam.


Tumbuk kasar bahan-bahan dan tumis hingga garing, masuk peria, gaul sebati, perasakan dengan garam dan gula perang, letak sedikit kiub ayam jika mahu. Siap.




Sedang dalam kempen mengajar tekak agar tidak cerewet dan makan secara sederhana.



Sekian.
Mencegah lebih baik dari mengubati.



No comments:

Post a Comment