Saturday 23 April 2016

ENTRI 183 : HENNA.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Saya memang gila pakai inai.


Kadang-kadang simpan dalam buku catatan, pattern yang berkenan..
Baru-baru ini terbaca satu kisah seram pasal inai hitam.
Eloklah berhati-hati selepas mengetahui.


Sebagai pengguna bijak mesti buat pilihan tepat, jangan cepat tergoda pujuk rayu iklan.
Sewaktu anak saudara melangsungkan perkahwinan, saya anak beranak tidak mahu ketinggalan menghulur tangan, gila pilih pattern dalam buku khas yang dibawa tukang pakai inai-  dengan selamba snap semua gambar yang ada- tidak ada niat hendak salah guna, cuma sebagai peminat, memang pantang jumpa.


Sikecik saya pilihkan pattern yang simple, sesuai untuk budak-budak.
Dia saja yang ikut emaknya, suka berinai.


Emak budak pun hendak juga. Dibenar pilih yang glamour, satu tangan RM 5 saja.
Suka sangat

Ok habis satu bab.

Ini cerita bab lain.
Pandai nasihat orang, tapi diri sendiri tidak makan nasihat.

Terlajak merah!  
Boleh tahan 5 bulan!

 Eee....nak beli !!


Adik, jom pakai inai..


Uii tebalnya....
Ikut arahan, katanya kesan sepantas 15 minit. 
Boleh bawa solat-ha  itu yang nak dengar.
(mangsa pujuk rayu iklan)


Selepas 15 minit, basuh -fuh tebalnya line.
Teringat cara budak pakaikan inai semasa majlis kawin hari tu, saya cuba tiru cara dia..


Gunting sedikit salotep anggaran 1 1/2 inci, serongkan kedudukannnya pada muncung botol inai dan balut untuk bentuk muncung yang lebih halus. Tapi budak tu guna salotep yang lebih besar saiznya...


Ok dik, meh tangan lagi sebelah, kita buat yang simple.
Bila dah 15 minit, tekap hati-hati dengan tisu lebih-lebih lagi jika ada kawasan yang tebal sebab mudah comot. Jika dapat buat garisan halus yang konsisten, lagi bagus. Jika balutan salotep kurang kemas, itu akan datangnya line tebal disana sini. Bila sudah lap dan kering, basuh. Warna sesudah basuh akan kejinggaan dan memudar dengan cepat menjelang hari berlalu..
Jangan kata 5 bulan, 5 hari pun tidak sampai!
Ceh!

Untuk kuku sendiri, saya lebih suka pakai daun fresh- tapi tidak sesuai dibuat ukir-ukir pula.
 Jika ada pembantu, minta tolong balut sekeliling jari yang ditepek inai dengan salotep supaya tidak terlanggar. Pakai lama kalau boleh lebih sejam. Memang lawa dan gerenti makin berseri-seri.
Begitulah.


Sekian.


No comments:

Post a Comment