Thursday 14 April 2016

ENTRI 182 : RESEPI SAMBAL GORENG JAWA.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Semenjak dua menjak ini sudah mula bersemangat jawa waja- back to dapur .
Hari ini peminat masakan Jawa tegar mahu try something. Tengok gambar sudah cukup terliur, kalau sedap bagai dikata, tidaklah rugi hamba mencuba.


Lain sedikit dari sambal Jawa yang biasa saya jumpa. 
Resepi asal dalam majalah itu, jika dibuat dapat satu kuali besar cukup 5 keluarga beserta jiran tetangga. Saya ringkaskan memadai mengisi perut kami tiga beranak.

Ini bahan mentah yang akan digunakan.


Bahan utama adalah tempe, kentang, suun dan tahu kering.
Semua serba sedikit dan berpadanan. Perlu juga belacan dan asam jawa.


Bahan tumis ditumbuk kasar- 2 butir bawang merah, 2 butir bawang putih, 1/2 inci halia, seinci belacan dan 1/2 genggam ikan bilis. Tempe dan kentang perlu didadu manakala 8 tangkai cili kering dipotong serong. Suun dikerat 3 dan tahu kering dipecah kasar.


Mula-mula goreng kentang hingga garing, keluarkan. 
Goreng tempe pula. Kemudian goreng cili kering. Perlu diingatkan, cili cepat hangus jadi kecilkan api dan goreng cepat.


Kedua bahan ini akan cepat rangup macam goreng keropok. Goreng secara berasingan dan cepat. Tos minyak dan pecah-pecahkan menjadi butiran kecil.


Tumis bahan yang ditumbuk hingga betul garing baru masuk 1/2 cawan santan dan cili kering yang sudah digoreng. Baunya sangat menikam jiwa dan raga. Biar mendidih seketika baru masukkan kentang, tempe, gula perang dan sedikit saja garam kerana belacan dan ikan bilis sudah masin. Masuk sedikit saja air asam jawa.


Rasa garam gula. Bila sudah ok baru tuangkan suun dan tahu kering goreng, balik-balikkan.
Bila saya compare dengan gambar dalam majalah, saya rasa cili dalam gambar mungkin cili hidup berdasarkan warna yang terang.
Apapun, sambal Jawaku memang mantap.
Sepatut saya tinggalkan sedikit suun goreng untuk tabur-tabur.


 
 Great experiance...
Next time guna cili hidup, baru berseri sambal Jawa ku.


Sekian.

No comments:

Post a Comment