Wednesday 13 April 2016

ENTRI 181 : MENCARI INSPIRASI.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....



Minggu ini saya sibuk selongkar khazanah lama yang tersusun rapi dalam almari.
 Niat mahu mencari ilham. 
Kalau berjalan jauh, luas pandangan. 
Begitu juga pembacaan. 
Compare pencarian dalam internet, saya lebih puas membaca buku/ majalah.



Sehelai demi sehelai diselak, lawak bila bertemu wajah-wajah yang biasa kita lihat dizaman muda mereka.
Macam-macam informasi berguna boleh didapati juga.

Ini majalah paling lama terbitan 1986 dalam koleksi, peroleh dari rumah mertua. Edisi ini membincangkan kisah hidup anak-anak orang kaya.


Tengok fesyen dulu-dulu, make up, dandanan rambut dan cara berpakaian.


Kisah keluarga diraja Britain yang terkenal, zaman kegemilangan Lady Diana hinggakan kawan baik saya pun ada koleksi gambar-gambar beliau. Gambar hitam putih lagi tu tapi ada juga bahagian yang berwarna.


Kisah artis pon mestilah banyak.
Saya suka juga belek-belek hiasan dalaman.
Macam gambar dibawah, suasana cosy dan elegant.


Sebenarnya suka jambangan pink lily yang diletak lepas dalam balang kaca itu. 
Ingat raya nanti mahu buat begitu jugalah.


Ruangan untuk berkreatif. Teringin betul hendak buat pemegang periuk yang cantik macam ini.
 Tapi bila fahamkan pelan yang disertakan, tidak boleh faham.
...very confusing.


Tidak minat artis tapi gilakan lukisan dibelakang mereka. 
Abstrak!


Bagusnya kalau dapat buat bekas sos comel ini. Nampak senang tapi kena ada peralatan yang sesuai, baru proses jadi mudah.


Bakul dari buah oren ini pun menarik juga.
Boleh dicuba nanti.


Banyak input yang kena selalu baca supaya melekat kat otak seperti bahayanya makanan segera.


Yang ini kenalah ambil tahu, nama-nama daun herba yang memberi aroma dan rasa serta khasiatnya..


Jika diberi peluang makan direstoran mewah, teringin betul hendak makan something like this.


Pernah sekali makan nasi dagang, punyalah sedap sampai teringat-ingat.
Cuma tidak berapa berkenan dengan rasa ikan tongkol.


Nasi ambeng.
Sah Jawa, berbeza juga ikut tempat. 
Pernah makan yang semua gelap. Semua berkicap. 
Kami suka yang merah-merah, bersamballah tu.
Ayam pula mahu ayam goreng berempah!


Satu-satu resepi yang dying inside mahu buat. Masak tempoyak pucuk ubi. 
Keluarga  saya tidak biasa dengan tempoyak.
Mujur saya bertekak internasional, boleh terima dan sangat suka bila terjumpa dimana -mana kenduri kendara.


Sudah lama tidak buat serabai.
Kadang jadi, kadang tidak.


Tengok gambar pon menitik liur.


Pulut tetal. 
Sering makan semasa kecil sebab nenek saudara memang pakar.
 Buat dengan cara lama- padatkan dalam bekas kayu, siap alas daun pisang sekelilingnya, ditutup kemudian dihempap dengan benda berat.
Sekarang semua semakin mudah dan cepat.


Anak semakin besar dan sudah pandai makan laksa jadi saya ada sebab untuk buat.


Macam sedap saja kan?
 Tengok bahan-bahannya- pucuk paku, udang kering, bawang merah,cili merah, jus limau nipis dan kelapa parut. 
Ok dalam pertimbangan.


 Memang tergoda makanan Jawa macam ni.
Sambal goreng Singapura.


Meletop? 
Penulis itu kata sedap gila.
Sebab baca majalah inilah, saya cuba buat beberapa tahun lepas. 
Memang sedap tapi belum begitu kemas potongannya sebab lapisan atas sedikit lembik.
Cuma resepinya memberi bacaan yang buat saya pening. 
Kenapa la tidak simplified.
Sebagai contoh:
Bahan untuk lapisan bawah..
    3/4 cawan santan pekat
    2 1/4 cawan air
    63 gm gula
    103 gm gula merah
    123 gm tepung kacang hijau
Menyirap saja tengok bacaan dalam gram tu. 
Sudahlah penimbang saya jenis yang kena agak-agak.


Ketupat palas.
Senang saja hendak anyam daunnya, cuma rebus kena lama.


Kuih ni sedap. 
Tapi serik. Buat beberapa kali tidak pernah jadi walaupon bahannya mudah.
Beli forever!


Wah nampak sangat menyelerakan. 
Kena belajar ni, tapi saya minat inti kelapa sahaja.


Pernah buat.
 Remeh juga, dapat rawatan wap muka percuma lagi.


Dulu sewaktu zaman belajar, pernah bermalam di rumah seorang teman berketurunan Jawa, tercabar betul tengok adiknya berusia 15 tahun, selamba uruskan paru fresh yang dibawa balik bapa mereka.
Respect sebab mahir masak dalam usia muda..


Pernah sekali buat maruku- failed.
Ini pun akan beli forever.


Suka makan kuih siput.
  One day pasti nak cuba...
Senang ke kerja menggentel tu?


Pernah buat brucheta tapi versi sendiri. Senang saja, rasa pizza. Beli roti Perancis, potong serong.  Mesti ada inti ala pizza siap dimasak dan atasnya letak cheese. Tidak perlu masuk oven, panaskan saja dalam pemanggang ajaib untuk cairkan cheese.
Sedap dan kenyang.


Jangan tidak tahu, pisau ada macam-macam jenis dan kegunaan. 
Pisau chef, pisau utiliti, pisau slicer, pisau potong daging, pisau potong roti, semua lain-lain.
Pisau saya pula serba boleh.
Satu pisau semua kerja boleh buat.


Peminat laksa Johor mesti suka hendak tahu cara untuk sedapkan kuah.

Bagus sesi cari ilham ini.  
Terbuka minda. 
Baru datang mood hendak buat macam-macam.
Dalam otak sudah bersusun, harap tidak hangat-hangat tahi ayam .


Sekian.



No comments:

Post a Comment