Wednesday 21 December 2022

ENTRI 235 : GOLDEN MILK LATTE.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.


Minuman yang sangat bagus untuk dijadikan amalan ini merupakan ramuan warisan dikalangan masyarakat India kuno bagi rawatan penyakit. Terlalu banyak manafaat bahan aktif yang terkandung didalam kunyit iaitu curcumin (yang memberi warna kuning), malah telah diiktiraf sebagai salah satu herba terbaik dunia.


Cara membuatnya sangat mudah dan ikut juga kesukaan peribadi. 
o Kunyit : segar ataupon serbuk (hati-hati dengan pewarna)
o Susu : susu segar (lembu)  atau dairy-free ( yang berasas tumbuhan) seperti almond milk / santan kelapa /susu oat/susu kacang gajus/susu soya
o Herba segar : halia/serai
o Herba kering : serbuk kayu manis/serbuk lada hitam/pumpkin pie spice/black cayenne
o Perisa : ektrak vanilla
o Pemanis : madu/maple syrup
o Lemak sihat : minyak kelapa/minyak sapi (ghee)
o Tambahan : Badam panggang yang ditumbuk kasar

Dalam kimia- antara kombinasi makanan menyerap nutrisi jadi lebih baik- antaranya adalah gandingan KUNYIT dan LADA HITAM.
Jadi sebaiknya, jika mengaplikasi penggunaan kunyit, sertakan sekali dengan lada hitam.
 
Berikut adalah cara saya:



Kisar hirisan kunyit segar dengan sedikit santan dahulu. Kemudian tambah baki santan dan semua bahan lain.


Kisar sehingga kunyit benar-benar halus semaksima boleh.


Panaskan atas api sederhana sehingga ia hampir mendidih. Tidak perlu terlalu lama hingga hilang kualiti nutriennya. Padamkan api. Tidak perlu tapis.

Hidang panas.

Susu kunyit lemak berkrim dengan sentuhan rasa rempah yang ringan. Melalui pembacaan, tidak salah amalkan setiap hari tetapi saya berpegang juga kepada pesanan orang tua dalam masyarakat melayu yang tidak menggalakkan pengambilan secara kerap. Jadi saya putuskan untuk amalkan seminggu hanya dua kali. 


Sekian.

Semoga perkongsian memberi manafaat.

No comments:

Post a Comment