Thursday 21 July 2016

ENTRI 186 : ALKISAH PUDING MELETOP.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Salam Aidilfitri.


Ada terjumpa di mana-mana kuih 3 tingkat dimusim perayaan? 
Tidak adakan? 
Ha ini special edition.

Minggu terakhir puasa, jiran setaman buat hal.
Meluah hajat yang menggegar jiwaku.
Dia mahu order kuih yang lembik-lembik.
Oh...silap.
 Suami dia mahukan kuih  lembik-lembik.
Kuih lembik-lembik?

Order pada saya?

Kenapa saya?
Saya tidak pernah tahu dan buat kuih lembik-lembik.
Saya jadi pelik.
"Kau ada nampak 'sedia menerima tempahan kuih' kah didepan rumah aku? Kuih pelik pula tu" balas saya.

"Eh eh lupalah tu.  Dulu dia yang hantar kat rumah kita semasa kenduri berkhatan" terangnya.
Hah? 
Kenapa ingatan saya terputus pada waktu yang disebutkan itu?
Kuih lembik?
Aduh! Mereng sekejap.
Balik saya berteleku. Puas gamit segala memori.

" Buat! Laki aku nak makan bukak puasa!" 

Aduh!

9 tahun dahulu:
Saya megelek loyang aluminium ke rumahnya. Ya lah, adat orang hidup berjiran. Baru saja menetap di taman ini, kata orang hendak hulur salam perkenalan. Hari itu dia ada jemput ke kenduri anak bujangnya bersunat, saya pula ada hal. Tidak sedap hati, saya kirim seloyang kuih pengganti diri.
Sudahlah first time buat, kurang menjadi pula tu.
Bila diingat kembali, mengapalah aku bagi juga kuih kurang jadi pada orang?
Malu sungguh!

Hendak dijadikan cerita, minggu-minggu sebelum itu, saya ada membeli majalah mak-mak ni, edisi November 2007.


Baca tulisan yang di bulatkan tu.


Bersifat provokasi..


Cepat buka mukasurat 32! 
Apa katanya?
Kuih tiga lapis ini ternyata sedap, gabungan kolek kacang, kastad jagung dan serimuka.
 Digabungkan dengan kombinasi tiga warna dan rasa, lapis yang enak
rasanya ini adalah pilihan terbaik dihidangkan buat tetamu.
Wah wah wah.
Baca lagi.
Biarpun ia agak remeh untuk dibuat, tapi hasilnya memberi kepuasan yang tidak terkata.

Remeh?


Biar dikata remeh, semangat juang dalam diri sedikit pun tidak terhakis.


63gm gula? 
103 gm gula merah??
123 gm tepung kacang hijau???
Siapa sukat terperinci begini?

Ah cabaran kecil saja tu.

Saya pon buat puding meletop untuk disedekahkan pada dia.
Ha ha.
Ada kecacatan disana sini. Lagipun, masa itu, belum ada pengalaman buat kuih talam. Kuih itu agak lembik tapi rasanya sudah tentulah sedap.
Itulah ceritanya.
9 tahun dulu!
The end.
Ingatanku telah pulih.
Tapi kenapa diungkit cerita lama?

Sebenarnya saya ini malas gaduh-gaduh.
Tidak reti.

Semak resepi dengan hati non stop merungut.
Laki dia hendak makankan.
Buat kuih dihari terakhir rumah sepatut sudah licin berkilat sebab esok hendak balik kampung?
Hish sabar sajalah...

RESEPI KUIH TIGA LAPIS. 

LAPISAN BAWAH:
3/4 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air
63 gm gula
103 gm gula merah
123 gm tepung kacang hijau

LAPISAN TENGAH:
125 ml santan
250 ml air
57 gm tepung jagung
135 gm gula
3 biji telur
150 gm jagung manis
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning

LAPISAN ATAS:
3/4 cawan santan pekat
1 1/4 cawan air
63 gm tepung jagung
140 gm gula
3 biji telur


Lapisan atasnya saya tukar pada resepi serikaya serimuka yang biasa saya buat.
 Oleh kerana sudah ada sedikit pengalaman buat kuih talam sejak beberapa tahun kebelakangan ini, maka kuih ini alhamdulillah menjadi dengan baik.

Masalah lain pula timbul- ia tidak lembik.
Suami dia mahu versi yang lembik!



Take it or leave it!


Sekian.


No comments:

Post a Comment