Thursday 21 July 2016

ENTRI 187 : RESEPI TALAM TIGA LAPIS.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Resepi ini telah saya olah.


LAPISAN BAWAH.
3/4 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air
60 gm gula
100 gm gula merah
120 gm tepung kacang hijau

LAPISAN TENGAH.
125 ml santan
250 ml air
60 gm tepung jagung
130 gm gula
3 biji telur
150 gm jagung manis
Sedikit pewarna kuning

LAPISAN ATAS.
115 gm tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung gandum
180 gm gula
180 ml santan pekat
3 biji telur
370 ml air
6 helai daun pandan
1 helai daun limau purut
Sedikit pewarna hijau

Mulakan dengan membuat lapisan paling bawah- iaitu lapisan kolek kacang.


Saya gunakan tepung kacang hijau keluaran Alagappa's. Sukat sebanyak 120 gm.
Sebelum itu, panaskan periuk kukusan- tambah beberapa helai daun pandan untuk wangikan kuih jika suka.


Tepung kacang hijau, santan pekat, gula merah, air dan gula pasir.


Kisar 2 1/4 cawan air dengan 100 gm gula merah dan tapis kedalam periuk.


Masukkan gula pasir, tepung kacang hijau dan santan pekat- gaul rata-rata hingga tidak berketul. Tidak perlu buka api dulu. Siapkan bahan untuk dua lapisan lagi.

Lapisan tengah.- kastad jagung.


Sebiji pun cukup jagung manis ini. Tidak perlu rebus, cuma ceraikan dari batang dan timbang sebanyak 150 gm.


Bahan lain yang diperlukan adalah- santan, telur, tepung jagung, air dan gula pasir. Masukkan semua bahan termasuk jagung manis tadi beserta sedikit pewarna kuning kedalam blender. Kisar dan keluarkan kedalam satu bekas.

Lapisan bawah.- serikaya serimuka.


 Blend daun pandan yang sudah dibasuh bersih bersama air sebanyak 370 ml air kemudian tapis.


Selain air daun pandan, kita perlu juga tepung gandum dengan sedikit tepung jagung, gula, telur, santan dan sedikit pewarna hijau. Saya letak sehelai daun limau purut untuk aroma.


Masukkan semua bahan dan blend sebati. Masuk dalam satu bekas. Semua bahan untuk semua lapisan sudah pun sedia. Siapkan loyang.


Saya gunakan loyang empat segi 9 inci x 9 inci- lengser dengan sedikit minyak dan ratakan hingga tepi dinding loyang- alaskan dengan plastik.

Berbalik pada periuk berisi lapisan bawah yang mula-mula tadi.


Buka api- biar sederhana dan sentiasa kacau sebab bahagian bawah mudah mengeras dahulu. Masak 3-4 minit sehingga likat. Tutup api. Pastikan air dalam kukusan sudah betul mendidih, baru panaskan cairan ini.
Tuang kedalam loyang- ratakan dengan belakang sudu dan kukus selama 10 minit. Balutkan periuk kukusan dengan kain atau tuala bersih untuk elak air wap jatuh keatas kuih.

Masukkan cairan kastad jagung kedalam periuk.


Sambil-sambil menunggu lapisan pertama dikukus, buka api paling perlahan dan kacau sentiasa kastad ini. Time management mestilah betul. Bila sudah likat, tutup api bersamaan kuih lapisan kole kacang sudah pun 10 minit dikukus. Keluarkan loyang dan cakar perlahan permukaan kuih dengan garfu. Ini adalah untuk memastikan antara lapisan melekat kejap. Tuang lapisan kastad jagung pula, ratakan dengan sudu. Kukus kembali selama 10 minit.

Panaskan pula cairan serikaya serimuka.


Bila sudah likat tutup api. Keluarkan loyang dari periuk kukusan. Tuang dengan hati-hati keatas lapisan kastad. Cakar dulu lapisan kedua dengan garfu dan ratakan. Untuk yang terakhir, kukus selama 25 minit.


Cantik lapisannya mengeras dan kalau ikut law kuih talam- kena sejukkan paling kurang pun 4 jam sebelum dipotong dengan pisau plastik yang dioles sedikit minyak masak. Barulah potongannya cantik dan kemas.

Saya tidak potong sebab kuih orang. Hantar terus dengan loyang sekali.



Sekian.


No comments:

Post a Comment