Monday 12 September 2022

ENTRI 227 : PERCUBAAN MEMBUAT KEK BISCOFF.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Biscoff coffee cake? Saiz 5 inci berharga RM 40?

Banyak testimoni memuji, kita pon orderlah.

 Masyaallah. Sangat sedap! Serba serbi sempurna. Saya order online cake delivery dari Deja Klasik Oven (Melaka).

Kelazatan kek ini meninggalkan kesan yang bukan calang-calang. 

Berbekas dihati dan minda. 

****

Mahu berumah ditepi pantai. Marilah sama menyusur ombak.

Mula mencari. Tidak pula berjumpa yang sama macam Deja Klasik Oven buat-mostly tiada layering cake. Cuma cream cheese dan crust biskut mendasari kek. Bertemu juga dengan yang hampir sama - menggunakan kek. Setelah berfikir, berkira dan menimbang, saya putuskan untuk mencuba juga.

Saya gunakan resepi Biscoff Cake! Jane's Patisserie. 

Katanya hendak buat kek span yang bagus kenalah sama ratio (nisbah) gula, mentega, tepung dan telur. Ye lah Jane. Saya ikut saja resepi kamu.

200gm unsalted butter

200gm light brown sugar

3 1/2 biji telur saiz sederhana

200gm tepung naik sendiri

1/2 sudu teh esen kopi

1 sudu teh baking powder.


Loyang bulat ini kecil saja, berdiameter 6 inci.


Jane kata, semua kena sama ratio. Ini membawa maksud, jika ditimbang berat telur mestilah bersamaan 200 gm juga.


Putar butter yang sudah lembut dengan gula perang sehingga fluffy. Jenuh juga. Jika gula halus mungkin mudahlah hendak fluffy. Saya putar selama 5 minit saja.


Masukkan telur satu persatu.


Masukkan esen kopi. Saya gunakan coffee emulco.


Perlahankan speed. Masukkan 1/3 tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kemudian ulang sehingga tepung habis.


Hentak sikit untuk ratakan kek.


Bakar dengan suhu 180c selama 50 minit atau sehingga masak. 


Saya rajin jugalah menjengah oven. Alamak, permukaan atas kek sudah hitam. Check masa-baru 40 minit. Saya cucuk jugalah dengan lidi sebelah tepi. Sekali saja. Lidi keluar bersih. Kek perlu rehat 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.


Bila kek sudah sejuk, saya potonglah. Ikut cara tradisi. Asalkan terbahagi 3.


Wah cantik texture kek ini, nampak agak berat juga macam kek butter.


Alamak! Bahagian tengah kek tidak masak! Mungkin waktu pembakaran tidak cukup. Saya buang bahagian tengah yang mentah. 
Termenung.
Otak buat calculation. 
What next?

**

Teruskan?

**

Atau stop?

**

Teruskan??


Tanya pakar.
En. Google.

Sebab kek ini berat dan rasa butter, jadi saya klasifikasikan sebagai kek butter. Mengapa kek butter tidak menjadi En. Google? Oh sepatutnya hendak bakar- letak rak paling bawah. Oh baru tahu.

Buat semula.


Kali ini, hentak dia lain macam.


Jaga masa. Cucuk lidi tengah, tepi, kiri kanan This time, should be ok. Tapi sebaik melihat kek ini, saya termenung juga. Tuhan menurunkan hidayah. Tiba-tiba saya rasa Deja Klasik Oven tidak menggunakan kek begini. Kek yang saya makan- lembut dan ringan. Tidak berat.

Stop.

Laju mencari nama Deja klasik Oven.
Janganlah kita berlagak pandai, saya insafi diri.

Puan Jah melayan semua soalan dengan baik. Tidak tergugat langsung akan kemungkinan saya menjadi pencabar empayar perniagaan kecil-kecilannya suatu hari nanti.

Nape tak tanya dulu ,usiknya mesra.

Hendak minta resepi macam tidak manis pula. Kita ambillah kesempatan mana yang ada. Sebab Deja Klasik Oven guna kek span, jadi kita pon ikutlah. Kita tinggalkan Jane dengan kek butternya.


Adjust resepi Kek Span Coklat Chef Amir yang ada dalam simpanan. Mudah sangat.

170gm tepung kek
1 sudu kecil baking powder
(ayak bersama)
4 biji telur gred A
180 gm gula castor
70ml air
15gm ovellate
1 sudu teh esen kopi
50gm minyak jagung

Semua bahan diatas disatukan kecuali minyak jagung. 


Putar dengan speed laju sehingga gebu.


Akhir sekali, masukkan minyak jagung. Kaup balik saja pon boleh sehingga rata. Saya tiada minyak jagung lalu saya gantikan dengan minyak kelapa dara.


Tuang kedalam loyang.

Allah! 
Oven sudah off sebaik kek butter kedua siap. Tentu saja tindakan separa sedar.
Ah sudah!

Lek.

On oven.
Tunggu 10 minit.

Bakar selama 35 minit dengan suhu 170c.


Tidak baik body shamming
Berdamailah dengan takdir.


Kek naik cantik juga. Light and fluffy.


Sponge cake and Butter cake.


Bahagikan kepada 3 bahagian.

Dalam perhitungan, molek juga kiranya sudah sah kek saya boleh digunapakai, barulah saya akan keluarkan bahan-bahan lain. Manalah tahu perahu hanyut dilambung ombak. Tidaklah berlaku pembaziran.
Saya pon segera keluarkan cream cheese kerana mengikut resepi dari pelbagai sumber dalam internet, kenalah dibiarkan 1 jam dahulu pada suhu bilik. Cuma whipping cream mesti dalam keadaan sejuk. 


Saya tawakal. Dengan ilmu yang cetek, cuma bergantung harap pada semangat yang berlebih-lebih saja.


Dalam catatan- cream cheese diputar bersama Biscoff Spread, tetapi terlepas pula gula halus kedalam putaran. Saya hendak kata apa lagi. Hilang pedoman sekejap.


Masukkan yang sepatutnya. Siap-letak tepi.


Sempat juga masukkan mangkuk besi ini kedalam petiais untuk mencepatkan proses kental whipping cream. Tapi malang- ini kali ke2 saya gagal stiff pick kan ia. Namun saya proceed juga. 


Campurkan kedua-duanya, cream cheese dengan whipping cream yang sudah agak berair. Nampak macam ok juga ini.


Masukkan kedalam piping bag untuk memudahkan proses melepa. Masih menaruh harapan.


Ok baru nampak consistency yang tidak betul. Namun life must go on. 
And the rest is history.

**

Puan Jah. Kek hancus.

Hantarlah gambar - nak tengok, katanya.


Oklah tu. First timer...pujuknya.
Saya tanya banyak soalan. 
Banyak kenapa.

Kata Puan Jah, whipping cream memang selalu buat hal. Dia pon sesekali mengalaminya juga. Menghampiri kental tapi tidak sampai stiff pick. Jika gunakan dairy whipping cream seperti saya, cream cheese jenama ini tidak boleh dibiar lama pada suhu bilik. Terus putar sebaik keluar petisejuk.
Oooooo begitu.

Tapi jika nak selamat, gunakanlah Non dairy whipping cream. Itu mudah saja menggebu. Jika guna cara ini, maka cream cheese jenama ini boleh berada pada suhu bilik. Kenapa saya tidak berjumpa dengan resepi yang gunakan Non dairy?
 Untuk perasa kopi, beliau guna nescafe saja.
Oooooo .


Banyak betul pelajaran hari ini.


Anak saya mengambil kek Jane yang tersisih lalu dihias dengan kasih sayang. Bersyukur semua masih boleh dimakan dan sedap juga rasanya.


Semoga semakin kuat dan bersemangat!
Chaiyok!

Sekian.





 

No comments:

Post a Comment