Sunday 28 June 2020

ENTRI 216 : LEMPENG PISANG KELAPA.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.


Serius, saya tidak pernah makan lempeng pisang kelapa. 
Sebab dari kecil, yang selalu jumpa dan makan, lempeng biasa itu sajalah.
Suatu ketika, ada seorang usahawan ternama dalam instagram buat ulasan pasal lempeng kelapa ini. Katanya- hendak lagi sedap, lebihkan kelapa parut, kurangkan tepung, sambil ibu jari buat tumbs up dengan muka terkecur-kecur menelan liur.
Pandai orang ini.
Patutlah bisness maju. Pandai mengayat.
Saya yang tidak tahu apa-apa ini pon boleh terus rasa hendak buat.


RESEPI LEMPENG PISANG.

Pisang masak ranum
( saya guna 2 biji pisang Carvendish yang agak besar)
Satu cawan kelapa parut
(lagi sedap kalau guna kelapa yang agak muda)
2 sudu besar gula perang
secubit garam halus
4 sudu besar tepung gandum
(boleh adjust)


Kalau pisang masak ranum- sudah sedia manis. Tidak perlulah letak gula yang banyak. Dan jika guna pisang yang agak kecil, lebihkan. 
Semua amaun bahan agak-agak saja.
Tapi jika pisang yang dipilih tidak cukup lembut, belum manis betul- kenalah tambah lagi sedikit gula.


Campur semua bahan dan gaul rata. Tidak perlu letak air.


Begini. Jika letak tepung gandum yang kurang, lempeng akan sedikit sukar untuk diterbalikkan sebab ia agak lembut. Tapi dari segi rasa-lebih mantap.
Jika suka lempeng yang agak keras dan mudah diterbalikkan sesudah masak, tambah beberapa sudu lagi tepung gandum.
Semuanya ikut selera kita.


Pada saya, kegaringan juga memainkan peranan yang penting. Mahu garing, sudah tentulah kena guna minyak yang secukupnya. Tambah dari masa ke semasa. Bila makan part yang garing huh...itulah part yang paling sedap!
Untuk resepi diatas, bahagilah sama banyak untuk dapatkan dua keping.




Guna dua sudip agar mudah untuk diterbalikkan.

 Silalah cuba. Pasti sedap dan mengenyangkan,


Sekian.

Semoga perkongsian membawa manafaat.

No comments:

Post a Comment