Sunday 28 June 2020

ENTRI 215 : HOMEMADE ICE CREAM.

28hb. Jun 2020
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Pernah suatu ketika, anak-anak saya berlarian ke hulu ke hilir bergelak ketawa. Musykil juga. Ah rupanya sedang buat eksperimen- Ais Krim goncang yang ada dalam buku teks sekolah darjah 5. Saya tidak sempat rasa pon.
Beberapa hari lepas, anak dara saya pula mencuba satu resepi dalam instagram.
Ya lah. Sudah ada mixer baru kan.
Bila sudah siap, wah wah wah ibu bagi 5 bintang lah.
Macam ais krim beli di kedai. Yang perasa vanilla tu.

Ibu pon hendak cubalah.

RESEPI AIS KRIM.

Satu tin susu cair
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar ovalette
Satu penutup esen vanilla

Super simple.

Bahan-bahan yang digunakan:


CARA-CARA MEMBUATNYA:

Tuang setin susu cair kedalam mixer bowl.


Masukkan 2 sudu besar ovalette.


Masukkan pula 4 sudu besar susu pekat manis. Jika tidak suka manis, kurangkan kepada 3 sudu besar sahaja.


Diikuti dengan satu penutup esen vanilla.


Adunan ini perlu diputar selama 15 minit dengan speed perlahan.


Adunan yang diputar akan mengembang naik.


Hendak buat pelangi- jadi perlulah keluarkan sedikit adunan kedalam 2 mangkuk berlainan untuk diwarna. Saya gunakan 10 kuntum bunga telang dan tumbuk dalam lesung batu tanpa air, kemudian perah dan tapis. Sepatutnya saya gunakan 20 kuntum untuk warna yang lebih terang.


Untuk warna merah, saya gunakan beberapa titis pati sirap rose.


Apa yang terfikir untuk dimasukkan adalah, biskut oreo. Pecah-pecahkan.
Ikutlah kreativiti masing-masing.


 Masukkan adunan kedalam satu bekas,buatlah layering, ikutlah citarasa masing-masing.
Hias sesuka hati. Kemudian tutup bekas ini dan masukkan kedalam bahagian beku dalam peti ais semalaman.



 Sebab sudah tahu hendak buat ais krim kan, sediakan aksasori yang sepatutnya, Sempat anak bujang saya memecut ke Tesco semata-mata hendak membeli scoop ais krim dan bekas acuan sekali.


Saya sangat sukakan perasa coklat, jadi terlintas dihati hendak curah sos coklat pekat bergandingan dengan ais krim itu nanti. 
Saya belasah saja resepinya. 

SOS MILO MUDAH DAN SEDAP.

7 sudu besar serbuk milo
2 1/2 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar air panas mendidih.
( Satukan semua dan gaul rata)



Ais Krim sudah mengeras dengan elok.


Nikmatilah.....




Sangat sangat sedap!


Resepi yang mudah, murah dan cepat.

Dan. 
Oleh kerana mendapat sambutan diluar jangkaan, satu lagi resepi menyusul.
Maksud saya, pada hari yang sama.

Ais Krim Oreo.
Resepi masih sama, menggunakan resepi di atas, cuma olahan terakhir saja ditambah biskut Oreo.
Biskut Oreo sebanyak 10 keping, pecah-pecah dan dibuang krim manis ditengahnya.


Begini- jika mahukan ais krim yang putih dan hanya ternampak habuk serta serpihan biskut, masukkan kedalam putaran ais krim 3-4 minit terakhir.
Tapi jika mahukan ais krim yang berwarna agak gelap, macam apa yang saya buat ini, masukkan pada 6 minit terakhir, supaya warna biskut meresap kedalam ais krim.


Ketika ini, colet sedikit dan rasa. Kerana dengan penambahan serpihan biskut yang sudah hancur mungkin mengubah kadar kemanisan sedia ada. Jika suka rasa begitu, teruskan saja.
Tetapi jika hendak tambah sedikit kemanisan dan tekstur, boleh ambil 5 keping lagi biskut Oreo, tumbuk kasar dalam lesung batu bersama krim manis didalamnya.
Tabur dan kacau rata-rata.
Siap. Tutup rapat dan masuk ke tempat beku semalaman.

Tidak sabarnya menanti hari esok.
Cornfirm akan habis dalam masa sehari!



Wah!


Rasanya sangat creamy, kaya dengan rasa biskut Oreo.
Serius sangat sangat sedap.



Macam aiskrim yang dibeli.
Sekian.

Semoga perkongsian memberi manafaat.





No comments:

Post a Comment