Friday 5 December 2014

ENTRI 107 : LABU.

Bismillah.


Tidak tahulah kenapa.
Dari kecil saya tidak pernah lihat baik nenek mahupun kaum keluarga yang lain memasak  labu. Jika ada kenduri kendara, pilihan sayur selalunya nangka muda, pisang muda atau kobis masak lemak ataupun acar timun dan lain-lain yang tidak melibatkan labu. 

Sejak tahu ia salah satu makanan kesukaan Rasullullah saw, saya bulatkan azam untuk mula memasak labu. Rasanya bukan tidak sedap, manis berserat, kaya khasiat juga.
Labu yang direbus dikatakan amat baik untuk merawat tekanan darah juga bagi mengatasi ketidak seimbangan gula dalam darah. 

Saya beli  labu bersaiz sederhana dipasar borong dengan harga RM 4.50 sebiji. 
Walaupun sebiji tapi saya dapat buat macam- macam juadah.


    Labu ada pelbagai bentuk. Ada yang bulat, ada yang pipih.


Berwarna oren terang tanda kaya dengan beta kerotin. Serabut dan bijinya perlu dibersihkan.

Hidangan pertama :
KUIH KU LABU.


Rebus labu yang telah dibersihkan selama 15-20 minit. Cucuk dengan garfu untuk check samada sudah empuk ataupun belum. Jika belum, tambah masa.


Lenyek halus labu yang sudah direbus dan campurkan dengan tepung pulut Tambah sedikit air sehingga terbentuk doh yang lembut.


    Doh akan kelihatan berserat.


Cubit sedikit doh dan bulatkan. Masukkan inti kacang hijau dan tutup semula. Lonjongkan bentuknya dan sepit dipermukaan atas sebagai corak.


   Kuih ku yang belum dimasak.


Alaskan setiap kuih diatas daun pandan yang agak lebar atau daun pisang yang telah disapu sedikit minyak mengikut saiz kuih. Susun dalam loyang,yang juga telah disapu sedikit minyak.Pastikan ada jarak antara satu sama lain. Kuih akan sedikit mengembang dan mudah melekat-lekat ketika masih panas.


Pastikan air kukusan sudah pun mendidih. Kukus dalam masa 10 minit.


  Sudah masak pun kuih Ku labu.


Warnanya terang dan cantik, warna semulajadi dari labu. Sedap kerana tepungnya lembut.
Misi seterusnya, saya buat kuih yang basicnya sama

KUIH KOCI LABU.
( versi moden )



Caranya sama seperti diatas, rebus dulu labu dan campurkan kedalam tepung pulut. Kuantitinya boleh sama banyak atau tepung pulut lebih sedikit dari jumlah labu lenyek.


  Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan kembali.


Rebus dalam air yang mendidih yang diletak daun pandan didalamnya selama 4 minit sehingga ia timbul. Toskan.


Masukkan kuih yang siap direbus kedalam kuah santan yang telah siap dimasak.


    Sangat sedap.


Sangat moden. Tanpa daun pisang. Ringkas dan cepat.

Hidangan seterusnya...
LABU MASAK LEMAK PUTIH.



Ramuannya sangat mudah. Bawang merah dan sedikit ikan bilis sebagai rencah. Kita juga perlukan daun kunyit untuk aroma.


 Nama pun masak lemak, kenalah ada santan


Satukan semua diatas dalam satu periuk. Masuk garam Oleh kerana saya masak sedikit sahaja lalu saya masukkan 1/4 kiub ikan bilis saja. Jika kita gunakan kiub ayam / ikan bilis, kita perlu masukkan sedikit gula untuk balancekan rasanya.


Masak dengan api perlahan kerana labu ini cepat empuk. Siap!


Gandingan terbaik- masak lemak dengan sambal belacan.
Yang terakhir, dengan baki labu yang ada, saya buat pengat.

PENGAT LABU.



Saya suka gunakan separuh santan dan separuh lagi susu cair. Sangat sedap. Selain itu kita perlukan sedikit biji sagu sebagai pelengkap.
Rasa syukur bila dapat masak dan menjamah antara juadah kegemaran Rasulullah.
Alhamdulillah..


Sekian.

No comments:

Post a Comment