Thursday 2 April 2015

ENTRI 126 : GROUP WHAT'SAPP.

Bismillah.

Telefon rumah berdering.
Sudah beberapa kali mereka pelawa join group what'sApp.
Aduh.
Saya sentiasa sediakan alasan.
Sudah ada jurang yang sangat lebar antara mereka dan saya.
Saya jadi segan. 

Saya sebenarnya sudah ada group sendiri.
Lebih suka dan selesa dengan kawan-kawan baru. 
Kak Ida, jiran depan rumah. Zarah, jiran yang sudah pindah balik Perak...
Mereka itu  geng surirumah, kawan sekufu.
Tapi kami tiada What'sApp. group.
Kalau ada majlis bacaan Yasin, guna telefon rumah saja.
Kalau rasa hendak bersembang panjang, jumpalah sekejap.
Saya lebih suka begitu.

Selang beberapa minggu, saya di 'ganggu' pula oleh ex-schoolmate. 
Turut menawarkan agenda yang sama.
Jom jumpa.
Jom join group what'sApp.

Beralasan lagi.

Saya tidak mahu pegang gajet sepanjang masa. Tapi suka atau tidak terpaksa diakui ia sudah jadi satu keperluan. Bukan tiada kebaikan langsung. Bahkan ia satu bentuk kemudahan yang sangat pantas dan ringkas.
Kebergantungan pada gajet beri kesan yang sangat negatif.
Itu yang saya paling takut.


Aplikasi messenger  sangat berguna untuk ahli famili, bantu hubungan kekeluargaan sentiasa terpelihara kerana setiap hari mereka cuba update maklumat terkini.
Bagus tu.

Awal tahun lalu, sewaktu mesyuarat PIBG sekolah,
Guru besar meminta para ibu bapa memberi nombor telefon masing-masing kepada guru kelas kerana mahu tubuhkan group What'sApp.
Saya terlopong.
" Tapi jangan pula tanya, cikgu masak apa hari ini..?" guru besar berseloroh....


Sekian.


           

No comments:

Post a Comment