Wednesday, 5 August 2015

ENTRI 127 : GUBAH HANTARAN RINGKAS.

Bismillah.


Baru-baru ini saya diminta untuk menggubah hantaran.
Jiran depan rumah saja.
Kalau dulu hendak buat something yang different, perlu daya imiginasi tahap tinggi, buahlah, bungalah, tekolah tapi lately mereka minta yang simple -simple.
Bagus juga.
Taklah poning kepalo den nak memikir.



Dulang hantaran telah disediakan. Katanya buat yang ringkas-ringkas.


Bila gunakan dulang yang ada kedalaman, kenalah consider bagaimana hendak tonjolkan barang didalamnya. Saya ingat hendak guna base seperti kotak. Boleh juga guna gabus putih yang sedia dijual dikedai. Tapi kalau hendak berjimat cermat, boleh saja ikut cara saya.


Sebelum itu cari bahan penaik seri. Pilihan saya, ribbon organza kilat, ribbon rainbow dan ribbon saiz kecil yang jumlah kosnya RM 15.30. Saya beli juga kertas pembalut berwarna hijau kerana theme colour adalah hijau yang berharga 75 sen sehelai.


Bunga plastik ini pun sudah naik harga. Saya pilih gabungan warna diatas untuk hantaran kali ini. Walaupun pilih yang murah-murah tapi harga untuk semua bunga rose bush dan hydranges ini pun sudah hampir RM100.


Mula kerja. Ukur dulu lebar dan kedalaman dulang hantaran.


Gunakan kotak terpakai yang ada permukaan luas. Saya akan buat kotak yang kecil sedikit dari ukuran yang diambil.


Dengan glue gun cantum semua dinding kotak.


  Acu dulu, ok ngam.


Kita akan gunakan dalam dua keadaan, kena lihat pada kesesuaian barang hantaran.


   Balut kemas-kemas.


   Siap untuk letak atau isi barang.


Barang pertama adalah sejadah. Oleh sebab sejadah ini tebal, tidak sesuai diletak atas kotak. Ia kenalah berada dalam kotak. 


Sesi lipat-melipat. Mungkin lipatan pertama bukan yang terbaik. Macam saya. 5 kali barai barulah dapat ukuran yang elok dan kemas. Buat dengan sabar.


    Simplelah ni....


 Letak gubahan bunga diatasnya- Siap.


 Syarat utama gubahan adalah K E M A S.
Next kain pelikat.


   Buat camana pula ni....


 Idea saya- buat gini saja. At last saiz kotak itu saya rendahkan sikit. Kalau tidak, macam tidak seimbang.


Balutkan kemas-kemas, pinkan dengan jarum peniti pada tempat yang perlu.


   Macam ini saja? Ha lah, kata ringkas.


   Naikkan seri. Kita buat ala-ala kotak hadiah.


  Sweet and simple....


Gubahan bunga mestilah menarik dan nampak serasi dengan kotak dasar dan barang hantaran.


    Selitkan detailing yang sesuai. 


Untuk tuala mandi ni saya ingat buat ala-ala kek. Tapi make sure untuk letakkan pattern atau sulamannya diatas. Bagi orang nampak.


   Bungkus kemas. Tidak kemas- fail.


Gunakan hujung gunting untuk kemaskan bucu atau masukkan reben.


   Letakkan bunga dan siap!


Make sure setiap bucu adalah tajam dan kemas. 


Sebuah kitab tafsir turut disertakan sebagai barang hantaran. Saya letak saja atas kotak dan hiaskan dengan gubahan bunga dan juntaian reben yang banyak.


Tidak perlu barang mahal untuk hasilkan hantaran menawan.


Sireh junjung rendah sebab hendak jalan jauh, naik pi utara tanah air.


Bunga putih diantara bunga kekwa maroon tu adalah bunga melur.
Gambar kurang terang sebab habis gubah lewat malam.

Seronok dapat puaskan hati orang yang berhajat.
Salam Syawal.


Sekian.


Thursday, 2 April 2015

ENTRI 126 : GROUP WHAT'SAPP.

Bismillah.

Telefon rumah berdering.
Sudah beberapa kali mereka pelawa join group what'sApp.
Aduh.
Saya sentiasa sediakan alasan.
Sudah ada jurang yang sangat lebar antara mereka dan saya.
Saya jadi segan. 

Saya sebenarnya sudah ada group sendiri.
Lebih suka dan selesa dengan kawan-kawan baru. 
Kak Ida, jiran depan rumah. Zarah, jiran yang sudah pindah balik Perak...
Mereka itu  geng surirumah, kawan sekufu.
Tapi kami tiada What'sApp. group.
Kalau ada majlis bacaan Yasin, guna telefon rumah saja.
Kalau rasa hendak bersembang panjang, jumpalah sekejap.
Saya lebih suka begitu.

Selang beberapa minggu, saya di 'ganggu' pula oleh ex-schoolmate. 
Turut menawarkan agenda yang sama.
Jom jumpa.
Jom join group what'sApp.

Beralasan lagi.

Saya tidak mahu pegang gajet sepanjang masa. Tapi suka atau tidak terpaksa diakui ia sudah jadi satu keperluan. Bukan tiada kebaikan langsung. Bahkan ia satu bentuk kemudahan yang sangat pantas dan ringkas.
Kebergantungan pada gajet beri kesan yang sangat negatif.
Itu yang saya paling takut.


Aplikasi messenger  sangat berguna untuk ahli famili, bantu hubungan kekeluargaan sentiasa terpelihara kerana setiap hari mereka cuba update maklumat terkini.
Bagus tu.

Awal tahun lalu, sewaktu mesyuarat PIBG sekolah,
Guru besar meminta para ibu bapa memberi nombor telefon masing-masing kepada guru kelas kerana mahu tubuhkan group What'sApp.
Saya terlopong.
" Tapi jangan pula tanya, cikgu masak apa hari ini..?" guru besar berseloroh....


Sekian.


           

Wednesday, 1 April 2015

ENTRI 125 : ALKISAH BUDAK DEMAM.

Bismillah....


Anak kecil saya masih nampak ok walaupun demam. Selera makan masih ada dan cergas seperti biasa. Menjelang malam dia mula kelihatan lemah dan terus tertidur selepas diberi ubat. Lama merenung dia yang terlena. Saya tidak berani tidur selagi suhu badannya belum normal...
Raba badan, dahi, leher, makin panas. 
Terus saya panik!
 Takkan ubat yang saya beri 10 minit tadi  masih belum berkesan?
Hish! tidak boleh jadi....

Cepat-cepat saya talipon si ayah, minta balik segera.

Apa yang saya kena buat dulu?
Ubat sudah diberi. Apa lagi? 
Saya mesti turunkan suhu.
" Dik...bangun dik....bangun dik....."
Saya cemas kerana dia tidak mahu buka mata.
" Bangunlah sayang....ibu tak larat nak angkat adik ni......bangunlah...."
Boleh tidak boleh dia mesti dimandikan.
Menggigil tubuh anak itu.
Saya beri dia minum. 
Dia memanjat katil dan terus terlelap semula.
Saya sedikit lega kerana badannya tidak sepanas tadi. 
Ya Allah, kalaulah dapat kami bertukar, biarlah saya yang tanggung semuanya.
Tangan mengusap-ngusap kepalanya yang masih basah, mengusap pula kaki dan tangan kecilnya....
Suhu membahang semula. 
Oh Tuhan.....

Jam menunjukkan angka 10.10 malam.
 Enjin kereta suami berhenti diluar. 
Cepat-cepat saya bertudung dan suami memapah anak itu.
Kami segera ke klinik 24 jam. 
Dia masih begitu. Masih terlena dalam kereta.
" Panas lagi?"
" Ya."
Berbual pun tidak ada mood.
Tangan ini sentiasa mengusap-ngusap tubuh itu. Kalaulah tanganku ini dapat menyerap semua haba yang ada, alangkah bagusnya.
15 minit sudah berlalu. 
Saya rasa ada sedikit penurunan. Mungkin kerana faktor air condition yang terpasang dalam kereta, atau ubat yang diberi sejam yang lalu sudah menunjukkan kesan.

" Dik bangun dik...kita dah sampai " 
Dia membuka mata dan  bangun dengan perlahan.
Terus meradang bila seliparnya yang lagi sebelah tidak dijumpai.
Ha itu satu petanda baik.


Anak saya segar bugar dihadapan doktor.
" Tonsilnya sedikit bengkak. Lebihkan minum air. Saya beri antibiotik dan ubat sakit kerongkong"
" Berapa bacaan suhunya doktor?"  
" Tidak berapa tinggi puan. 36.6c.."
Rasanya di rumah tadi suhunya lebih dari itu.

Didalam kereta.
" Adik nak makan antibiotik dulu tak? ibu ada bawa sudu dengan air ni. Kalau makan sekarang adik boleh terus tidur dalam kereta, kat rumah tak payah makan ubat lagi" pujuk saya.
" Sedap ke antibiotik?....tak naklah"
" Ok Ok ..makan kat rumah"

Radio memperdengar lagu kegemaran dia.
Dia menyanyi bukan main!
Lagu bertukar.
La, yang ini pun dia tahu!
Si ayah menggeleng kepala. 
Kereta terhenjut-henjut kerana dia sudah menghenjut badan di seat belakang.
Back to normal!
" Ini baru anak ibu. Yang duduk diam, yang lemah-lemah itu bukan anak ibu.." usik saya.
"  ....Lapar...."
Everything back to normal!

Legakan sakit tekak. Selain troches lozenges yang dibekalkan doktor, saya juga membeli aiskrim perasa vanilla. Kata orang bagus untuk legakan tonsil yang bengkak.



Perasa vanilla saja ok?
Dengan cuaca yang panas melampau, kenalah lebihkan pengambilan air dan.vitamin C . 
Cuba elakkan  makanan yang masam, juga yang bersifat panas seperti coklat dalam jumlah yang banyak,untuk elak dari dapat sakit tekak.


Sekian.


ENTRI 124 : KACAMATA PERTAMA.

Bismillah.


Smart.
Itulah persepsi pertama saya terhadap mereka yang berkaca mata.
Masa itu, saya budak lagi.

Bila dewasa, persepsi itu terus berubah. Seorang kawan yang rabun jauh pernah bercerita, dia selalu teraba-raba mencari spec nya bila terlupa dimana letak. 
Semuanya kabur.
 Alangkah tidak syoknya bila membayang keadaannya itu.

Tapi semalam....


Saya punyakah?
Ya.



Why?


Bila membaca, tulisan nampak mengembang macam biskut lemak kena cicah air milo.
Kalaulah saya tidak mengikuti kelas mengaji Quran pada waktu malam, rasanya saya tidak akan buat.
Sebab saya masih boleh membaca dengan baik dengan cahaya terang pada waktu siang. 
Dua hari lepas, saya memohon untuk berhenti ngaji seketika sebab malam-malam, titik dua jadi tiga. Huruf amzah yang kecil pun macam titik tiga juga. 
Wah wah ini sudah kes berat. 
Mana boleh tembak-tembak masa baca Quran. 
Mahu tidak mahu terpaksalah saya ke kedai cermin mata.

Sangat tidak best.
Saya separa rela ke kedai itu.
Terang Mr. Apek, saya juga ada sedikit masalah rabun jauh.
Mana ada! 

Hendak buat spec untuk rabun dekat saja.
Apek akur.
Ok la. Ok la esok angkat, 120....mau bayar penuh?
Deposit 50 dulu.

Semalam, si dia sampai.
Bila sudah pakai, semua tulisan jadi terang benderang.
Tulisan sekecil semut pun sudah jadi jelas.


For relief, massage VICKS VAPORUB on throat, chest and back. For use in steam : Partly fill a bowl with steaming water, add 2 teaspoonfuls of VapoRub and inhale vapours for 10- 15 minutes. repeat as necessary. Children should be closely supervised to avoid scalding...bla bla bla

Sudah boleh baca statement bertulisan halus kat tepi kotak Vicks itu.
Yeay...

Walau masih dalam denial stage- perlahan-lahan terima jua kenyataan.
Ingat mata kau tu muda lagi?

Power  170.


Sekian.




Saturday, 28 March 2015

ENTRI 123 : KARIPAP RAPUH.

BISMILLAH.


Bosan.
Tidak tahu hendak buat apa.

 " Nak buat apa ni dik..." mula mengadu domba.
" Main la facebook. Ibu kan suka facebook."
Mana ada?
Tau-tau  jari jemari saya sudah merayap atas papan keyboard komputer.
Tapi hendak cari apa?
OK google secara rambang dulu.
Belum ada sebarang clue.

Karipap pusing. 
Rasanya karipap pusing yang saya buat dulu masih belum memuaskan hati.

Ala balik-balik karipap pusing.

Ok cari lain.

Karipap rapuh.


Sesekali kena tukar angin.
Cuba buat karipap rapuh berbentuk bulat.


Untuk inti- ikutlah citarasa masing-masing. 
Saya hendak cuba buat inti sardin berkentang.


RESEPI PASTRI RAPUH.

400 gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak masak ( panaskan )
1/2 cawan air sejuk
sedikit garam

Bahan-bahan untuk buat kulitnya sama saja dengan resepi yang biasa kita jumpakan.

 
Sukat tepung dan satukan dengan marjerin. Ratakan dengan tangan


 Panaskan minyak masak dalam kuali atau periuk kemudian terus tuang kedalam tepung. Gaul dengan garfu. dulu, baru gunakan tangan.


Seterusnya tuangkan air sejuk yang sudah dicampur dengan garam halus. 
(boleh letak ais untuk sejukkan air).
Tuang air sedikit sedikit sehingga dapat membentuk doh.


 Doh yang sudah siap perlu ditutup dan direhatkan dalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam.


Keluarkan doh. Cubit sedikit dan gelek diatas papan. Bentukkan bulat dengan acuan yang sesuai. Saya gunakan cawan plastik saja. Ambil 2 kepingan bulat dan letak inti. Tutup dengan menekan sekeliling dengan jari.


Kemudian baru klim keliling karipap dengan kemas.


  Comel  juga, inilah first time saya buat karipap bulat.


 Siap untuk digoreng.


 Rangup dan rapuh, sedap makan panas-panas.



 
Rasa lebih kurang saja dengan karipap yang biasa. 
Iyalah, guna pun bahan yang sama.

Sedap.


Sekian.

Monday, 23 March 2015

ENTRI 122 : RESEPI RED VELVET CUPCAKE.

Bismillah.


Kalau dulu saya ada buat sebiji kek, kali ini cuba buat cupcake pula.
Untuk kek dan topping, ada banyak pilihan resepi.
 Saya pilih yang ini.

Kita buat topping dahulu.

CREAM CHEESE FROSTING

250 gm cream cheese
30 gm butter
100 gm gula icing
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar perahan lemon

 Pukul cream cheese dan butter hingga lembut, perlahankan speed, masuk sedikit demi sedikit gula icing. Masuk esen, susu dan perahan lemon. Setelah siap masukkan kedalam piping bag dan simpan dalam peti ais.


RESEPI KEK RED VELVET

Step 1.
240 ml susu full cream
2 sudu teh cuka makan.
2 sudu teh pewarna merah

 Campur susu dan cuka- perap 10 minit baru campur pewarna merah. 
Ketepikan -Boleh juga gunakan susu cair menggantikan susu full cream 
Alternatif lain- bancuhan susu tepung 

Step 2
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk koko
( Semua bahan diayak )

Step 3
Sediakan 2 sudu teh cuka makan.
1 sudu teh soda bikarbonat
( Jangan campur dulu- cuma stand-by saja.)

Step 4
150 gm butter
300 gm gula castor
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

 Dengan speed sederhana, putar butter, gula dan esen dalam masa 2-3 minit, masuk telur sebiji demi sebiji. Akhir sekali, masuk tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu yang telah dicampur pewarna merah tadi. 
Masa ini barulah kita campurkan bahan Step 3- cuka dan soda bikarbonat- campuran ini akan berdesir dan berbuih. Kacau rata dan  masukkan kedalam adunan tepung .

*********
Cara membuat cream cheese frosting.


Kedua bahan ini perlu dikeluarkan 1/2 jam lebih awal dari peti ais sebelum digunakan- butter dan cream cheese. Untuk cupcake cukup sebungkus cream cheese (250 gm )
 Untuk sebiji kek kita perlu buat  2 adunan topping kerana kek perlu disalut sepenuhnya, juga perlu diletak pada lapisan dalam-jadi jumlah cream yang diperlukan lebih banyak.


Selain cream cheese dan sedikit butter, kita perlukan juga bahan-bahan diatas. Saya gantikan lemon dengan limau nipis untuk efek  kemasaman.


Caranya -Masukkan cream cheese dan sedikit butter kedalam mixer bowl. Putar dengan speed sederhana dalam masa 2 minit sehingga creamy- lembut. Perlahankan speed dan sprinkle gula icing sedikit sedikit sehingga habis. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.


Masukkan pula jus limau nipis, dan susu. Matikan mixer.
Serius sedap!


Bagi memudahkan kerja, masukkan topping tadi kedalam piping bag dan ikat kemas. Simpan didalam peti ais untuk disejukkan. Bila melibatkan keju, ia akan mudah cair pada suhu bilik. So, it safer simpan dalam peti sejuk.

Kita mulakan proses buat keknya pula.
Langkah pertama- panaskan oven pada suhu 180cselama 15 minit.

Step 1.


Gambar 1- Perap susu dengan cuka selama 10 minit. Ia akan sedikit memekat. Sementara menanti masa, kita bolehlah kelangkah seterusnya tapi jangan terleka pula sebab selepas 10 minit, kita perlu campurkan sedikit pewarna merah kedalam campuran susu-cuka tadi, Saya agak-agak saja sukatan pewarnanya. Kacau rata dan ketepikan.

Step 2.


Ayak bersama tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan garam halus. Oleh kerana saya was-was samada garam saya boleh lepas ke tidak tapisan itu lalu saya keluarkan garam dan campurkan ia kedalam telur.

Step 3.


Sediakan 2 sudu teh cuka dan 1 sudu teh soda bikarbonat. Jangan campur dulu kerana campuran ini diperlukan pada saat paling akhir.

Step 4.


Bahan seterusnya -butter dan gula castor/gula halus (boleh juga gantikan separuh darinya dengan gula perang) selain esen dan telur.


Caranya -Putar butter, gula dan esen vanilla dengan speed sederhana selama 2-3 minit. Masuk telur yang  sudah dipukul dengan sedikit garam tadi. ( Jika sudah ayak garam halus bersama tepung, tidak perlulah tambah garam pada langkah ini). Perlahankan speed. Masuk 1/3 daripada tepung yang telah diayak. Putar sebati. Masuk pula 1/3 campuran susu bersama pewarna merah pula. Setelah bergaul rata masukkan separuh dari tepung seterusnya masuk separuh dari campuarn cairan merah. Lakukan hingga habis.

 Langkah terakhir- campur cuka dengan soda bikarbonat. Campuran ini akan berbuih dan berdesir, kacau rata-rata dan terus tuang kedalam adunan tepung. Putar agar sebati.
Matikan mixer.


Sudukan kedalam paper cup. Tidak perlu penuh. Letak 3/4 sahaja.
Bakar pada suhu 180c. Kalau ikut resepi asal- katanya bakar selama 15- 20 minit. Tapi saya tambah masa sebab adunan saya masih basah didalam. Saya bakar selama 30 minit. Kena selalu check- caranya -cucuk dengan pencungkil gigi / lidi  atau garfu. Jika licin bermakna kek sudah masak. Jika ada adunan basah pada lidi bermakna kenalah tambah masa.


Kek naik dengan cantik. Tapi kenapa sudah macam kek coklat?


Texture dalamnya elok. Jika kita bakar lama sedikit, kulit atasnya terasa agak garing.  
Keluarkan piping bag.
First time saya buat deko atas cupcake.


Teringin sangat hendak buat bunga tapi tidak cukup peralatan pula. 
Yang ada cuma nozle plastik.bentuk bintang, jadilahkan..


Serikan dengan sedikit warna. Sweet and simple.


Something wrong somewhere.
Kenapa tidak red?

Tidak puas hati.
Tak kira.
Besok buat lain.


Keesokkan harinya :
Buat semula. Mungkin sebab guna gula perang. Mungkin terlebih serbuk koko. Kali ni saya guna gula halus sepenuhnya. Ke tidak cukup pewarna merah?
 Hish....
Saya sukat betul-betul pewarna merah. Untuk satu adunan saya letak dua penutup penuh. Serbuk koko pun saya letak dua sudu besar rata-rata.( tidak membukit ) Inilah hasilnya. Sementara menanti 30 minit berlalu, saya terperasan tepi kek sudah mula merenggang. Sudah masak rupanya. Rasanya kali ini ambil masa tidak sampai 25 minit untuk masak.


Ah den tak kesah. Janji kek den warna merah.
Barulah Red Velvet namo eh.
Kali ini saya sudukan batter hanya separuh. Mungkin sebab itu jadi cepat masak.


 Keluarkan satu untuk dihancurkan, untuk tabur-tabur.

                       
  Siap.


 Masa yang ditunggu-tunggu- menekan piping bag. Suka sangat.


  Buat pattern yang simple..


Tabur kek yang dihancurkan tadi. (alternatif: gula pasir gaul dengan sedikit pewarna merah).


           

  Ini barulah namanya Red Velvet cupcake.


   Tengok texture didalam.


   Alhamdulillah.


Gigih mencapai kesempurnaan.
Sentiasa belajar dari kesilapan.

Topping mesti dalam keadaan sejuk semasa deko. Jika mula cair, corak tidakkan jadi. Masuk kedalam peti ais untuk pekatkan semula.
Itulah kisahnya orang yang baru belajar.


Sekian.