Monday, 23 March 2015

ENTRI 122 : RESEPI RED VELVET CUPCAKE.

Bismillah.


Kalau dulu saya ada buat sebiji kek, kali ini cuba buat cupcake pula.
Untuk kek dan topping, ada banyak pilihan resepi.
 Saya pilih yang ini.

Kita buat topping dahulu.

CREAM CHEESE FROSTING

250 gm cream cheese
30 gm butter
100 gm gula icing
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar perahan lemon

 Pukul cream cheese dan butter hingga lembut, perlahankan speed, masuk sedikit demi sedikit gula icing. Masuk esen, susu dan perahan lemon. Setelah siap masukkan kedalam piping bag dan simpan dalam peti ais.


RESEPI KEK RED VELVET

Step 1.
240 ml susu full cream
2 sudu teh cuka makan.
2 sudu teh pewarna merah

 Campur susu dan cuka- perap 10 minit baru campur pewarna merah. 
Ketepikan -Boleh juga gunakan susu cair menggantikan susu full cream 
Alternatif lain- bancuhan susu tepung 

Step 2
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk koko
( Semua bahan diayak )

Step 3
Sediakan 2 sudu teh cuka makan.
1 sudu teh soda bikarbonat
( Jangan campur dulu- cuma stand-by saja.)

Step 4
150 gm butter
300 gm gula castor
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

 Dengan speed sederhana, putar butter, gula dan esen dalam masa 2-3 minit, masuk telur sebiji demi sebiji. Akhir sekali, masuk tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu yang telah dicampur pewarna merah tadi. 
Masa ini barulah kita campurkan bahan Step 3- cuka dan soda bikarbonat- campuran ini akan berdesir dan berbuih. Kacau rata dan  masukkan kedalam adunan tepung .

*********
Cara membuat cream cheese frosting.


Kedua bahan ini perlu dikeluarkan 1/2 jam lebih awal dari peti ais sebelum digunakan- butter dan cream cheese. Untuk cupcake cukup sebungkus cream cheese (250 gm )
 Untuk sebiji kek kita perlu buat  2 adunan topping kerana kek perlu disalut sepenuhnya, juga perlu diletak pada lapisan dalam-jadi jumlah cream yang diperlukan lebih banyak.


Selain cream cheese dan sedikit butter, kita perlukan juga bahan-bahan diatas. Saya gantikan lemon dengan limau nipis untuk efek  kemasaman.


Caranya -Masukkan cream cheese dan sedikit butter kedalam mixer bowl. Putar dengan speed sederhana dalam masa 2 minit sehingga creamy- lembut. Perlahankan speed dan sprinkle gula icing sedikit sedikit sehingga habis. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.


Masukkan pula jus limau nipis, dan susu. Matikan mixer.
Serius sedap!


Bagi memudahkan kerja, masukkan topping tadi kedalam piping bag dan ikat kemas. Simpan didalam peti ais untuk disejukkan. Bila melibatkan keju, ia akan mudah cair pada suhu bilik. So, it safer simpan dalam peti sejuk.

Kita mulakan proses buat keknya pula.
Langkah pertama- panaskan oven pada suhu 180cselama 15 minit.

Step 1.


Gambar 1- Perap susu dengan cuka selama 10 minit. Ia akan sedikit memekat. Sementara menanti masa, kita bolehlah kelangkah seterusnya tapi jangan terleka pula sebab selepas 10 minit, kita perlu campurkan sedikit pewarna merah kedalam campuran susu-cuka tadi, Saya agak-agak saja sukatan pewarnanya. Kacau rata dan ketepikan.

Step 2.


Ayak bersama tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan garam halus. Oleh kerana saya was-was samada garam saya boleh lepas ke tidak tapisan itu lalu saya keluarkan garam dan campurkan ia kedalam telur.

Step 3.


Sediakan 2 sudu teh cuka dan 1 sudu teh soda bikarbonat. Jangan campur dulu kerana campuran ini diperlukan pada saat paling akhir.

Step 4.


Bahan seterusnya -butter dan gula castor/gula halus (boleh juga gantikan separuh darinya dengan gula perang) selain esen dan telur.


Caranya -Putar butter, gula dan esen vanilla dengan speed sederhana selama 2-3 minit. Masuk telur yang  sudah dipukul dengan sedikit garam tadi. ( Jika sudah ayak garam halus bersama tepung, tidak perlulah tambah garam pada langkah ini). Perlahankan speed. Masuk 1/3 daripada tepung yang telah diayak. Putar sebati. Masuk pula 1/3 campuran susu bersama pewarna merah pula. Setelah bergaul rata masukkan separuh dari tepung seterusnya masuk separuh dari campuarn cairan merah. Lakukan hingga habis.

 Langkah terakhir- campur cuka dengan soda bikarbonat. Campuran ini akan berbuih dan berdesir, kacau rata-rata dan terus tuang kedalam adunan tepung. Putar agar sebati.
Matikan mixer.


Sudukan kedalam paper cup. Tidak perlu penuh. Letak 3/4 sahaja.
Bakar pada suhu 180c. Kalau ikut resepi asal- katanya bakar selama 15- 20 minit. Tapi saya tambah masa sebab adunan saya masih basah didalam. Saya bakar selama 30 minit. Kena selalu check- caranya -cucuk dengan pencungkil gigi / lidi  atau garfu. Jika licin bermakna kek sudah masak. Jika ada adunan basah pada lidi bermakna kenalah tambah masa.


Kek naik dengan cantik. Tapi kenapa sudah macam kek coklat?


Texture dalamnya elok. Jika kita bakar lama sedikit, kulit atasnya terasa agak garing.  
Keluarkan piping bag.
First time saya buat deko atas cupcake.


Teringin sangat hendak buat bunga tapi tidak cukup peralatan pula. 
Yang ada cuma nozle plastik.bentuk bintang, jadilahkan..


Serikan dengan sedikit warna. Sweet and simple.


Something wrong somewhere.
Kenapa tidak red?

Tidak puas hati.
Tak kira.
Besok buat lain.


Keesokkan harinya :
Buat semula. Mungkin sebab guna gula perang. Mungkin terlebih serbuk koko. Kali ni saya guna gula halus sepenuhnya. Ke tidak cukup pewarna merah?
 Hish....
Saya sukat betul-betul pewarna merah. Untuk satu adunan saya letak dua penutup penuh. Serbuk koko pun saya letak dua sudu besar rata-rata.( tidak membukit ) Inilah hasilnya. Sementara menanti 30 minit berlalu, saya terperasan tepi kek sudah mula merenggang. Sudah masak rupanya. Rasanya kali ini ambil masa tidak sampai 25 minit untuk masak.


Ah den tak kesah. Janji kek den warna merah.
Barulah Red Velvet namo eh.
Kali ini saya sudukan batter hanya separuh. Mungkin sebab itu jadi cepat masak.


 Keluarkan satu untuk dihancurkan, untuk tabur-tabur.

                       
  Siap.


 Masa yang ditunggu-tunggu- menekan piping bag. Suka sangat.


  Buat pattern yang simple..


Tabur kek yang dihancurkan tadi. (alternatif: gula pasir gaul dengan sedikit pewarna merah).


           

  Ini barulah namanya Red Velvet cupcake.


   Tengok texture didalam.


   Alhamdulillah.


Gigih mencapai kesempurnaan.
Sentiasa belajar dari kesilapan.

Topping mesti dalam keadaan sejuk semasa deko. Jika mula cair, corak tidakkan jadi. Masuk kedalam peti ais untuk pekatkan semula.
Itulah kisahnya orang yang baru belajar.


Sekian.







No comments:

Post a Comment