Wednesday, 1 April 2015

ENTRI 125 : ALKISAH BUDAK DEMAM.

Bismillah....


Anak kecil saya masih nampak ok walaupun demam. Selera makan masih ada dan cergas seperti biasa. Menjelang malam dia mula kelihatan lemah dan terus tertidur selepas diberi ubat. Lama merenung dia yang terlena. Saya tidak berani tidur selagi suhu badannya belum normal...
Raba badan, dahi, leher, makin panas. 
Terus saya panik!
 Takkan ubat yang saya beri 10 minit tadi  masih belum berkesan?
Hish! tidak boleh jadi....

Cepat-cepat saya talipon si ayah, minta balik segera.

Apa yang saya kena buat dulu?
Ubat sudah diberi. Apa lagi? 
Saya mesti turunkan suhu.
" Dik...bangun dik....bangun dik....."
Saya cemas kerana dia tidak mahu buka mata.
" Bangunlah sayang....ibu tak larat nak angkat adik ni......bangunlah...."
Boleh tidak boleh dia mesti dimandikan.
Menggigil tubuh anak itu.
Saya beri dia minum. 
Dia memanjat katil dan terus terlelap semula.
Saya sedikit lega kerana badannya tidak sepanas tadi. 
Ya Allah, kalaulah dapat kami bertukar, biarlah saya yang tanggung semuanya.
Tangan mengusap-ngusap kepalanya yang masih basah, mengusap pula kaki dan tangan kecilnya....
Suhu membahang semula. 
Oh Tuhan.....

Jam menunjukkan angka 10.10 malam.
 Enjin kereta suami berhenti diluar. 
Cepat-cepat saya bertudung dan suami memapah anak itu.
Kami segera ke klinik 24 jam. 
Dia masih begitu. Masih terlena dalam kereta.
" Panas lagi?"
" Ya."
Berbual pun tidak ada mood.
Tangan ini sentiasa mengusap-ngusap tubuh itu. Kalaulah tanganku ini dapat menyerap semua haba yang ada, alangkah bagusnya.
15 minit sudah berlalu. 
Saya rasa ada sedikit penurunan. Mungkin kerana faktor air condition yang terpasang dalam kereta, atau ubat yang diberi sejam yang lalu sudah menunjukkan kesan.

" Dik bangun dik...kita dah sampai " 
Dia membuka mata dan  bangun dengan perlahan.
Terus meradang bila seliparnya yang lagi sebelah tidak dijumpai.
Ha itu satu petanda baik.


Anak saya segar bugar dihadapan doktor.
" Tonsilnya sedikit bengkak. Lebihkan minum air. Saya beri antibiotik dan ubat sakit kerongkong"
" Berapa bacaan suhunya doktor?"  
" Tidak berapa tinggi puan. 36.6c.."
Rasanya di rumah tadi suhunya lebih dari itu.

Didalam kereta.
" Adik nak makan antibiotik dulu tak? ibu ada bawa sudu dengan air ni. Kalau makan sekarang adik boleh terus tidur dalam kereta, kat rumah tak payah makan ubat lagi" pujuk saya.
" Sedap ke antibiotik?....tak naklah"
" Ok Ok ..makan kat rumah"

Radio memperdengar lagu kegemaran dia.
Dia menyanyi bukan main!
Lagu bertukar.
La, yang ini pun dia tahu!
Si ayah menggeleng kepala. 
Kereta terhenjut-henjut kerana dia sudah menghenjut badan di seat belakang.
Back to normal!
" Ini baru anak ibu. Yang duduk diam, yang lemah-lemah itu bukan anak ibu.." usik saya.
"  ....Lapar...."
Everything back to normal!

Legakan sakit tekak. Selain troches lozenges yang dibekalkan doktor, saya juga membeli aiskrim perasa vanilla. Kata orang bagus untuk legakan tonsil yang bengkak.



Perasa vanilla saja ok?
Dengan cuaca yang panas melampau, kenalah lebihkan pengambilan air dan.vitamin C . 
Cuba elakkan  makanan yang masam, juga yang bersifat panas seperti coklat dalam jumlah yang banyak,untuk elak dari dapat sakit tekak.


Sekian.


No comments:

Post a Comment