Wednesday, 5 August 2015

ENTRI 127 : GUBAH HANTARAN RINGKAS.

Bismillah.


Baru-baru ini saya diminta untuk menggubah hantaran.
Jiran depan rumah saja.
Kalau dulu hendak buat something yang different, perlu daya imiginasi tahap tinggi, buahlah, bungalah, tekolah tapi lately mereka minta yang simple -simple.
Bagus juga.
Taklah poning kepalo den nak memikir.



Dulang hantaran telah disediakan. Katanya buat yang ringkas-ringkas.


Bila gunakan dulang yang ada kedalaman, kenalah consider bagaimana hendak tonjolkan barang didalamnya. Saya ingat hendak guna base seperti kotak. Boleh juga guna gabus putih yang sedia dijual dikedai. Tapi kalau hendak berjimat cermat, boleh saja ikut cara saya.


Sebelum itu cari bahan penaik seri. Pilihan saya, ribbon organza kilat, ribbon rainbow dan ribbon saiz kecil yang jumlah kosnya RM 15.30. Saya beli juga kertas pembalut berwarna hijau kerana theme colour adalah hijau yang berharga 75 sen sehelai.


Bunga plastik ini pun sudah naik harga. Saya pilih gabungan warna diatas untuk hantaran kali ini. Walaupun pilih yang murah-murah tapi harga untuk semua bunga rose bush dan hydranges ini pun sudah hampir RM100.


Mula kerja. Ukur dulu lebar dan kedalaman dulang hantaran.


Gunakan kotak terpakai yang ada permukaan luas. Saya akan buat kotak yang kecil sedikit dari ukuran yang diambil.


Dengan glue gun cantum semua dinding kotak.


  Acu dulu, ok ngam.


Kita akan gunakan dalam dua keadaan, kena lihat pada kesesuaian barang hantaran.


   Balut kemas-kemas.


   Siap untuk letak atau isi barang.


Barang pertama adalah sejadah. Oleh sebab sejadah ini tebal, tidak sesuai diletak atas kotak. Ia kenalah berada dalam kotak. 


Sesi lipat-melipat. Mungkin lipatan pertama bukan yang terbaik. Macam saya. 5 kali barai barulah dapat ukuran yang elok dan kemas. Buat dengan sabar.


    Simplelah ni....


 Letak gubahan bunga diatasnya- Siap.


 Syarat utama gubahan adalah K E M A S.
Next kain pelikat.


   Buat camana pula ni....


 Idea saya- buat gini saja. At last saiz kotak itu saya rendahkan sikit. Kalau tidak, macam tidak seimbang.


Balutkan kemas-kemas, pinkan dengan jarum peniti pada tempat yang perlu.


   Macam ini saja? Ha lah, kata ringkas.


   Naikkan seri. Kita buat ala-ala kotak hadiah.


  Sweet and simple....


Gubahan bunga mestilah menarik dan nampak serasi dengan kotak dasar dan barang hantaran.


    Selitkan detailing yang sesuai. 


Untuk tuala mandi ni saya ingat buat ala-ala kek. Tapi make sure untuk letakkan pattern atau sulamannya diatas. Bagi orang nampak.


   Bungkus kemas. Tidak kemas- fail.


Gunakan hujung gunting untuk kemaskan bucu atau masukkan reben.


   Letakkan bunga dan siap!


Make sure setiap bucu adalah tajam dan kemas. 


Sebuah kitab tafsir turut disertakan sebagai barang hantaran. Saya letak saja atas kotak dan hiaskan dengan gubahan bunga dan juntaian reben yang banyak.


Tidak perlu barang mahal untuk hasilkan hantaran menawan.


Sireh junjung rendah sebab hendak jalan jauh, naik pi utara tanah air.


Bunga putih diantara bunga kekwa maroon tu adalah bunga melur.
Gambar kurang terang sebab habis gubah lewat malam.

Seronok dapat puaskan hati orang yang berhajat.
Salam Syawal.


Sekian.


No comments:

Post a Comment