Bismillah....
Lega rasanya bila komputer kecik saya ini sudah boleh beroperasi semula.
Sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang merasai pelbagai nikmat hidup biar sekecil mana pun ia.
Beberapa hari sebelum GST berkuat kuasa, ada singgah dirumah emak. Konon hendak tumpang jahit tepi. Rupanya dia sudah ada mesin jahit tepi yang baru. Kata emak dia sempat beli sehari sebelum GST sebab esok harinya, harga naik sebanyak RM 400!
Dan kerana GST juga, suami saya heret kami ke kedai kain. Beli awal sebab harga akan naik.
Berbalik kepada cerita mesin jahit tepi baru emak saya itu, maka menjadi rezeki sayalah.
Bukan.
Bukan yang baru tapi saya dapat mesin yang lama.
Jadilah kan.
Rezeki.
Hensem?
Antik gila.
Lihat rupa macam hendak roboh, tapi emak tetap pakai. Masih boleh berkhidmat!
Saya pula berniat hendak hantar service. Tukarlah mana yang patut.
Mana yang goyang, ditukulkan.
Skru karat diganti baru.
Emak pakai mesin ini sudah hampir 30 tahun.
Maka usianya mestilah lebih dari itu sebab dibeli atas tangan kawannya yang juga tukang jahit dengan harga RM 700.
View dari atas.
Bukak.
Kena study betul-betul.
Mana tahu tiba-tiba benang putus.
Tempat letak benang pun sudah bergoyang. Mak saya ikat dengan dawai.
Wah. Ini yang paling mencabar.
Kena hafal laluan benang.
Haih boleh ke ini.
Saya cari tempat untuk hantar servis.
Jumpa satu tempat yang ok. Tukar motor. Tukar tempat letak benang. Wayar pedal . Asah pisau. Beli benang jahit tepi dan penyepit. Semuanya berharga RM 108 termasuk harga servis sekali.
OKlah tu.
Yeah tempat benang baru yang lebih stabil.
Dan sekarang saya sudah ada mesin jahit tepi sendiri, alhamdulillah.
Walaupun jahitannya kadang-kadang meragam, tapi oklah daripada tiada kan.
Bila kita bersyukur dengan rezeki kecil maka Allah akan beri rezeki yang lebih besar.
Ameen.
Sekian.
No comments:
Post a Comment