Bismillah.
" Nasi lemak"
" Rendang ayam, lontong."
Eh eh sedap saja dia tambah lagi.
" Buat mee hoon.sikit, macam hari tu "
Amboi kerja dia O R D E R!
Dia lupa kot, tangan saya ada dua je.
Hari terakhir Syawal, berakhir dirumah saya. Adik beradik akan datang. Alang-alang sudah masak banyak, jemputlah sekali kawan-kawan suami pada sebelah malam. Selit-selit juga jiran tetangga yang belum datang.
Memang penat tidak terkata.
Esoknya sakit satu badan.
Bila buat jamuan walaupun kecil-kecilan, masak pula sorang-sorang- perkara terpenting adalah time management.
Pada saya dapur sepatutnya tidak boleh berasap sejam sebelum tetamu datang supaya ada masa sejam untuk kemas buat kali terakhir, juga untuk siapkan diri selaku tuan rumah.
Saya buat kek batik 2 hari awal. Esoknya saya buat agar-agar sirap selasih dan karipap pusing.
Semua simpan dalam peti ais . Menu agak banyak, jadi saya garingkan cili dahulu sebelah malam untuk sambal dan rendang supaya esoknya tidak kalut.
Selepas subuh, terus masak kuih sago mata ikan.
Bersyukur juga sebab suami kata dia cuti. Tidak macam last week, saya masak sorang-sorang, kemas sorang-sorang. Dia balik jam 9 malam sudah macam tetamu pula.
Susah hendak agak, cukup ke tidak makanan ini.
Saya tawakal saja.
Hampir separuh jiran sudah datang minggu lalu, jadi saya rasa 2 ekor ayam, potong kecil-kecil ok lah untuk rendang,
....tapi otak lelaki ini kan selalu berbeza.
Akhirnya rendang ayam banyak lebih.
Biasanya bila saya masak, tidak lalu pula hendak makan.
Menjelang isyak, kepala sudah rasa lain macam.
Bila saja tetamu terakhir melangkah keluar jam 11 malam, kepala semakin pusing.
Itu belum masuk tapak kaki sudah lenguh-lenguh.
Belum masuk dapur berkelecah bak tongkang pecah!
Apa pelajaran yang saya dapat?
Next time, saya akan pastikan saya makan secukupnya supaya kekal bertenaga.
Kedua- make sure saya rasa dulu semua menu. Kalau nasi lemak mesti makan dengan sambalnya sekali.
Bila kita rasa berasingan, tidak dapat kepastian rasa yang tepat. Macam rendang ayam, saya rasa sudah ok, rupanya ada yang terkurang bila makan dengan ketupat.
Patutlah abah saya yang fussy itu berkias-kias.
Bila jamu orang, biarlah sampai teringat-ingat. Itulah kepuasan sebenar sebab kita masak sepenuh jiwa raga.
Macam bab rendang ayam ini, rasa kesal juga.
Maklumlah sajalah, tahun dulu ada jiran kata rendang saya tahap hotel....
Tahun ini merudum tahap masakan anak dara baru belajar.
Sesekali kena juga rasa terduduk tu.
Apapun saya tetap suka.
Semoga dapat buat lagi jamuan begini walaupun berdebar-debar bila tetamu datang serentak dan terpaksa makan berhimpit-himpit dalam ruang tamu yang tidak berapa nak luas itu.
"Kak masak semua ini?"
"Ya"
Yeay raya sudah habis!
Sekian.
No comments:
Post a Comment