Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...
Bila agaknya saya mula buat hantaran?
Tidak ingat.
Bukan penyakit saja boleh diwarisi tau, tapi bakat juga boleh.
Mak dan adik keduanya berkebolehan membuat hantaran juga.
Mahir pula dalam bidang jahitan.
Berkat selalu menyibuk semasa makcik gubah menggubah, saya pun sudah berjangkit sama.
Berjangkit perkara yang baik tidak mengapa.
Masa bujang dan tinggal di Kg Baru dulu, saya pernah buat hantaran untuk salah seorang housemate yang kawin sekitar tahun 1990an, lawa kawan saya Norlee tu.
Agaknya itulah gubahan yang pertama.
Kembali menyingkap kenangan ketahun-tahun yang dulu.
Menatap memori lama - gambar hantaran yang pernah digubah sepanjang tinggal dirumah sendiri,
bermakna selepas tahun 2007, untuk saudara mara dan jiran tetangga.
Orang tua dulu-dulu selalu tanya begini.
Siapa yang buat lipat-lipat?
Saya....!
Gubahan tuala mandi yang ditempah oleh Dak Yah, jiran satu taman. Dalamnya saya kepal-kepalkan kertas suratkhabar dan jumlah helaiannya mesti sama bagi setiap buah. Bunga yang diguna pun cuma 3 kuntum dan dirimbunkan dengan ikatan 3 jenis reben.
Dia kata, tidak sangka jadi lawa.
Gambar bergegar sebab guna web cam.
Gubahan telekung untuk majlis perkahwinan sepupu suami. Untuk setiap kelopak memerlukan kertas yang agak tebal yang digunting dalam form yang sama. Nak buat bunga ini pun leceh juga, workmanship kena tip top. Untuk bahagian tengah bunga, bolehlah guna gumpalan suratkhabar atau gumpalan tisu. Ikat ketat dengan getah atau benang atau dawai yang paling halus.
Kain pelikat-semua bahan untuk menggubah disediakan oleh pihak pengantin, saya siapkan jari jemari saja.
Tidak mahu bunga hidup, nak yang palsu sebab jalan jauh. Jika guna bunga hidup, nanti layu hilang seri. Kita ini iyakan saja, udah gitu kata mak pengantin. Sireh pun pakai daun plastik.
Sepersalinan telekung diterbangkan jauh dari Indonesia, untuk pertunangan anak saudara sebelah suami. Perhati pada bahagian sulaman- ini adalah fokus yang mesti ditonjolkan.
Sulaman yang indah selalu dibentuk sebagai kipas atau dirimbunkan sebagai bunga.
Gubahan telekung lagi. Untuk meninggikan gubahan didalam 'bakul' letakkan gumpalan kertas suratkhabar yang banyak. Pinkan antara bunga supaya kedudukannya tetap dan dapat menutup kekosongan. Sebenarnya saya tidak menggunakan bakul sebenar, saya bentukkan vase dari kotak terpakai berbentuk selinder rendah untuk masukkan lebihan kain. Tangkainya saya guna kain dari telekung yang dikuatkan didalamnya dengan dawai bersalut suratkhabar bagi memudahkan lenturan.
Kami sekeluarga sponsor tuala mandi + tuala kecik-kecik ini.
Suka sangat gubahan ini, nampak sweet...
Mula-mula masalah juga hendak kemaskan balance tuala sebelah atas tapi kenalah cuba macam-macam cara. Akhirnya buat love yang dibentuk dengan menggunting kertas dari kotak yang tebal...
Jarang buat terus jadi.
Mula-mula beginilah rupa gubahan tuala kecil itu...
Sebab tidak puas hati, buat semula.
Yang sweet-sweet ini, tempat letak cincin, kenalah comel sebab ia sangat sentimental...
Gubahan dari kain ela,tempahan oleh ustazah mengaji. Tidak berapa suka hendak sarat-saratkan gubahan. Bunga kain itu pun tidak ada hiasan. Letak satu gubahan bunga tiruan, sudah naik seri. Enough.
Teko..!
Actually yang ini belum siap sebab saya sedang tunggu dulang belum dihantar. Bahagian yang kurang kemas haruslah disorok segera dengan menyumbat segenggam bunga warna senada atau berwarna kontras pun ok.
Siapa yang hendak kawin?
Anak ustazah!
Kakak ustazah pula kata, tidak pernah tengok tuala dibuat teko. Hendak juga untuk majlis nikah anaknya, saya buatkan saja.
Orang sudah berhajat.
Workwanship sedikit kurang memuaskan.
Lagi gubahan tuala berbentuk buah, paling selamat menggubah bunga atau buah dalam sebuah bakul begini sebab sudah tidak payah pening hendak kemaskan bahagian tertentu/ bahagian belakang yang selalunya kena cover dengan bunga atau reben.
Selalu juga bantai buat bunga dari kain telekung, sebab agak mudah. Bila sudah siapkan bunga kenalah adjust kedudukannya supaya nampak presentable dan cantik dilihat dari pelbagai sudut.
Gubahan kain ela beserta selendang. Masalah utama adalah selalunya kain agak panjang berjela, sumbat dalam bekas atau bakul adalah satu pilihan yang tepat.
My masterpiece!
Yang ini replika masjid untuk gubahan gula-gula + coklat. Saya sengaja design pelan yang komplikated sikit. Nak try-menjadi ke tidak. Selepas balut kotak-kotak itu saya dengan confident terus kemaskan dengan renda gold, rupanya warna tema adalah pink.
Alamak! Terus tukar. Masukkan renda pink pula!
Bila sudah pink sana sini, certain part nampak tidak masuk.
Tu yang kena transform dome, tukar warna.
Hai...macam-macam.
Bila sudah tampal coklat dan masuk gula-gula,baru nampak gempak.
Tapi berat!.
Bagi orang lelaki bawalah.
Yang tidak berapa gempak ini pun kerja saya juga...ha ha..
Nampaklah serabutnya, entah macamana boleh keluar design begini.
Ni bukan masjid, ini surau hujung kampung.
Sireh junjung tiga serangkai, semua ada cerita tersendiri.
Behind the scene kata orang putih...
Kalau dikenang rasa hendak tergelak pun ada.
Episod barai balik perkara biasa...
Banyak juga hantaran lain tapi dulu mana ada kamera digital, so print dan simpan dalam album buat kenangan kot-kot bercucu cicit.
Hopefully masih dapat hulurkan tangan,ringankan beban....
Ameen.
Sekian.