Wednesday, 24 May 2017

ENTRI 209 : GUBAHAN COKLAT / GULA-GULA 5.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Bulan lalu, ada permintaan untuk buat hantaran perkahwinan. Semua barang sudah diberi kecuali coklat dan gula-gula. Tidak boleh beli awal katanya. Sementara menanti (hantaran lain sudah lama siap), saya berkira-kira untuk buat preparation. Tidak suka betul kerja last minute.

Hendak buat lagu mana pula kali ini?
Jenuh termenung.
Pikiaq punya pikiaq, takdak idea jatuh dalam kepala.


Dulu pernah buat bentuk bakul. Senang juga.
Hm membakullah akhirnya.


Buat simple saja. Saya buat atas perkiraan saiz gula-gula dan coklat yang selalu saya beli. Tidak terfikir yang kali ini dibeli pula oleh budak muda. Kalau orang tua- sah-sah gula-gula ada sekampit dua, coklat kecil-kecil sebungkus dua, yang selalu kita jumpa.

Berbalik pada bakul tadi, saya cuma gunakan apa yang ada dirumah, renda dan reben yang sangatlah old fashion....


Apa salahnya, nanti sudah ditampal coklat dan gula-gula, sudah tidak nampak semua itu. 
Bakul sudah siap. 

Tunggu punya tunggu akhirnya satu bungkusan beg plastik yang agak berat sampai. 
Uih banyaknya coklat.

Mak ai.
Makan besar.

C A D B U R Y.

4 variety.

Tiada gula-gula. 
Yang ada sebungkus sumi pelbagai warna.

Bakul ku comel yang amat.
 Termenung sekejap bersambung sejam...
Apo den nak buek?

Try dulu, adjust mana yang patut.

Coklat dalam tin empat segi leper itu, sesuai jadi base.
Coklat bar 3 keping , mano hendak sumbat?
Blank sekejap.

Cuba punya cuba, akhirnya....


Coklat bar letak saja ditepi. Susun agar nampak macam ada hiraki. Maniskan lagi dengan reben satin.
Nampak macam kereta berhiaslah pula!
Tapi apa salahnya.


Saya tampal coklat kecil-kecil dan sumi dengan double sided dan pada lebihan cover plastik sebelah atas sumi, saya cucuk dengan jarum berkepala pebagai warna agar lebih kukuh.





Coklat Zip disusun serong ditampal juga guna double sided dan lambakkan lebihan sumi didalam.


Alhamdulillah dipermudahkan.
Coklat memang tidak akan beku pada suhu luar, sudah gubah takkan nak masuk peti sejuk. Biar saja begitu. Sampai ketangan orang sebelah, pandailah depa sejukkan semula.


Sekian.

Lihat juga :BINA MASJID
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA 1
                 :GUBAHAN COKLAT /GULA 2
                 :GUBAHAN COKLAT/ GULA 3
                 :GUBAHAN COKLAT/GULA 4

Tuesday, 23 May 2017

ENTRI 208:PROJEK FOTOGRAFI 3.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Semalu.
Juga dikenali dengan nama~ Mimosa pudica.
Sangat unik.

Teruja dapat merakam angle yang menampak seninya jejarum halus bunga.










Gambar yang menyenangkan.

Indahnya ciptaan yang maha Esa.


Sekian.

ENTRI 207 : PROJEK FOTOGRAFI 2

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...



Bunga Kehidupan.


Penghujung Mac.

Dia hadir disitu.
Anggun sekali.


Begitu indah mempersona.


Menawan mata setiap yang memandang.



Bagaikan sidara yang jadi rebutan.






                                 *  *   *   *   *

Penghujung Mei.


Dia masih disitu.
Setia.




Layu.
Lemah.
Menyemakkan.

Hidup ibarat roda.
Tatkala dihujung usia, tiada lagi yang peduli.
Memandang pon tidak sudi.

Adilkah?
Bukan tiada langsung budi dan jasa.





Realiti sebuah kehidupan.

Mari bermuhasabah.


Sekian.

ENTRI 206: PROJEK FOTOGRAFI 1~PASSION

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...



Memerhati penuh asyik pada pandangan kanan dan kiri, macam-macam spesis yang saya sendiri tidak kenal, walau sesetengahnya selalu saja terjumpa dimana-mana. Ada nilai pada setiap yang tercipta disitu. Disemak samun yang pada mata oranglain semak semata, tapi bagi saya lain pula. Ah kalau lah aku ada kamera baik, sudah tentu setiap satu sudah terakam- begitulah kata hati setiap kali berlaluan disitu.
 
Tuhan mendengar.

Suatu hari, diluar duga, sebuah Apple iPhone 4 jatuh ke tangan.
Ibarat orang mengantuk disorong bantal.
Indahnya perasaan itu.

Terima kasih Tuhan.

Lalu tertunai apa yang selalu terlintas dihati.










Mungkin gambar ini biasa-biasa saja, tapi untuk saya yang masih cetek ilmu ini- sangatlah bernilai.
Kemudian saya memerhati bahawa shadow lebih menghidupkan. Saya cuba upgrade kualiti. 
Langkah semakin panjang, hingga ke kampung halaman dan halaman jiran tetangga.













Bidang fotografi memberi kepuasan yang tidak tergambar dengan kata-kata.
Untuk saya, ia adalah salah satu cabang seni yang bersifat therapeutic.


Sekian.