Bismillah.
Tiba-tiba terasa diri ini sangat kerdil.
Ceritanya pada saya dan Kak Ida tempohari..
" Pagi itu macam biasa saya buat sarapan. Anak saya mahukan nasi goreng untuk dibawa bekal ketempat kerja. Tiba-tiba dada saya terasa berat. Rasa sesak. Allah! Saya cuba bertahan. Bila sedikit reda saya teruskan kerja-kerja rumah. Sambil-sambil itu saya berzikir. Sempat saya baca Quran, sakitnya sedikit-sedikit. Saya tahan. Dengan baki wuduk yang ada, saya cuba bangkit untuk solat sunat. Tapi sakit datang lagi. Sakitnya ya Allah, cepat-cepat saya tarik kerusi ditepi tingkap dalam bilik. Rasa lega. Dapat selesaikan solat itu,alhamdulilah. kemudian saya teriakkan suami. Minta ubat jantung, suami menghulurkan sebutir, tidak berkesan. Sakitnya masih sama. Minta lagi sebutir. Dada saya semakin berat. Saya minta pula ubat cairkan darah dan ubat lain juga. Semua saya telan. Rasanya kena pergi hospital, kata saya pada suami, rasa tidak tertahan. Kami bersiap-siap. Bila sakit sedikit reda, saya sidai baju dahulu. Akhirnya kami bertolak dari rumah menjelang tengahari. Perjalanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. Waktu Zohor kian menghampir. Kami singgah dahulu disebuah masjid........"
Dia berhenti seketika, mungkin cuba mengingat semula detik cemas itu.
" Setibanya dikawasan wuduk wanita, rasa sakit itu datang lagi. Saya gagahkan diri. Mengambil wuduk sesempurna boleh. Saya kuatkan langkah hingga sampai ke ruang solat. Alhamdulillah, ada sebuah kerusi disitu. Dapat sembahyang duduk dan sesekali menahan sakit yang kian bertambah. Saya dapat selesaikan solat. Bangkit terhoyong hayang saya cuba keluar. Ada seorang hamba Allah, seorang lelaki muda ternampak saya. Setelah meminta izin untuk menyentuh, dia memapah saya keluar. Suami mendapatkan kereta dan bergegas kami ke hospital. Tetapi untuk ke Hospital Besar agak memakan masa. Ada sebuah hospital swasta disitu dan terpaksalah suami kejarkan kesana kerana saya mula sesak nafas....."
Terpercik jugalah peluh kami mendengarnya.
Kalaulah kita berada ditempatnya, memang terus ke emergency.
Tidak teringat hendak sembahyang sunat macam--macam tu lagi....
Sambungnya....
" ...dihospital swasta itu, saya terus dikejarkan ke bahagian emergency. Sebenarnya niat asal saya hanyalah mahu tahu apa sebenarnya yang tidak kena dengan jantung saya. Bila sudah tahu, bolehlah saya ke IJN . Rupanya mereka terus buat rawatan. Dulu masa saya buat rawatan jantung di Hospital Besar, saya hanya disuntik dibahagian pusat 3 kali untuk cairkan darah ke jantung. Selebihnya mereka tiada peralatan untuk buat rawatan intensif dan saya disaran untuk ke hospital Serdang untuk rawatan lanjutan tapi saya tidak pergi. Baru saya tahu, ada 2 tempat jantung saya tersumbat. Malam itu saya ditahan wad. Esok saya akan menjalani satu proses memasukkan spring yang dimasuk melalui urat besar dibahagian pangkal peha, saya tidak akan dibius sepenuhnya. Operation itu akan dilakukan jam 1.10 tengahari. Sementara menghampiri saat itu, saya ada bertanya."...boleh tidak makcik solat dulu?." Nurse kata boleh. Cepat-cepat saya minta menantu saya ambilkan wuduk. Seorang jururawat lelaki masuk. Kata saya,"Dik....jangan sentuh dulu ya.....makcik ada wuduk ni, makcik nak solat dulu.." Dan budak muda itu mengangguk faham. Dapatlah saya solat Zohor atas katil sebelum dipindahkan keatas sebuah katil lain untuk proses pembedahan..dan....bla....bla.....bla........"....
Bersungguh dia bercerita.....
Dan saya yang mendengar dari tadi seolah disuntik oleh satu perasaan kagum dan insaf yang mendalam.
Kesimpulannya, nyata dia sangat menjaga solat.
Mari sama-sama menjaga solat kita pula.
Semoga hidup kita lebih diberkati.
Ameen.
Sekian.
No comments:
Post a Comment