Wednesday, 5 November 2014

ENTRI 102 : HOMEOPATHY.

Bismillah..


Risau bukan kepalang.
Anak itu masih belum boleh bercakap.
Baru sebentar dia menangis, menarikk baju saya. Membawa maksud ada sesuatu yang dimahukan. Saya memandang kearah mana jari telunjuknya menuding, dia mahukan susu rupanya.
Itulah yang berlaku 12 tahun lalu.
Puas kami berikhtiar. Pernah juga bawanya ke Hospital Besar untuk diperiksa namun sia-sia kerana mereka tiada peralatan lengkap untuk tujuan itu. Diberinya pula appointment ke hospital lain. Pergilah juga. Gagal juga dengan alasan- ' kanak-kanak tidak memberi kerjasama'.


" Cubalah jumpa Cikgu Hamzah" saran emak.
 Cikgu Hamzah?
" Cuba ubat Homeopathy"
Saya ini anak yang mudah menurut kata.

Walaupun dia sebenarnya dua pupu, namun kami tidak rapat. Kerana anak, saya pergi jugalah.

Dia mendengar setiap penerangan .Cuba memahami apa sebenarnya keadaan anak ini. Kemudian meninggalkan kami seketika untuk masuk kedalam. Persekitaran rumah end lot itu memang luas, sesuailah untuk mereka 10 beranak mendiaminya. Walaupun sebenarnya Cikgu Hamzah masih lagi mengajar tapi mungkin kerana minat, dia usahakan kaedah rawatan alternatif  secara sambilan dirumahnya Tidak sampai 5 minit, dia keluar semula.




Dia buatkan ubat untuk minda.
Cara yang bagus adalah tidak menyentuh ubat tadi dengan jari. Bebola kecil itu cuma medium perantaraan. Ada ubat yang telah dititiskan dan diserap oleh bebola itu. Rasanya manis seperti gula-gula. Tuang kedalam penutup botol dan terus tuang kedalam mulut. Mudah dan sesuai untuk kanak-kanak.

Anak sulung saya ketika itu berusia 2 tahun lebih, tidak suka gula-gula pula maka saya masukkan  kedalam air yang sedikit. Ia akan larut dalam masa 2-3 minit. Kadang-kadang saya campur kedalam bancuhan susunya. 
Berkesankah?

Setahu saya, ubat Homeopathy adalah ubat yang paling selamat didunia kerana bebas dari kandungan dadah. Oleh sebab itulah kesannya agak lambat. Kita pula selalu mencari ubat doktor kerana mahukan kesan penyembuhan yang cepat. Lebih-lebih lagi jika demam panas.
 
Berbalik kepada kisah anak saya tadi, adakah benar berkesan?
Hanya Allah yang Maha Tahu.
Anak itu mula bercakap.
Mudah menghafal dan cepat mengingat.
Yang paling tidak disangkadia sudah boleh membaca seawal 4 tahun!
Adakah kesan dari ubat minda tersebut?
Hanya Allah yang tahu.

Dan saya akan mencari Cikgu Hamzah bila saya benar-benar buntu.
Atau jika saya tidak mahu berjumpa doktor atas sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh- anak kedua saya ketika berusia 3 tahun telah jatuh diatas tangga. Sebelah dalam bibir bawahnya terkoyak dalam anggaran 1 inci kerana terkena bucu. Saya tidak sanggup melihat anak sekecil itu meraung dijahit doktor, lalu jawapannya adalah -segera berjumpa Cikgu Hamzah! Dia terus memberi pil untuk menahan darah dari terus keluar dan beberapa ubat lain. Alhamdulillah darah terus berhenti dan anak itu terus ok.

Kata emak jangan selalu sangat makan ubat minda tu.
Selang-selangkan.
Kalau sudah habis sebotol, jangan terus sambung
Rehat dulu, beberapa bulan lepas itu, baru ambil lagi.
Baik.

" Berapa semua...? "
" Alah...10 ringgit je..."
" Eh...janganlah macam tu...."
" Tak apalah.....tak apa...."
Suami saya dan Cikgu Hamzah sedang berdrama.
Saya tidak tahu harga sebenar.
Mungkin kerana kami bersaudara, dia tidak begitu berkira.

Adakah saya masih mencari ubat Homeopathy?
Oh tidak pernah lagi.


Sekian.



No comments:

Post a Comment