Friday, 24 October 2014

ENTRI 99 : IKAN KELI MASAK ASAM PEDAS.

Bismillah.


Wujud juga spesis manusia mahu yang pedas-pedas sahaja.
Kuah sup-sup ini, lauk orang sakit katanya.
Kita layankan saja.


RESEPI MASAK ASAM IKAN KELI.

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
8 sudu cili kisar
1 batang serai
7 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar asam jawa
3 1/2 cawan air
1 ketul kiub ayam
1 sudu besar garam halus
Sebiji tomato
Sayur bendi atau terung

4 ekor ikan keli.
(bersihkan dengan perahan limau kasturi)


Bersihkan ikan keli. Basuh berulang-ulang dengan perahan limau atau rendam dalam air asam jawa untuk buang hanyir. Kikis perlahan dengan pisau seluruh badan ikan untuk bersihkan lendir. Sediakan juga bendi, potong dan direndam dalam sedikit air.


Antara bahan yang akan digunakan- selabu bawang besar, bawang putih, serai dan daun limau purut. Tumbukkan bawang dan ketukkan serai. Kita juga perlukan cili kisar dengan sedikit serbuk kunyit.


Satu sudu setengah asam jawa dan ramas dengan 3 1/2 cawan air. Saya selalu gunakan kiub ayam untuk menaikkan rasa.


Mulakan dengan memasukkan serai yang telah diketuk dan bawang yang sudah ditumbuk. Sebaik naik bau, masukkan cili kisar dan serbuk kunyit. Gaul rata. Siat-siatkan daun limau purut dan campakkan kedalam kuali.
(tips: dadukan tomato dan masuk semasa cili sudah garing untuk caramelisedkan ia-untuk maniskan kuah- jika tiada tomato-tambah sedikit saja gula)


Bila sudah garing betul baru tapiskan air asam jawa. Masukkan ikan keli dan kiub ayam. Biar ia mendidih.


Bila sudah mendidih baru masukkan sayur bendi dan perasakan dengan garam halus. Jika gunakan kiub ayam maka kita harus seimbangkan rasa dengan meletak sedikit gula. 
Buang sedikit minyak yang timbul pada permukaan kuah.
(minyak secukupnya perlu untuk proses garingkan cili, jika cili kurang garing, akan ada kekurangan dari segi rasa)


Tidak perlu masa yang lama untuk bendi lembut. 


     Anak saya makan ikan ini seorang seekor.


 Sedap makan dengan nasi putih.
Buat cicah roti putih/roti canai pon sedap.



Jika gunakan ikan pari - tambah secekak daun kesum. 
Bagi masak asam ayam atau tetel/daging, tambah sedikit halia dan seketul lengkuas. Letak ubi kentang sebagai sayurnya. 
Bendi dan terung sesuai untuk asam pedas ikan sahaja.


Sekian.

No comments:

Post a Comment