Wednesday, 21 December 2022

ENTRI 234 : RESEPI SIHAT 2 BAHAN.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.


Kebelakangan ini saya galak mencari cara mengolah makanan sihat. Lebih-lebih lagi menggunakan bahan yang minima. Untung sabut timbul. Nasib batu, tenggelamlah pula. 

Ini antara resepi yang berjaya+ beriya dibuat. Mudah dan mengenyangkan. Biasanya buat suku adunan saja. Tidaklah berlaku pembaziran andaikata tidak menjadi.


POTATO PANCAKE.

2 small potatoes

1/2 cup of rolled oats 



Potong kentang pada saiz dadu, rendam 15 minit. Kukus sehingga lembut (anggaran 10-15 minit)


Biarkan sehingga sedikit suam, blend dalam pengisar kering. Saya letak juga sedikit garam dan lada sulah. Makan macam ini pon sudah sedap.


Tuang rolled oats yang telah dikisar kedalam pes kentang.


Gaul rata dan sebati.

 
Bentukkan ikut suka. Hendak buat pancake saiz kecil pon boleh. Masak atas pan yang telah disapu sedikit minyak. Saya gunakan minyak kelapa. 

Kedua-dua bahan ini tidak digalakkan diambil oleh pengamal LCNS (low carb no sugar) kerana 3 sudu oat bersamaan 2 senduk nasi. Gula akan spike. Kentang pula sayuran berkanji dengan kadar karbo yang sangat tinggi. 

*******


2 INGREDIENTS BREAD-FLOURLESS AND GLUTEN FREE.

100 gm flaxseeds (3/4 cawan)
250gm egg white ( 1 cawan/ 6 biji )
Caranya: Masukkan flaxseeds kedalam food processor,masuk putih telur dan putar. Tuang adunan kedalam loaf pan yang telah dialas baking paper. Bakar suhu 180c selama 35 minit dan biarkan dalam oven selama 45minit supaya roti tidak menurun.

Pada mulanya, saya hanya membuat 1/3 adunan, bermaksud hanya menggunakan 2 butir telur. Tetapi mungkin food processor yang dimaksudkan adalah yang berkuasa tinggi, jadi masalah timbul bila flaxseeds tidak hancur-hancur. (flaxseeds hanya perlu pecah, tidak perlu terlalu halus). Saya ambil keputusan untuk keluarkan dan masuk kedalam blender kering. Pecah jugalah walau tidak semua. Life must go on. Saya tuang saja kedalam acuan. Niat saya hendak gunakan roti ini sebagai bun burger.


Sesungguhnya aku bertawakal kepadamu ya Allah.


Wah, cantik naiknya. Loaf dalam video berkenaan pon berkematu macam ini juga.
Kira jadi lah kan.



Roti sihat memang macam ini. Baru keluar oven, memang garing tapi dari segi rasa, memang berkerut dahi hendak menghabiskan.
Saya ini jenis takkan mudah berpuas hati. Saya tertanya-tanya-apa akan jadi jika saya hancurkan dulu flaxseeds
Saya cuba sekali lagi, tetapi saya buat dengan sebiji telur. Kena jugak ambil langkah berhati-hati jika tidak menepati, tidaklah terasa membazir.

Ini betul-betul versi makcik kedekut.
Saya hanya gunakan 8gm flaxseeds dan separuh putih telur.


Kisar kering flaxseeds.


Kemudian, masukkan separuh putih telur, secubit serbuk kayu manis (cinnamon) dan sedikit saja garam. Sepatut saya keluarkan saja flaxseeds dari blender kering dan masuk kedalam blender biasa kerana ada cairan telur, tetapi saya jalan saja. Sekejap sangat prosesnya. Masuk oven. Sebab sangatlah sedikit, jadi saya singkatkan tempoh memasak kepada 15 minit. Nampak batter naik cantik. Sebaik oven di off kan, roti akan turun sedikit. Masih dengan masalah melekat pada bahagian bawah.


Texture wise- so nice!


Potong dua. Ada rupa roti kan?


Makan dengan benda sedap, terus jadi sedap. Lagi padu jika letak sedikit pure butter.


Memang ada rupa paras roti, tapi dari segi rasa-ia tidak rasa kering seperti roti. Flaxseeds memberi roti ini seolah ada sedikit kelembapan. Tapi, ok sangat bagi yang mahu mencari alternatif yang lebih sihat. Compare dengan roti yang menggunakan tepung badam atau tepung kelapa yang lebih 'cakey' (bersifat lembut seperti kek tetapi tidaklah menyamai kesedapan kek- akan terbit rasa muak)

*******

BREAKFAST CAKE.
2 ripe bananas
2 cups of sesame seeds

Masukkan pisang kedalam food processor. Keluarkan puri pisang dan gaul dengan biji bijan secara berperingkat. Bentukkan mengikut gelang acuan. Bakar 180c selama 25-30 minit. Walaupun nama resepinya 'cake', tapi hasilnya kelihatan seperti biskut.



Saya cuak betul dengan penggunaan bijan yang sangatlah banyak. Bagaimana agaknya rasanya?
Katanya- it's crispy on the outside and melting on the inside. Ayat inilah yang mencetuskan  'adrenaline rush '! 
Disambung pula dengan satu komen- will definitely make again.



Bakar pada suhu 180c selama 25 minit. Bila melibatkan resepi sebegini- saya ambil langkah selamat. Jadi makcik kedekut itu lebih baik.


Nampak tidak kegaringannya disitu? Mesti melting didalam kan?


Will definitely not make this again! 
Too much sesame seeds ruin my taste bud!

*********

BISCUITS 2 INGREDIENTS.

1 1/2 cup of peanut 
1 ripe banana
(no sugar, no flour, no eggs, no gluten)


Senang sangat buat ini. Kisar saja kacang tanah dan pisang. Saya tidak kisar pisang, hanya lenyekkan saja. 


Bentukkan mengikut acuan. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit.


Saya rasa- gandingan yang baik. Sedap dan habis sekelip mata. Rasanya- sebiji cekodok pisang! Next time saya akan kisar pisang juga untuk licinkan texture. Kata biskut- tetapi tidaklah garing. Cara yang baik untuk kita buat cekodok pisang tanpa libatkan minyak. Pilihan bijak.

This one will definitely make again!

Sekian.
Semoga perkongsian memberi manafaat.

No comments:

Post a Comment