Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.....
Sudah lama tidak gubah duit mas kahwin.
Kali terakhir, untuk adik lelaki yang beria-ia mahu guna duit seringgit lama.
Tidak ada orang perasan pun duit kamu lama ke baru.
Wang kertas yang sampai ketangan saya berjumlah RM 300.
Rombongan akan ke Kelang untuk bernikah.
Ingat hendak buat ala-ala bunga pegang.
Harap-harap menjadilah seperti yang terbayang dalam kepala.
Saya dibekal dengan 25 keping duit 10 ringgit dan 10 keping duit 5 ringgit.
Kena stand by juga dawai-dawai yang mungkin perlu.
Ambil sehelai duit 10 ringgit. Gulung pada bahagian setiap bucu. Kemudian lipat dua dengan gulungan mengadap keluar. Ambil dawai yang paling halus- kerat dua dan ikat ketat ditengah. Jangan takut sebab duit ni dibuat dari kertas yang sangat berkualiti. Tidak mudah koyak. Dengan menggunakan ibu jari, tekan pada perut setiap kelopak supaya ia kelihatan seperti kelopak bunga.
Siapkan kelopak banyak-banyak. Ambil satu untuk jadi kudup, kemudian cantum dengan kelopak yang lain. Untuk satu bunga perlukan 4 helai bermakna sekuntum mewakili RM 40.
Begitu juga dengan duit 5 ringgit . Buat kudup sehingga habis. Leceh hendak gulung sebab permukaan agak licin. Nasib baik duit 10 ringgit tidak licin macam ini, kalau tidak memang poning kepalo den! Kita perlukan pelilit bunga supaya ia betul-betul ketat.
Bila dibelek-belek, lagi elok kalau kudup dibuat gulungan kedalam kan?
So saya buka balik semua bunga yang sudah siap. Gunakan kudup yang gulungan kedalam, kemudian untuk kelopak luar, guna yang gulungan keluar, lagi ok. Akhirnya saya dapat 6 kuntum bunga mewakili RM 240, the rest saya jadikan kudup. Lepas itu assemble everything, gunakan dawai halus juga untuk mengikat ketat. Bahagian yang tidak kemas perlu ditutup, saya guna daun dan bunga filler yang ada pada sejambak bunga artificial lain yang saya keluarkan bunganya. Ikat sekali kemudian kemaskan dengan pelilit bunga hijau.
Pemegang ini perlu dikemaskan lagi sebab masih terasa tajam-tajam dawai halus, jadi saya lilit lagi dengan satin ribbon berketebalan 1 inci. Ikat ketat-ketat pada pangkal.
Ok siap.
Mari tengok hasilnya.
for you....
Alhamdulilah...
Harap keluarga pengantin berkenan sebagaimana hati saya sudah berkenan.
InsyaAllah.
Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.
Terima kasih beri panduan. Tengah terkial kial nak buat ni..
ReplyDelete