Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula..
Dewan sekolah.
Hati berbunga bahagia tatkala ternampak nama anak terselit disana sini dalam senarai penerima anugerah.
Buku program berkulit pink diselak lagi, saja membaca nama-nama lain yang tersenarai, kotlah kenal.
Sikecik dapat 5 hadiah, si kakak 3.
Syukur sangat dah ni.
" Na..." ada suara dari belakang memanggil.
Terus saja buat signal- sekejap ya, kerana ada sesuatu yang perlukan respon segera dari saya.
Kakak jiran belakang rumah mengangguk faham.
Saya kemudian menoleh kearahnya, " ada apa kak?"
" Akak saja hendak tanya"
" Apa rahsia anak kau pandai-pandai, hantar tuisyen? ada bagi makan apa-apa vitamin?"
Oh.
Saya fikir sebentar sebelum bagi jawapan selamat.
" Bagi makan nasi je kak, tuisyen pun tidak"
Lawak tak?
" Saya garang kak. Anak saya rotan. Malam pon kena tidur awal" sambung lagi.
" Patutlah pukul 9 lebih rumah kau sudah gelap"
Budak-budakkan mesti cukup rehat. Waktu rehat terbaik adalah tidur.
" Apa salahnya tidur lambat, bukan selalu, sudah habis periksa pun" si ayah jadi tukang spoil.
Bila anak liat bangun pagi pandai pula dia bising.
Ok ada pembetulan.
Anak saya bukan yang terpandai.
Mereka tidak dapat pun nombor 1 mahupun 2 .
Cuma agaknya konsisten sebab nama sentiasa terselit dalam senarai walau hanya dapat pelajar terbaik pendidikan jasmani!
Orang luar tidak pandang semua itu.
Mereka tetap kata anak saya pandai-pandai.
Lantak.
Ok kita berbalik pada cerita tadi.
Cerita kakak belakang rumah yang cuba luah isi hati.
" Anak-anak akak yang besar, ok masa belajar. Sebab apa tau?
Sebab masa itu bapanya kerja jadi mulut akak bising kat rumah.
Sebab itu diaorang berjaya masuk U.
Semasa anak keempat sekolah rendah, suami akak sudah pencen. Bila akak bising, dia tukang selamatkan anak. Tengok apa sudah jadi. Tidak jadi apa budak tu.." panjang lebar dia menyungutkan suami.
Hendak komen apa pon tidak tahu.
********
Saya memerhati dari tadi.
Bersungguh dia membaca, dari sekeping ke sekeping. Tertunduk-tunduk pula mencatit ulasan mengenai buku yang dibaca itu.
Ok sudah faham.
" Ada orang tu berangan hendak dapat basikal " sindir saya.
Ada dia kesah?
" Kau ingat kau Muaz?"
(Muaz merujuk pada budak ulat buku yang saban tahun akan dapat tempat pertama anugerah nilam disekolah)
Kalau tempat pertama anugerah makan, ha itu ada harapan besar.
Itulah yang berlaku pada awal tahun.
Bila tiba-tiba dia buka mulut, bakal mendapat sebuah basikal pada hari kecemerlangan sekolah-
terduduklah saya!
Terasa sangat bersalah kerana tidak memberi sokongan padu.
Siap pekej sindir menyindir lagi.
Buruk betul perangaikan.
Maafkan ibu,ok?
Dia berjaya membaca 358 buah buku, yang melayakkan dia mendapat tempat pertama anugerah Nilam tahap 2!
Eh betulkah ini?
Patutkah saya berasa malu untuk menumpang bangga?
*******
Saya memerhati dari jauh. Perlahan-lahan diseretnya basikal besar berwarna hijau turun dari pentas keluar dewan.
Si Debabku dengan basikal baru!
She really deserved it.
Me also learnt my lesson.
Jangan sebak.
Hari ini penuh kegembiraan.
Alhamdulillah.
Suka tidak?
Dua-dua angguk.
Kenapa dapat hadiah? sebab sudah penat belajarkan.
Sebab ibu garanglah korang belajarkan?
Dua-dua menyengih.
(Masa kecil, dengar cakap lagi. Sudah besar nanti, entah apalah ragamnya)
Sekian.
No comments:
Post a Comment