Monday, 16 November 2015

ENTRI 154 : SEKOLAH LAMA.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....



Bagai bermimpi dapat kesana semula selepas 28 tahun!
Hari ini tanggal 16 November 2015.
Seperti hari pertama menjejakkan kaki dulu.
Saya round sepuasnya..
Lantaklah mata-mata yang memandang.
Saya cuma mahu hayati jejak kenangan.

Ah lainnya......
...sini sudah lain.
...sana pun sudah lain.
 

Rindu corridor ini.
5 tahun lamanya saya pergi balik pergi balik dari dorm ke kawasan akademik.
Dari zaman  hingusan tudung senget sampai jadi anak dara sunti.
Disinilah.
Dinding hijau dulunya bilik pengetua. 
Sekarang tidak tahu pengetua dihantar kemana.


Girls dorm!, rindunya (sudah bertukar jadi dorm budak lelaki rupanya)
Budak perempuan duduk dorm baru .
Teringat time time tidak ada air, angkut baldi ramai-ramai dan tunggu turn tadah air dari tangki hujung tu.... 
Building oren, kedai dobi.
Dululah.
Disitu, orang dari kedai dobi datang hantar laundry budak-budak pemalas hendak basuh-membasuh.
Saya tidak main la dobi-dobi ini .
Selalunya girls hantar cadar sahaja, baju cuci sendiri.


Wui wui lawanya.
Cantik sungguh sekarang.
 Dulu ringkas saja sebab sekolah baru siap.
Laluan corridor membawa terus ke dorm budak lelaki (dululah). 
Ada 2 buildings for girls and the same goes to the boys.
Tidak sangka area ini sudah jadi kawasan asrama student lelaki sahaja.


 Kemas dan nampak ada anisiatif.


Dewan makan yang buatku selalu kenyang!
Teringat weekends-petang-petang saya and friends pergi belakang dewan makan, kecek kuih belen-belen.
Dapat satu bakul kuih karipap!
Hari-hari tapau air bawak balik hostel.
Saya mengaku- kedatangan penuh.
Tidak pernah ponteng makan.
Semua menu sedap.


Kemas saja kan, nampak sangat terjaga.
Rupanya baru lepas dicat baru.


Maintenance tip-top!
Ada 2 pekerja tengah sibuk bergosip bawah pondok tu terjeling-jeling kearah saya, heran agaknya- wartawan manalah buat liputan, sibuk betul ambil gambar.
(Dorm saya- Sri Kayangan)
 Tidak nampakkah sign ' pelawat tidak dibenarkan berada dikawasan asrama '?


Dulu saya main netball tau kat court itu. Wing attack bagi rumah Laksamana (hijau ).
Tapi sekarang, convert jadi gelanggang apa agaknya?
Boys tidak main bolajaring kan?


Sejuknya mata memandang.


Dari jalan masuk, vespa abah saya akan naik terus sampai parking area depan dewan makan itu. 
Dulu-dulu building paling kiri (bangunan koperasi) belum ada lagi, jadi kawasan parking untuk parents memang luas.
 Abahku akan bawa sebiji epal, sebiji limau, sebiji lai dan sebungkus biskut lemak. Ataupun sebungkus kuih putu piring ataupun sebungkus kuih telinga keling. Itu sahaja jajan untukku selama 5 tahun.
Abah memang lawak!


Ada dewan baru.
 Dulu area ini adalah kawasan padang. 
Saya berlari beberapa round masa acara sukan sekolah, sebab awal-awal sudah pecut,  third round terus pancit.
Begitulah bila short distance sprinter kena masuk long distance.
Sungguh memalukan!


Ini bangunan pentadbiran baru. 
Dulu kawasan lapang saja.


Classrooms! Bumbung sudah tukar lain.
Kelas satu-satu dan berangkai, kawasan akademik sangat luas.
Senaman kaki kaw-kaw...


Kelasku 4 Beta.
(sekarang nama kelas mungkin sudah lain)
Oh sudah berwarna-warna didalamnya. Dulu grill pun tidak ada.
Saya paling rajin sapu kelas tau, walaupon tidak bertugas.
 Saya akan datang awal dan sapu time tidak ada orang.


Corridoor penghubung kelas.

Sempat suami berbual lama dengan seorang staff, perihal hal dalaman sekolah.
Saya ini menelinga saja, tidaklah beritahu saya ex-student. 
Ceritanya walaupun budak-budak ini pandai tetapi ada juga yang berperangai tidak pandai. 
Tahun lepas anak lawyer pun kena tendang. 
You all ingat lawyer itu bisu? habis dicecehkan pihak pentadbir.
Sebab tidak percaya anak buat perangai.
Akhirnya terduduk juga bila membaca surat akuan kesalahan yang ditulis sendiri oleh anak. 
Anaknya itu trial straight A's! 
Menggeleng kami mendengarnya.

Saya tengok staff itu macam drebar van. Tapi suami kata bukan.
Dia yang akan hantar budak-budak yang kena buang sekolah.
 Ada satu kes, kepala- anak orang kaya.
Tukang buat- anak orang miskin. 
Kesian masuk area kampung budak itu punyalah pendalaman, keadaan rumah lagilah kesian.
Salah pilih kawan.
Kami menggeleng lagi.

Anak staff ini pandai juga.
Masuk sekolah baik juga. Itu pun dia naik KL jumpa orang atas.
 Pandai dia cari kabel!
Katanya anak pengetua sekolah yang asal dari kampung depan pun tidak lepas.
Anak pengetua pun tidak dapat!
...ulangnya bernada riak.
Pengetua itu patut pergi panjat katanya.
Ewah bang!
Sori ya, kalau anak kami tidak dapat pun kami tidakkan panjat-memanjat.
Kami tidakkan cari kabel.
Kami anggap itu bukan rezeki kami.
That's all !
Dunia memang macam-macam!
Sudahlah abang staff, kalau ada rezeki kita jumpa lagi.
Kami sudah letih menggeleng.


Sayonara sekolahku .
Jasamu tidakkan kulupa.

Sekian.


No comments:

Post a Comment