بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Sunday, 8 January 2023
ENTRI 244 : RESEPI KACANG KUDA.
ENTRI 243 : PENGAT KELEDEK DENGAN BIJI SELASIH DAN BARLI.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Gabungan yang sungguh mantap dan berkhasiat.
Resepinya boleh diagak. Kukus keledek. Rendam biji selasih. Rebus biji barli. Kemudian susun ikut kreativiti dan tuangkan kuah. Walla!
Untuk kuah- saya gunakan santan dan gula merah beserta secubit garam. Masak dan adjust rasa ikut kesukaan. Boleh gunakan gula kelapa untuk pilihan yang lebih sihat.
Potong dadu dan kukus keledek oren ini dalam anggaran 10-15 minit. Ia adalah antara makanan yang tinggi antioksidan.
Rendam 1 sudu besar biji selasih dengan air masak selama 5 minit, kemudian tapis.
Rendam barli selama 2 jam dan rebus sehingga kembang (30-45 minit ), toskan.
Buatlah pilihan bijak.
Sekian.
ENTRI 242 : CHOCOLATE PEANUT BUTTER GANACHE.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
1/3 cup of powdered sugar
2 tablespoon of unsweetened cocoa powder
1 cup of natural peanut butter
Bahan-bahan pon ringkas sangat. Kebetulan saya memang suka panggang kacang tanah untuk kudapan menambah lemak baik. Kepakaran saya adalah suka mengolah ikut naluri. Natural peanut butter memanglah tiada. Yang ada- otak. Saya masuk kacang kedalam food processor dan putar bersama sedikit garam halus dan beberapa sudu minyak kelapa (untuk buat peanut butter)
Saya guna Organic Raw Cane Sugar dan kisar kering. Jika ada stok powdered sugar- maka sangat mudah sebati dalam pes, tetapi ikut cara saya ini- akan ada texture yang sedikit kasar.
Seterusnya masukkan saja serbuk koko dan gula. Amaun gula saya kurangkan 2 sudu besar. Untuk dapatkan texture yang halus, tambahlah sedikit minyak kelapa. Food processor saya bukanlah jenis yang berkuasa tinggi. Jadi saya keluarkan dan masuk kedalam pengisar kering.
Rasanya saya patut masak sebentar untuk hancurkan gula agar lebih smooth tapi kalau macam ini pon sudah kena sangat dengan tekak.
Makan dengan biskut- pon sedap, alhamdulillah.
Sekian.
ENTRI 241 : HOMEMADE SAUERKRAUT.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Sejak dulu pemahaman masyarakat tentang probiotik dan prebiotik agak kurang jelas. Yang biasa kita dengar minuman kultur yang pelbagai perasa itulah salah satu sumber probiotik yang bagus. Diberi pula kepada anak-anak konon untuk kesihatan usus padahal penuh dengan gula dan perisa. Begitulah hidup tanpa ilmu.
*******
Secara ringkasnya- PROBIOTIK adalah bakteria baik yang sangat diperlukan untuk kesihatan usus manakala PREBIOTIK adalah makanan kepada probiotik. Keseimbangan keduanya sangat penting.
Sumber probiotik- bakteria hidup yang terdapat dalam makanan fermentasi seperti tempe, kimchi, budu, tapai, yogurt asli, belacan, tempoyak, miso. Ada juga dalam bentuk suplemen.
Sumber prebiotik mudah saja- serat sayuran, buah dan kekacang. Jika tiada serat ini- bakteria baik tidak mampu hidup.
Kobis segar berubah menjadi sauerkraut dibawah pengaruh bakteria asid laktik, yang dilepaskan semasa proses penapaian. Satu sudu sauerkraut saja mengandungi hidangan vitamin K setiap hari. Banyak kebaikannya yang jika disenaraikan, memang berjela.
Dipendekkan cerita- marilah terus buat.
Saya gunakan suku saja kobis bulat. Hiris nipis panjang dan basuh bersih. Toskan.
Buang empulur dibahagian tengah.
Agak-agak saja garam halus ini. Jangan terlalu banyak, untuk elak terlalu masin.
Ramas-ramas kobis ini selama 5 minit hingga keluar air yang banyak. Ia akan sedikit mengecut.
Masukkan kedalam bekas yang sesuai. Tekan-tekan agar kobis mampat.
Gunakan alu lesung yang bersih untuk mampatkan.
Syaratnya- semua sayuran mesti terendam. Tutup bekas dengan longgar dan biarkan pada suhu bilik selama 3 hingga 4 hari.
Selepas sehari sudah ada tindak balas. Alhamdulilah, sudah sedikit masam membawa maksud, bakteria sudah bekerja. Selepas 3 hari bolehlah dimasukkan kedalam petisejuk dan tutup ketat. Ambillah dalam jumlah yang sederhana setiap hari sebagai juadah sampingan.
Pengambilan sebanyak 200gm sehari dapat mengelak kekurangan vitamin dan mineral- tetapi perlu juga diambilkira bahawa kita makan juga makanan berkhasiat yang lain, jadi ambillah dalam porsi yang sesuai.
Hari ini saya cuba sertakan sesudu besar sauerkraut sebagai sampingan lunch . Wah memang boleh sangat sangat! Gandingan baik kari sayur- ikan goreng- sauerkraut. Alhamdulillah selepas ini saya akan serius untuk buat lagi.
Menu malam:
Nasi goreng belacan campur isi ikan kembung : featuring sauerkraut.
******
Gabungan beberapa bahan lain juga dapat meningkatkan zat seperti memasukkan epal atau lobak merah, bit, cranberry, jintan, bunga lawang dan pelbagai lagi yang menjadi resam budaya masyarakat yang mengamalkannya.
Hari kedua:
Air sudah kering dan rasa semakin masam. Saya tutup ketat dan masukkan kedalam petisejuk. Ia boleh bertahan selama 6-8 bulan, tetapi jika diambil setiap hari- tidaklah sampai begitu lama.
Teringat masak asam pedas masyarakat Melayu lama (pengaruh Baba Nyonya) yang suka masukkan jeruk sawi. Jadi sekarang kita ada pilihan. Masukkan saja sauerkraut!
Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.
(Saya sedang mendalami resepi kimchi pula,untuk projek seterusnya)
Saturday, 31 December 2022
ENTRI 240 : KEK LEMON GEBU BEBAS GLUTEN.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Tidaklah kutahu- mengapa sungguh tergoda dengan Lemon Cake.
Ini adalah percubaan kedua. Kali ini sengaja saya cari resepi yang menggunakan minyak menggantikan butter.
Bila barang mainan sudah keluar- bermakna adalah projek barukan. Mood rajin bila sudah mari, meriah lah dapur setiap hari.
********
LEMON CAKE
(resepi hasil carian dalam internet- saya olah untuk lebih sihat dan gluten free)
3 eggs
85 gram organic raw cane sugar
1/3 cup of coconut oil
80 gram flour (39.9 rice flour,26.6 corn flour,13.3 tapioca flour)
a tablespoon of lemon zest
1 1/2 tablespoon of lemon juice
1/2 teaspoon of baking powder
1/4 teaspoon of soda bicarbonate
pinch of salt
Cara-cara membuatnya sangat mudah. Panaskan oven pada suhu 160c selama 20 minit.
3 butir telur.
Organic raw cane sugar, saya blend kering. Ikut resepi asal- guna gula biasa sebanyak 100gram. Saya kurangkan amaunnya.
Minyak kelapa buatan sendiri.
Parutan kulit lemon, jus lemon dan garam pink.
All purpose flour saya gantikan dengan tepung beras, tepung jagung dan tepung ubikayu mengikut nisbah 3:2:1
Ayak tepung- tepung ini bersama baking powder dan soda bicarbonate (ikut resepi asal- tiada soda bicarbonate sebaliknya baking soda tetapi saya tiada bahan tersebut)
CARA MEMBUATNYA :
Putar telur dengan gula tebu organik.
Pukul dengan kelajuan tinggi.
Putar selama 3-5 minit atau sehingga agak putih dan gebu.
Masukkan parutan kulit lemon dan minyak kelapa.
Masukkan jus lemon.
Putar sehingga semua sebati.
Perlahankan speed, masukkan tepung yang telah diayak.
Selesai memutar, tiba-tiba muncul buih. Haish. Mengapa pula ini.
Kita jalan terus.
Hentak-hentak loyang- buih pon hilang, tapi muncul semula.
Pejam mata- masuk oven selama 30-35 minit.
Ingatkan tidak jadi. Kek naik cantik menggebu tetapi bila keluar, ia menurun sedikit dibahagian tengah. Tapi overall- menjadi dan masak sekata.
Saya gunakan loyang bersaiz 6 1/2 inci.
Sungguh gebu dan ringan. Sebenarnya jika ikut resepi asal- namanya adalah MOIST LEMON CAKE. Tapi tidak moist pon. Bagi saya- ini sponge cake.
Rasanya sedap, alhamdulillah.
Sekian.






















































