Kita umumnya masih perlukan karbo tetapi dalam portion yang sedikit. Suku pinggan nasi sangat cukup untuk dijana sebagai tenaga. Kita bercakap sebagai orang awam. Bukan pakar diet, pakar pemakanan hatta pakar kesihatan. Sebenarnya makin banyak karbo diambil- contoh: nasi dan roti- semakin cepat kita akan rasa lapar semula.
Disitulah letak peranan suku lagi iaitu protin atau lauk, contohnya seketul ayam, seekor ikan, telur, tahu dan tempe- seterusnya penuhkan separuh lagi pinggan dengan serat dari sayuran pelbagai warna.
Realitinya, kita tidak masak bermacam sayurkan. Mudah saja. Masak saja sejenis sayur dan penuhkan ruang kosong dengan ulaman seperti timun dan salad. Hasilnya perut akan kenyang lebih lama dengan kehadiran serat yang banyak.
Ah bercakap memanglah mudah.
It's always easier said than done.
Betulkan?
Mana ada orang makan nasi lemak suku pinggan, timun dan kangkung separuh pinggan.
Itu orang gila. Dan orang gila jaga gula sahaja yang mampu buat begitu.
Wujudkah orang yang menjaga gula dengan ketat? Tentulah ada. Selalunya mereka yang sudah ada komplikasi. Mereka tiada pilihan selain menjaga bermati-matian or else,mereka yang mati.
Tapi lebih ramai yang pasrah.
Makan sajalah macam biasa. Ubat kan ada.
Inilah tagline abah. Bak kata dia :
Sudah biasa. Nak makan sedap. Nak makan banyak...katanya sambil ketawa. Elok sangatlah bah oi.
2- BANYAK BERGERAK / BERSENAM.
Pakcik makcik bangsa kita segan bersenam sebab tidak biasa. Bagi yang gemar berkebun dan menanam, sedikit sebanyak akan ada banyak pergerakan. Mak, nenek dan mertua saya dalam kategori ini. Mereka tiada diabetes (kencing manis) kerana banyak bergerak sejak muda. Makanan yang dimakan akan digunakan dan dibakar menjadi tenaga.
Apa yang saya sedar- banyak aktiviti fizikal akan selamatkan kita dari diabetes tapi belum tentu selamat dari darah tinggi. Untuk mencegah hypertention (darah tinggi), salah satu cara adalah dengan bersenam.
Aktiviti fizikal tidak sama dengan senaman. Senaman agak berat manakala aktiviti fizikal adalah seperti berkebun dan membuat kerja rumah.
***
Selalu kita dengar. Strok terjadi akibat bacaan tekanan darah yang naik tinggi sebab tidak dikawal (atau faktor tidak sedar sudah ada darah tinggi). Oksigen tidak sampai ke otak. Darah jadi pekat.
Konsepnya: Jika bersenam, rentak jantung akan jadi laju sehingga kita jadi sedikit tercungap sehingga peringkat susah hendak bercakap. Itu bermaksud, pada masa itu- darah sedang dipam laju-laju sampailah ke bahagian hujung-hujung anggota badan. Darah yang membawa oksigen. Itulah yang kita mahukan. Darah sampai hingga ke otak. Sampai hingga semua hujung jari.
3- TIDUR DAN REHAT YANG CUKUP.
Bab ini,saya kalahlah.
Tekanan darah boleh turun naik jika tidak cukup tidur kerana semasa tidurlah organ dalaman dapat berehat. Malang sungguh saya tergolong dalam mereka yang mengalami imsomnia. Mungkin otak saya cerdas sangat. Suka berfikir. Begitulah.
4- ELAKKAN SUPPLEMENT OVERCLAIM.
Bukankah supplement bagus? Vitamin C takkan tidak ok pula.
Vitamin seperti vitamin C dan lain-lainnya, jika disarankan doktor, memang sangat membantu. Namun negara kita kebanjiran produk-produk yang mengaut keuntungan yang bukan sedikit. Banyak sungguh lambakan kes-kes rosak buah pinggang dan hati akibat pengambilan jus-jus yang mendakwa dapat menyembuh macam-macam penyakit. Ramuannya selalu terselit steroid yang akan memberi kesan segera namun ramai yang mendapat kesan sampingan pada jangkamasa panjang.
Abah saya sangat setia dan tekun dalam ambilan ubat-ubat hospital. Lega juga kerana dia tidak pernah percaya jus-jus overclaim. Sudah berusia 76 dengan bertahun hidup bersama penyakit berangkainya. Termenung panjang juga bila mendengar jiran selang beberapa rumah sudah dipotong kedua belah kaki, malah kena juga dicuci buah pinggang sedangkan usianya baru menginjak 52. Puncanya? Tidak mahu makan ubat hospital dan hanya makan jus penyembuh pelbagai penyakit! Alasannya, seperti biasa- takut buah pinggang rosak. Nah sekarang lihat. Siapa yang terlebih dahulu rosak buah pinggang?
Sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran.
*******
Amalkan saja REAL FOOD. Makan secara sederhana dan seimbang. Lebihkan pengambilan air putih. Banyak bergerak dan kurangkan makanan bergula.
Again. Easy said than done.
Anak abah kan, hendak makan sedap saja.
Minggu hadapan hendak try buat Biscoff coffee cake.
Macamana itu?
Para rakan pewaris. Usahalah setakat yang terdaya. Sesekali kena juga amalkan apa saja ramuan sihat. Janji REAL FOOD. Bukan proses.
Antara amalan yang bagus adalah minum air halia.Tambahlah sesudu kecil cuka epal atau lemon. Rasa pedas halia boleh dikurangkan dengan sesudu madu asli.
Memang tidak sesedap teh tarik tapi fikirlah khasiatnya.
Jus bunga telang banyak khasiat tapi jangan pula minum berlebih-lebihan. Sesekali kita ambillah untuk tambah apa yang terkurang dalam badan. Tetapi bagi pesakit yang sudah ada rutin makan ubat hospital, mengambil minuman begini agak berisiko juga.
Air lemon sangat bagus sebagai ikhtiar menurunkan kolestrol, juga sebagai sumber vitamin C yang baik.
Sesekali saya minum juga air rebusan daun durian belanda.
Minyak kelapa dara atau minyak zaitun pon bagus sebagai sumber lemak baik.Tapi itulah. Jangan berlebihan.
No comments:
Post a Comment