Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....
Perkembangan kerja-kerja penambahan rumah pada minggu ketiga agak slow sebab lebih memerlukan masa untuk proses pengeringan juga membaik pulih konkrit yang tidak sempurna.
Hari pertama :
HARI KELIMA BELAS.
( 18jan-isnin )
Sambung naikkan papan-papan penyokong untuk membentuk beam (alang) bumbung.
Paku sana paku sini, ketuk sana ketuk sini, biasalah kan...
Drill sana...drill sini....
Dalam pada depa drill itu, habis bocor dinding dalam rumah pada penjuru paling kiri diruang tamu. Kebocoran agak besar juga pada penjuru paling kanan master bedroom.
What happen?
Tengok anak panah putih dalam gambar, mereka drill area sebelah dalam kayu lapis hingga tembus dalam bilik. Bila seorang pekerja basahkan kayu guna salur getah sebelum tuang konkrit, air mengalir turun kelantai..oh tidak.
HARI KEENAM & TUJUH BELAS.
( 19 & 20 jan-selasa/ rabu )
Tiada perubahan ketara. Mereka buat persediaan, papan dan pancang kayu berselirat disana-sini. Memang mengambil masa.
Menjelang tengahari barulah bancuh konkrit dan tuang kedalam acuan kayu yang sudah disiapkan.
Yang seorang bancuh simen, yang seorang isi dalam baldi, yang seorang tukang sambut baldi dan last but not least penuang batter kedalam acuan.
Depa ikut konsep wonderpet.
Bila hampir petang, semua pekerja udah pulang, datang pula lori bawa besi-besi biru ini.
Sudah hendak naik bumbung?.
..ee....excited!
HARI KELAPAN BELAS.
( 21 jan-khamis )
Ada part yang sudah kering telah ditanggalkan kayunya.
Pada sebelah petang, bila saya kembali kerumah around jam 5.30 petang dari meeting keibu bapaan disekolah, terkejut tengok truss atau kerangka bumbung sudah siap dipasang..
Wah birunya.
Dari jauh sudah nampak.
Kata bos, pakai besi tahan. Tidak ada masalah anai-nai atau kereputan.
HARI KESEMBILAN BELAS.
( 22jan-jumaat)
Pagi-pagi lori hantar barang sudah sampai bawa balance besi biru dan pasir, mereka baiki kembali mana-mana bahagian yang tidak sempurna, simen balik kasi elok.
Saya instead of ambil gambar orang bertukang, interested juga pada tools yang digunakan.
Sangat unik.
HARI KEDUA PULUH.
( 23jan-sabtu )
Apa yang saya perhatikan, seharian mereka lepa simen, baik yang dibawah mahupun pada beam bumbung diatas, kemaskan mana yang patut. Mungkin untuk elak terjadinya masalah dikemudian hari jika yang lopong tidak dibaiki segera.
Bagus.
HARI KEDUA PULUH SATU.
(24jan-ahad)
Hari untuk berlibur.
Sekian.
Rabu, pembayaran kedua.
No comments:
Post a Comment