Monday, 4 January 2016

ENTRI 164 : INISIATIF.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Aha ha ha muka dia senyum, gelak mereka sesama sendiri.
Saya yang tidak tahu apa-apa, cuma lontar pandangan kosong.
Ah apa saja mereka berempat itu.
Kadangkala pening juga.
Hadap perangai manusia kan?
Libatkan emosi.
Berleter diluar kawalan itu biasa.

Tapi apa mereka sedang buat?
Musykil juga.
Kemain tekun. Si kecik pun terlibat.
Meh sini ibu tengok.
Adik buat apa ni?

Apa ini?

Er....

Er...

Buku siapa ni?!!


" Kakak yang suruh, kalau adik lukis ok, nanti kakak tampal dalam buku"
Ha?


Gambar apa ni?
Konfius ibu .
Bagi gambar lagi satu.


Genyeh mata yang tidak gatal.
Betul ke apa yang saya nampak?
Yang ini anak ketiga yang lukis.


Yang ini abang yang lukis. 
Baby abang senyum bu....

Eh apasal korang lukis perut orang beranak ni.?

Kitaorang tolong kakak siapkan kerja rumah.



Sudah belajar bab ini?
Subjek apa?


Buku teks Sains.
Sekarang kakak sedang salin bab 4.
Bab Pembiakan.

Mak aii.
Speecless ibu.

Kena salin 1 buku?
Buku budak tingkatan 3?....sudah belajar bab orang beranak?
Padahal masih dalam cuti hujung tahun.
Belum pon buka sekolah.
Tapi cikgu sekolah sudah beri tugasan salin buku teks Sains sebagai persediaan tingkatan 3.
Solute pada cikgu Sains.
Tapi saya still terkejut beruk...

Saya capai bukunya.
Mahu tahu apa kandungannya.
Kena juga ambil peduli.


Selak sehelai demi sehelai.


Perkembangan embrio menjadi fetus hingga kelahiran.
Haish.
Itu belum sampai mukasurat cara-cara merancang kehamilan.
Kena juga lukis gambar-gambar alatannya.
Haish.

Patutlah dia sentiasa menulis pagi petang siang ke malam, itu yang dihadapnya.


Mengeluh panjang pun no point.
Hadapi realiti.
Ada pro dan kontra.
Jika dilihat dari sudut pendidikan memanglah bagus menyediakan mental anak-anak ni dengan apa yang patut diketahui supaya lebih alert dalam aspek penjagaan diri dan pergaulan. 
Tapi pengetahuan sebegini mungkin juga sedikit sebanyak menyuntik satu semangat negatif dalam jiwa mereka, siapa tahu?
Tiba-tiba rasa tanggungjawab saya sebagai ibu semakin berat.
Perlu lebih memerhati.
Lebih sensitif.
Lebih bebelan dan leteran tahap peluru berpandu.
.....beware...! 


Sekian.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment