Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.....
Ok my sweet home sedang under renovation, suasana amat berdebu sekali ya.
Walau kerja-kerja cuma melibatkan ruang porch didepan rumah, bila melibatkan drill habuk-habuk halus still boleh masuk.
Make sure semua tertutup rapi.
Memang exited..
Sedikit gementar, takut juga pilihan hati tidak menghasil apa yang diimpi.
Ikut instict ini bahaya juga.
..hopefully semua will goes well, insyaallah.
Saya akan berkongsi sedikit sebanyak progress ditapak pembinaan since hari pertama towards the end.
Sebab bugjet tidak besar, tidak bolehlah berangan bulan dan bintang.
Kata Malay people, ukur baju dibadan sendiri.
Gitu.
Perbincangan dengan tukang berjalan pertengahan Disember tahun lalu.
Beberapa idea dan sedikit lakaran telah dipersetujui.
Pada hari pertama sekolah dibuka, rumah saya juga memulakan proses pengubahsuaian.
HARI PERTAMA- ISNIN.
( 4 januari 2016 )
Oleh kerana keadaan rumah agak berslope dan bagi memudahkan kerja membuat sliding gate untuk dua buah kereta boleh masuk ke kawasan porch maka level tanah perlu direndahkan sedikit dalam anggaran sekaki.
Ruang bertanah cuma melibatkan kawasan bersaiz 3x6 meter, terletak berhadapan master bedroom.
Hari pertama seawal jam 8 pagi 2 orang pekerja warga asing memulakan kerja mencangkul dan membuang tanah.
Oh sayangnya tanahku.
Tanah perlu dibuang sehingga kedalaman mencapai 1 kaki. Jika tidak, akan wujud slope yang agak tinggi didepan rumah. Tidak cantik dilihat mata.
Tanah yang dikobak akan diangkut dengan kereta tolak kekawasan tepi padang permainan dimana sebuah container khas disediakan disitu .
Container ini milik China yang akan membeli sisa-sisa tanah dan konkrit yang telah dipecahkan.
2 pekerja begitu tekun dalam cuaca panas menggila. Air yang disediakan tuan rumah pun tidak mencukupi agaknya pasal mereka masih bawa bekal air sendiri.
Sudah ok ni....
Menjelang 6 petang, ruang ini selesai dikerjakan. Mesti penat depa ulang alik tolak kereta sorong ke tepi padang kan, apo nak buek, udah skop kerjanya begitu.
HARI KEDUA- SELASA.
( 5 januari 2016.)
Telinga mula berdesing bingit dek bunyi
drill. Mereka mula memecah lantai simen depan rumah.
Bahagian yang berbumbung ditinggalkan dahulu. 2 lubang dibuat dihujung penjuru kiri dan kanan- itu adalah lokasi baru -2 tiang akan diletak menampung bumbung. Tiang tunggal yang sedia ada akan dirobohkan. Inilah sebab utama menyebabkan kos renovation naik mendadak. Mahukan ruang yang lapang, terpaksalah dibuat begitu.
Lantai simen antara pintu sliding dengan tiang sedia ada dipecah sedikit dan ditanda 5 kaki dari jarak pintu yang mana itu adalah lokasi dinding baru akan dibina. Saya tidak mahu anjak banyak kerana mahukan kawasan yang lebih lapang diruang porch.
Tukang bagi untuk buat pilihan.
Pilihlah yang mana.
Mula buat sketch dulu saya ingat mahu buat tiang empat segi, dibawahnya ada pattern.
Tiba-tiba teringin tiang bulat.
Roman Pillar namanya.
Banyak pilihan, rambang mata.
Gate pillar....pun ada banyak pilihan.
Belakang-belakang itu ada gambar yang saya suka.
Ini dia ukiran, kerawang pujaan hatiku...
Hopefully hargamu tidak mahal sangat.
Pilihan untuk deco tingkap dan pintu pun ada.
Rasa-rasa saya sudah jatuh hati dengan sidia yang ke 3 itu.
....macho and sado.
HARI KETIGA - RABU.
( 6 januari 2016 )
Mula bertugas dipagi hari.
Kedudukan dinding baru telah dibuat lubang dan dikuatkan dengan besi sebelum dinaikkan dinding.
Besi yang tersandar pada dinding itu akan dimuatkan dalam lubang supaya konkrit yang akan dituang menjadi lebih kukuh. 10 kampit simen sudah pun sampai.
Gini rupanya lubang yang diletak besi.
Perhatikan lubang dipenjuru kiri, ada besi yang mengepit salur putih iaitu untuk laluan air hujan telah diletak secara menegak, kemudian pasir bersama batu dan simen akan dibancuh.
Seterusnya pekerja menuang bancuhan konkrit kedalam kedua-dua lubang dipenjuru dan satu lagi lubang didepan pintu.
Sudah siap.
Cuaca sangat panas, jadi ia akan mengering dengan sempurna.
HARI KEEMPAT- KHAMIS.
( 7 januari 2016 )
Sudah sampai papan-papan yang akan bentuk konkrit juga besi yang panjang berjela.
Longkang depan sudah selesai disimen untuk laluan kereta. Sebelum ini cuma ada satu laluan, sebab satu gate. Kami mahukan gate gelongsor yang dapat memberi laluan pada 2 buah kereta.
Pekerja tekun buat besi ini, dari bentuk lurus dibentuk empat segi.
Guna benda ni. Saya sekodeng ikut tingkap, nampaklah mereka letak besi lurus dan ada caranya untuk jadikannya bersegi...
Yang sorang tengah gentel besi, yang sorang lagi ikat besi empat segi yang sudah siap pada batang besi yang panjang.Yang seorang lagi mandorlah kot, kerjanya tukang beli nasi bungkus.
Besi yang sudah siap diikat.
Jarak 5 kaki dari existing pintu pun dinaikkan tulang besi untuk naikkan dinding baru nanti.
Tetulang besi diletak juga pada lokasi dimana my roman pillar akan didirikan. Yang putih adalah salur air hujan.
HARI KELIMA-JUMAAT.
( 8 januari 2016 )
Bahagian yang lopong bersebelahan rumah jiran sudah diletak tabir, untuk elak habuk terbang kesebelah. Pada pintu sliding kami pun dipasang kain kanvas. Tidak dapatlah saya skodeng. Intai ikut celah tingkap sajalah nampaknya.
Pekerja bertambah seorang lagi sebab kerja hari ini nampaknya lebih susah dan mencabar.
Hari ini mereka panjat bumbung, cabut tiles/ tulang belulang bumbung. Sebab tiang tunggal yang support bumbung sedia ada bakal dibuang jadi kenalah buat bumbung yang baru.
Kerja-kerja drill lantai simen masih dijalankan, bergegar satu rumah.
Bahagian atas bumbung yang berkongsi dengan bumbung jiran ditampal batu bata.
Bahagian lantai yang diextend disempurnakan. Lantai simen yang depan tu masih dalam proses pemecahan.
HARI KEENAM- SABTU.
( 9 januari 2016 )
Masih lagi dengan kerja-kerja memecah konkrit yang tebal dan susah handle, sangat mengambil masa, lhorr sabar ya wak.
Dinding lopong sudah disusun batu bata dan dilepa simen.
Tapak tiang Roman, sudah ada base.
Ui payah betul hendak pecah konkrit tebal.
Encik Tukang, bila kau hendak pecah dinding dan pintu sliding?
Oh lambat lagi kak, bila udah siap bumbung depan itu nanti.
O bagus.
Dengan bossnya saya berani sikit bukak mulut sebab dia menantu jiran selang dua rumah.
HARI KETUJUH- AHAD
( 10 januari 2016 )
Cuti.
Itu yang berlaku dalam minggu pertama.
Kan best ada pekerja Indon wanita, pasti sedikit berbeda.
Dapat juga ngomong-ngomong cungkil rahasia bikinin bangunan.
Ahaha suka hati saja kan.
Sekian.