Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.
Jangan mahu dipuji-puji saja.
Sesekali kena bom juga sayap telinga ini.
Kata abah den " Kuih kau ni keras. Tahun depan buat lembut sikit."
Kata omak den" cuba kurangkan 2 sudu tepung."
Memang texture kek ini agak kering, tapi rasanya tetap sedap.
Buat kek kukus buah tidak susah. Yang leceh sikit, part buat gula hangus dan masa kukus yang agak panjang. Sebenarnya ada tiga resepi yang hendak dicuba. Buat yang ini dahulu sebagai buah tangan balik kampung raya lalu.
Jangan abah buat-buat tidak perasan, keras-keras pun licin tau!
RESEPI KEK KUKUS BUAH.
( sumber : internet )
250 gm butter
350 gm gula pasir
60 ml air panas
250 gm buahan campuran
3 biji telur gred A
350 gm tepung gandum
1 sudu teh cream of tar-tar
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
Belek bahan yang perlu.
Seketul butter beratnya 250gm, perlu juga gula pasir dan air panas untuk buat gula hangus. Tepung gandum perlu diayak bersama cream of tar-tar dan soda bikarbonat. Telur sebaiknya dari gred A. Satu peket 250gm buahan campuran berharga RM 3.40, beli di kedai bakery.
Masukkan gula pasir kedalam periuk tahan haba- tidak perlu kacau selalu, biar ia cair sendiri. Cuma senget-sengetkan periuk agar cair gula sekata. Bila sudah cair seluruhnya, masuk 1/4 cawan air panas menyebabkan cairan menggelegak- kacau perlahan- masuk butter yang sudah dibiar pada suhu bilik selama 1 jam. Tutup api, kacau hingga butter cair. Masukkan buah-buahan campuran. Gaul rata-rata. Sejukkan anggaran 1 jam.
Bila sudah sejuk- mula proses seterusnya. Panaskan api dalam periuk kukusan.
Ayak tepung bersama cream of tar-tar, dan soda bikarbonat. Masukkan bahan ayak ini kedalam bancuhan gula hangus. Gaul rata-rata. Pukul telur hingga kembang dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Sebatikan.
Make sure loyang telah dilengser dengan sedikit butter/ marjerin dan alas dengan baking paper. Tuang kedalam loyang -goyang-goyangkan loyang secara mendatar supaya bancuhan rata- tutup kemas dengan aluminium foil supaya wap air tidak jatuh keatas kek. Kukus selama 4 jam. Setelah dua jam pertama berlalu, masak air dalam cerek, bila sudah mendidih top up air dalam periuk kukusan yang sudah tinggal sedikit.
No comments:
Post a Comment