Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.....
Saya kongsikan beberapa perkara menarik yang dikupas dalam buku ini pula.
Topik pilihan
o GELATIN DALAM UBAT.
Penggunaan gelatin dalam ubat masa sekarang adalah harus kerana dharurat dan sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidak lagi diharuskan.
Huraian
a- Gelatin ialah sejenis protein terbitan yang larut dalam air,dihasil menerusi proses hidrolisis separa keatas collagen. Collagen adalah unsur protein yang terdapat dalam tisu-tisu konektif haiwan. Kulit khinzir, kulit lembu, urat-urat dan tulang binatang merupakan bahan mentah utama untuk menghasilkan gelatin.
b- Menurut Encyclopedia Of Chemical Technology, kebanyakan gelatin A (proses asid) yang dikeluarkan di Amerika Syarikat diperbuat dari kulit khinzir. Di Eropah pula kulit anak lembu dan tulang lembu merupakan bahan mentah utama. Penggunaan kulit khinzir semakin meningkat kerana proses pengeluaran gelatin darinya lebih cepat.
c- Pada masa ini kapsul yang terdapat dipasaran atau hospital dan klinik-klinik kerajaan adalah diperbuat dari campuran bahan gelatin yang diimport dari luar negara digunakan sebagai bahan untuk menahan ubat dari rosak.
d- Menurut Jumhur Ulama', penggunaan bahan-bahan yang haram atau yang bercampur dengan najis untuk tujuan perubatan adalah haram. Walaupun begitu, menggunakan ubat dari benda yang najis selain benda yang memabukkan dalam keadaan dharurat adalah harus dimana tiada bahan lain yang boleh menggantikannya.
o HUKUM BAHAN PEWARNA (COCHINEAL) DALAM ISLAM.
Bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan piawaian tidak melebihi dari 0.003% - 0.006%.
Huraian :
a- Cochineal ialah bahan pewarna yang diambil dari sejenis serangga kecil. Serangga ini direbus (menghasilkan warna merah perang) atau dipanggang dalam ketuhar (menghasilkan warna kelabu) atau atas kuali panas (menghasilkan warna hitam) dan kemudian dikeringkan. Lima kilogram serangga cochineal dapat menghasilkan satu kilogram pewarna carmine.
b- Cochineal berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Penggunaannya dalam makanan setelah diposterurkan amat sedikit iaitu dengan kadar 0.003% - 0.006%.
c- Penggunaan Cochineal didapati boleh membunuh mikrob-mikrob yang beracun dan ia tidak merbahaya kepada manusia ,juga tidak memberi kesan sampingan.
d- Mengikut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah dalam bukunya, penggunaan serangga ini dibolehkan kerana ia sejenis binatang yang darahnya tidak mengalir.
o HUKUM SUNTIKAN PELALIAN VAKSIN MENINGOCOCCAL MENINGITIS OLEH ORANG ISLAM.
Hukum menggunakan vaksin pelalian 'Meningococcal Meningitis Mencevac' yang diambil dari sumber lembu adalah harus manakala menggunakan vaksin pelalian ' Meningococcal Meningitis Monumue' yang mengandungi unsur khinzir adalah haram.
Huraian :
a- Penyakit ini adalah berjangkit disebabkan bakteria Nesseria Meningitides. Jangkitan menyebabkan radang pada selaput otak dan saraf tunjang.Ia berjangkit melalui hubungan secara langsung dengan titisan mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti. Tempoh pengeraman jangkitan adalah 2-10 hari dan pengidap mula merasa demam, loya, bisa kepala dan sakit tengkuk.Tanpa rawatan awal, kadar kematian adalah melebihi 50%. Diagnosa penyakit ini melibatkan ujian makmal khas seperti ujian cecair tulang belakang ( celebral spinal fluid ).
b- Kadar penularan di Malaysia agak rendah walaupun di Benua Afrika Utara mencatat kes tertinggi . Langkah utama pencegahan adalah melalui penjagaan kesihatan yang baik, elak tempat yang sesak dan mendapatkan pelalian. Ia boleh melindungi dari jangkitan kuman bagi tempoh terhad mengikut jenis yang digunakan.
c- Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan penyakit ini dikalangan jemaah haji dan umrah adalah tinggi dan atas sebab itu maka semua bakal haji dan umrah telah diwajibkan mendapatkan pelalian yang sah sebelum visa dikeluarkan. Satu suntikan vaksin 'Mengingococcal Meningitis jenis A,C,Y,W135 yang juga dikenali sebagai vaksin 'Meningococcal Meningitis Quadrivalent(ACYW125) memberi perlindungan selama 3 tahun.
d- Pada masa ini terdapat 2 jenis jenama vaksin dalam pasaran yang didaftar dan diluluskan oleh Biro Farmasi Kementerian Kesihatan iaitu:
1. MONUMUNE INJECTION
Pengeluar: Syarikat Aventis Pharma, Malaysia
(bahan mentah yang diguna- sumber bovine (lembu), porsin (khinzir) dan avian (itik) dan bahan yang diguna termasuk susu,limpa dan bulu itik.)
2.MENCEVAX INJECTION.
Pengeluar: Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceuticals
(produk ini tidak mengandungi bahan dari sumber binatang kecuali laktosa dari susu lembu)
Vaksin ini diguna oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semoga perkongsian memberi manafaat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment