Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula.....
Usia blog saya insyaAllah akan mencecah dua tahun 11 April ini.
How fast time flies...
Before that, teringat kisah sebelum 11 April dua tahun lalu....
Fikir punya fikir saya membulat nekad.
Mahu menulis tapi tidak tahu apa.
Dulu scorer subjek karangan Bahasa Melayu sewaktu sekolah menengah. Itu yang konfiden semacam. Terpengaruh juga dengan novel tebal dua tiga inci yang jadi koleksi peribadi sewaktu bujang.
( antara yang famous, novel Salina, Imam dan banyak lagi yang lesap entah kemana disapu sepupu sepapat yang meminjam tapi terus lupa hendak pulang).
Minat juga dengan novelis Serawak penulis cerita suspen, Ramli Awang Mursyid.
Minat itu seakan lenyap, bertukar 360 darjah, mengulit pula majalah masakan dan kewanitaan.
Begitulah.
Sejurus kerja-kerja mengkelek anak selesai secara rasmi, saya mula rasa kosong.
Kena isi something yang saya minat dan percaya boleh lakukan.
" Macamana hendak tulis novel?"
Adik perempuan memberi reaksi dan memek muka yang seolah berkata..
" ....are you crazy..?"
Ok faham.
Forget it.
" Ibu mahu buat blog"
Anak bujang tersenyum sinis.
" Buatkan ibu blog."
Itu arahan mandatori.
Dia terus buatkan dari A- Z.
Terpaksa melayan kerenah emaknya yang macam-macam,
" Tak boleh bu..."
" Ibu kata boleh!"
Stress budak itu
Prinsip saya, kalau naluri rasa boleh, saya akan paksa sampai dapat.
At last.
Ee sukanya sudah ada blog.
Walaupun anak itu mengejek juga " ...ada ke orang nak baca? "
Ada ibu kisah.
Tidak pernah ambil pusing perkara itu.
Saya tulis saja.
Tidak pernahlah periksa jumlah pembaca.
Tahun berlalu.
Rasa mahu tergelak bila tengok sudah ramai viewer.
Sukar dipercaya.
Pageviews untuk hari dan saat ini adalah : 22,350 !
Angka yang sangat ok bagi blogger yang tidak dikenali.
Tapi bila sudah begitu, timbul pula rasa tanggungjawab.
Saya buat post mortem.
Baiki mana yang terlepas pandang.
Baiki bahasa yang kurang perisa.
Post apa yang dapat high rating?
Gubahan memang laku macam goreng pisang cheese.
Generasi sekarang kan suka belajar dari Encik Google.
( Entri 76- Gubahan Coklat/ Gula-gula (2) yang mendapat 6877 pageviews,
...ditulis dalam bulan September 2014)
Apa salahnya belajar melalui internet?
Blog ini medan terbaik untuk saya terus berkarya, mencurah pengalaman dan berkongsi ilmu yang memberi manafaat.
Itulah harapan yang tulus dari lubuk hati.
Semoga niat murni dipermudahkan oleh Nya.
Sekian.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment