Thursday, 12 February 2015

ENTRI 120 : HADIAH SENTIMENTAL.

Bismillah.


Kegiatan menyelongkar kotak kerawang semalam menemukan saya dengan sesuatu. 
Lalu saya keluarkan ia. 
Melayang sebuah kisah yang telah lama tersurat.
Ini bukan cara dia.
Bukan sama sekali.

Kenangan mengimbau ke tahun itu.
Ketika seorang bujangan dengan kehendak Allah sekelip mata mempunyai seorang- 'tunang'. 
Gelabah itu sudah pasti. 

Tahun 1998.
Kedatangan parcel kecil dihadapan pintu sebuah pejabat di Seksyen 1 Wangsa Maju tidak dijangka sama sekali.
Kerana ia adalah untuk saya.  


Sebuah jam tangan ALBA yang sangat membahagiakan -masa itulah.


 Bersempena harilahir.

Saya berani gerenti, inilah kali pertama dalam sejarah hidupnya membeli hadiah beserta kad ucapan. 
Habis dibuang jauh-jauh ego jantannya.
Demi seorang tunang.

Alkisah tahun pertama perkahwinan:
Saya hendak kad birthday yang besar, yang ada muzik!
Dia beli.
Ya lah. Baru dapat bini.

Kan saya sudah kata.
Itulah kali terakhir saya mendapat hadiah dari dia, bekas tunang.
Lelaki akan berubah sekejap saja. 
Selepas itu dia akan kembali ke sifat asal.
Believe me!

Sebab citarasa kami jauh berbeza.
Kalau mahu hadiah, kena pilih sendiri.
Of course dia yang bayar. 
Tidak bestlah pula.
Actually women love surprises.

Suatu hari dalam sebuah kedai menjual pakaian...
Saya masih mencari-cari. 
Rambang mata betul.
Tidak tahu hendak pilih yang mana.
 Suami yang terpacak ditepi tiang sebelah kiri kedai sudah mula tunjuk gelisah.
Itu tandanya saya kena cepat.
 Sambar satu hanger yang menggantung blouse labuh bercorak.
Angkat tinggi hanger tersebut.
Suami menggeleng.
Tak approve pulak. 
Angkat yang lain, geleng juga.
Dia datang.
 Terus capai satu blouse- creamy colour. Berbunga besar berwarna oren plus dedaun hijau dibahagian bawah baju dan hujung tangan, disua kepada saya.
Saya terdiam.
Hish.
Ambil sajalah pilihan dia ini.
Ke kaunter.


Apa yang tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik untuk diri kita.
Semakin dalam direnung semakin saya dapat jawapan.
Redha.


Sekian.




No comments:

Post a Comment