Wednesday, 28 January 2015

ENTRI 115 : CAKAP BESAR.

Bismillah...


Bercerita melalui pengalaman.
Kadang-kadang terkena juga diri sendiri.
Bagi orang yang emo macam saya, sakitnya adalah double.
Serious.

Yang membuat saya selalu terkedu adalah 10 tahun selepas itu- saya akan mendengar rentetan cerita dari orang berkenaan. Pasal benda yang dibangga-banggakan itu selalunya memakan diri. 
Mungkin kafarah dari Tuhan. 
Cara Tuhan menegur hambaNya.
Tidak pula kita doa yang buruk-buruk tapi itulah...

Jadi jagalah mulut.
Jangan sampai meluka hati insan lain.
Satu hari Tuhan akan memulangkan semula apa yang kita buat/cakap.

Contoh:
Seorang bapa saudara berbual santai dengan anak buah yang sangat kurus. Sambil memberi nasihat, dia secara berdepan menyindir bentuk tubuh sigadis yang selama ini memang tiada keyakinan diri (lambat pula jodohnya). Sindirnya itu sangat mengguris hati. Setiap yang luka ada parut rupanya.

10 tahun kemudian.
Sibapa saudara tiba bersama keluarga. Anak buah tadi dengan izin Allah telah bertemu jodoh.
Kerana sudah lama tidak bertemu lalu mencari-cari sepupunya iaitu anak kepada bapa saudaranya itu.
Mana Zeera?
Zeera muncul dari belakang.
Sudah besar panjang pun dia.
Sangat kurus. 
Lebih kurus dari sigadis tadi. 
Dia masih belum lagi bertemu jodohnya walau umurnya sudah lewat 20an.


Pengajaran :
Jangan sesekali menyebut kelemahan atau kekurangan orang lain dengan nada sinis sehingga mencetus rasa sedih. Mana ada manusia sempurna kerana yang sempurna hanyalah Allah. Manusia yang berwajah sempurna pun selalu cacat tingkahlakunya.

Teringat juga kisah yang saya baca dari majalah dulu-dulu.
Kisah pertama : Personaliti wanita ini menyertakan 3 hidangan, lengkap dengan gambar dan resepinya. Saya masih ingat lagi tulisannya dalam majalah masakan tersebut:
Ikatlah perut suami.
Beringatlah wahai wanita yang tidak suka memasak, suami mungkin akan cari yang lain.
 Dia yang memang pandai memasak dengan bangga berposing sakan disamping masakannya.

10 tahun kemudian.

Berita penceraian personaliti ini tersebar di akhbar.

Kisah 2 :  Juga keluar suratkhabar. Dia melahirkan anak sulung dengan mudah. Terbersalin dalam kereta!. Beserta gambar wajahnya yang berseri-seri.
 Saya masih ingat katanya- Saya bersalin mudah kerana berkat saya melayan suami dengan baik.
Memang bagus dan patut dicontohi tetapi tidak perlulah berkata begitu.

10 tahun kemudian.

Bercerai juga.
Siap berperang lagi dengan bekas suami.

Itulah kisah manusia.
Kadang-kadang bila kita over exited- itulah yang akan memakan diri.
Bila time bersanding- Saya akan jaga awak till jannah.....awaklah pelengkap kekurangan saya....awak amat memahami saya...pandai ambil hati mak bapak saya.....
Ceh menanah telinga!
Tidak payah canang satu dunia.
Tidak perlu keluar Facebook.

Dan jangan selalu komen anak orang. 
Sebab kita pun ada anak. 

Kadang-kadang, diam itu lebih baik.
Kita kelihatan lebih cerdik bila kita diam.


Sekian.

No comments:

Post a Comment