Bismillah.
Umum tahu tentang khasiat ulam-ulaman.
Tapi berapa ramai yang jadikan ia sebagai hidangan wajib.
Ulam memang tidak sesedap buah-buahan walau sangat bagus kerana kaya nutrisi dan berserat tinggi. Orang yang suka dan sering berfikir tentang khasiat, tiada masalah.
Yang menjadi masalah adalah tekak yang cerewet.
Hendak makan yang sedap sahaja.
Pahitlah.
Tidak ada rasa lah.
Macam-macam.
Siapa suruh fikir- rasa
Mesti fikir khasiat.
Jadi kita usaha masak ulam dengan cara yang mereka boleh terima.
Senang saja. Ulam goreng bercili. Walaupun sebenarnya lagi bagus dimakan mentah tapi tidak salah kita ubah rasa bagi beri acceptable flavour.
Ingredients- sedikit ikan bilis sebagai rencah, cili hidup, bawang putih serta sayur penyeri yang berwarna kontra, carrot.
Selain kacang botol, peria, begemi dan bendi juga sesuai dimasak begini.
Setelah dicuci bersih, potong menyerong.
Dapat satu pinggan penuh.
Rencah ditumbuk kasar
Proses seterusnya- tumis dalam sedikit minyak hingga garing. Tambah gula dan garam secukup rasa dan masukkan ulam tadi. Balik-balikkan dan siap. Sangat mudah.
Barulah nampak tasty. Kalau dimasak begini barulah laju depa makan.
Si kecik saya pun suka. Ini hidangan lengkap. Ada protien dari ikan bilis, dan nutrisi dari sayuran. Untuk saya, makan nasi berlauk begini saja pun sudah cukup. Tidak payah lauk lain.
Sebab saya tidak cerewet.
Sekian.
No comments:
Post a Comment