Bismillah.
Alhamdulillah.
Usia meningkat setahun lagi.
Tidak sedar sudah besar rupanya sikecil saya. Riang dan cergas menanti si ayah yang sedang bersiap. Sudah lengkap berpakaian sekolah, tetapi masih melekat berpaut dibadan saya.
" Air sudah melimpah" suara suami cemas dari dapur.
Air apa?
Saya menepuk dahi.
" Ya Allah.....ibu lupa "
Biasanya setiap pagi sebelum solat Subuh saya akan pasang paip air mesin basuh dan putarkan ia sebaik selepas itu. Tapi mengapa hari ini saya tidak ingat...
Paip terpasang hampir 45 minit. Air sudah melimpahi lantai dapur berhampiran pintu!
Allahuakbar!
*****
" Budak-budak ini kata, hari ini ada perarakan Maulidur Rasul"
Suami yang baru pulang dari menghantar anak ke sekolah.kelihatan menggelabah. Terlupa pesanan SMS yang dihantar pihak sekolah semalam supaya membawa cawan plastik sendiri sempena majlis itu....
Enjin motorsikal segera dihidupkan.
Saya menggeleng perlahan, memerhati kelibatnya hilang bersama deruan motor...
Kita semakin tua.
Itulah realitinya.
Berlaku beberapa incident kelupaan tahap kritikal maka kini suami akan double check dapur dan setiap suis jika kami keluar.
Periuk vision saya hitam legam gara-gara memanaskan kuah masak lemak dengan api paling perlahan kemudian pula boleh ke Tesco menghabis duit.
Subhanallah,Tuhan gerakkan hati untuk pulang awal.
Memang tidak sangka langsung perkara sebegitu akan berlaku..
Unbelievable you know....
Satu.
Yang kedua,
Rabun.
Dekat? jauh?
Dekat.
Baca paper pun sudah kena adjust.
Jarak around 60 sm baru tulisan nampak clear.
Pengalaman yang langsung tidak best.
Bila umur meningkat, kita akan mula mengalami gangguan dan kemerosotan kesihatan.
Siapalah kita untuk menidakkan semua itu.
Yang mampu kita buat adalah banyak berdoa serta berusaha meminima implikasi.
Apa pula usaha saya?
Sebenarnya sedang gigih mengkaji, mencari informasi.
Saya guna cara yang paling basic dan selamat.
Hendak berjaya, kenalah daki tangga dahulu.
Mula-mula, untuk masalah kerabunan yang belum berapa serius.
Saya guna daun sireh belakang rumah. 2 helai pun sudah cukup. Ramas dalam air bersih dan cuci mata dan muka. Jangan guna banyak helai - jika warna air bertukar sedikit hijau bermakna air itu akan memedihkan mata. Daun tidak perlu banyak.
Harap-harap ia akan membantu.
Saya wajibkan diri untuk tekun.
Jangan hangat-hangat najis ayam sudah.
Perlukah saya makan sesuatu seperti supplement untuk merawat masalah kelupaan?
Saya ambil pendekatan spiritual.
Baca Al Quran.
Dapat merawat pelbagai masalah.-termasuk ingatan dan tajamkan penglihatan.
Saya wajib yakin.
Selebihnya saya tawakal.
Saya rasa perlu buat azam baru.
Wajib control cara ambilan makanan. Hendak serius lebih-lebih lagi dalam pengambilan sumber protien. Kalau ayam, ayam sajalah. Tidak perlu campur protien laut seperti sotong atau udang.
Orang kita suka campur protien dalam makanan seperti tomyam, atau sebagai rencah. Sebenarnya kedua protien ini mengandungi cas ion yang berbeza, bila dicampur akan berlaku tindakbalas biokimia yang tidak bagus untuk perut.
Patutlah orang kita banyak penyakit.
Kita wajib tanamkan dihati- jika Rasulullah kata tidak bagus, mesti ada sebab.
Saya sangat yakin.
Mulakan dengan diri sendiri dulu.
Saya juga mula menjamah sedikit garam sebelum makan. Sangat rasional kerana kandungan klorida dalam bahan itu rupanya sama dengan klorida yang dirembeskan oleh perut untuk proses pencernaan makanan.
Logiknya dengan sedikit garam itu akan menghasil asid secukupnya bagi melancarkan sistem percernaan dalam perut.
Gitu.
Saya juga sudah tidak mahu makan hati ayam (organ dalaman binatang). Hati itu organ dimana semua toksin dikumpul dan dineutralkan maka kepekatan toksid tentulah sangat tinggi. Carilah sumber lain jika kita mahu tambah darah.
Saya akan cari susu full cream, bukan low fat. Susu itu sendiri kaya khasiat. Dalam proses mengasingkan lemak (low fat milk), ia akan membuang sekali zat-zat bagus yang ada didalamnya. Minum susu full cream tidakkan sama sekali menggemukkan ok?
Ya.
Itulah yang mesti dibuat demi merealisasi impian mahu jadi umat Nabi yang lebih baik.
Semoga dipermudahkan.
Ameen...
Sekian.