2hb. Julai 2020
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
Saya wajib kuasai cara pembuatan kuih ini.
Dulu memang pernah buat pada ENTRI 31, namun langitkan tidak selalu cerah.
Selepas dua kali berjaya, bermula pula episod berantai- kuih tidak menjadi pula.
Tidak tahu dimana salah dan silap.
Sehinggalah saya terjumpa teknik yang lain tapi masih guna resepi yang sama.
InsyaAllah- yang ini cornfirm jadi.
Saya letak semula resepinya.
SAGU MATA IKAN.
1 cawan sago
1/2 cawan gula pasir
2 3/4 cawan air
1/2 sudu teh pati sirap rose
3 helai daun pandan.
Selain bahan diatas, semestinya perlu ada kelapa parut putih [diparut tanpa kulit ari)
Untuk sukatan resepi ini, secawan kelapa sudah mencukupi.
Dan lebih sedap jika gunakan kelapa yang sedikit muda kerana lebih lemak.
Kelapa ini perlu dikukus sebentar agar ia lebih tahan lama. Gaulkan dengan secubit garam halus.
CARA-CARA MEMBUATNYA.
Didihkan dua tiga suku cawan air yang diletak 1/2 sudu teh pati sirap rose bersama daun pandan.
Padamkan api sebaik mendidih. Keluarkan daun pandan dan masukkan sago kedalam air sirap ini.
Biarkan sago terendam selama 30-60 minit.
Kacau dari masa kesemasa. Sago akan mengembang perlahan-lahan dan menyerap air sirap tadi.
Sementara menunggu sago kembang, panaskan air periuk kukusan. Saya suka tambah beberapa helaian daun pandan untuk aroma.
Bila sudah cukup masa, tapis supaya lebihan cecair dapat dikeluarkan. Masukkan gula pasir dan gaul rata.
Tuang kedalam loyang yang telah disapu nipis dengan minyak masak.
Untuk sukatan resepi diatas, gunalah loyang yang agak kecil seperti loyang ukuran 8 inci bagi dapatkan ketinggian yang molek. Jika hendak buat banyak, gandakan adunan dan gunalah loyang yang sedikit besar seperti yang berukuran 9 inci.
Pastikan air dalam periuk kukusan sudah mendidih.
Kukus selama 40 minit.
Salah satu cara untuk menghalang cecair pada bahagian dalam penutup periuk dari jatuh keatas kuih adalah dengan membungkus penutup dengan kain bersih. Atau boleh saja guna aluminium foil untuk menutup loyang.
Setelah 40 minit, buka penutup. Jika sago sudah jernih semuanya,bermakna kuih sudah masak.
Dan yang paling best, sago masak sebutir-sebutir, bermakna jumlah cairan adalah mencukupi untuk ia mengembang sempurna.
Sungguh puas hati.
Kuih sago sama saja dengan kasui dan talam. Tidak boleh dipotong semasa masih panas.
Perlu sejukkan dahulu, sekurang-kurangnya 1/2 jam supaya kuih set.
Bila sudah set dengan baik, barulah potongan kuih akan jadi cantik dan terbentuk.
Salah satu tips- gunakan pisau plastik yang telah diletak sedikit minyak masak.
Sewaktu sago baru diturunkan dari periuk kukusan, ia masih panas kan,dan mudah membentuk ikut acuan. Jadi boleh saja ditranfer ke acuan lain, sebagai contoh-saya masukkan pula sago dari loyang bulat kedalam bekas tuperware bentuk empat segi supaya mudah untuk memotong nanti.
Jika hendak masuk kedalam acuan-acuan kecil pon boleh-syaratnya- sapu dulu acuan dengan sedikit minyak dan sago sewaktu itu belum set( masih panas).
Sewaktu sago baru diturunkan dari periuk kukusan, ia masih panas kan,dan mudah membentuk ikut acuan. Jadi boleh saja ditranfer ke acuan lain, sebagai contoh-saya masukkan pula sago dari loyang bulat kedalam bekas tuperware bentuk empat segi supaya mudah untuk memotong nanti.
Jika hendak masuk kedalam acuan-acuan kecil pon boleh-syaratnya- sapu dulu acuan dengan sedikit minyak dan sago sewaktu itu belum set( masih panas).
Salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam halus.
And the rest is history.....
Rasanya sangat sedap.
Sekian.
Semoga perkongsian membawa manafaat.
No comments:
Post a Comment