Sunday, 19 July 2020

ENTRI 220 : BINGKA UBIKAYU.

19hb. Julai 2020
Bismillahirrahmanirrahim.


Niat asal ke kedai runcit, hendak cari bawang besar yang sudah habes. Sebaik sampai, terpandang sekotak ubikayu yang diletak diluar.
Tangan laju mencapai tanpa berfikir.
Tidak mahal, 3 ketul cuma tiga ringgit lebih.

****
Memang suka kuih ini.
Saya bayangkan, lebih gelap. Bila sudah jadi, cerah juga warnanya.
Yang penting, rasa tetap sedap!
Resepi banyak dalam internet- pilih saja yang mana berkenan dihati.


RESEPI BINGKA UBIKAYU.

4 cawan ubikayu parut
2 cawan santan
2 biji telur
1 cawan gula merah
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar minyak
Secubit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA.

Susah juga hendak anggarkan sebanyak mana yang perlu bagi mencukupkan 4 cawan ubi yang siap diparut. Jadi saya main agak-agak sajalah.
Yang saya beli ini, ubikayu putih- memang sesuai untuk buat kuih muih, pengat dan tapai berbanding ubikayu kuning yang lebih sesuai dibuat kerepek.
Begitulah.
Jangan lupa panaskan oven pada suhu 180c selama 20 minit.


Gunakan peeler untuk buang kulit luar.


Ubikayu sejenis karbohidrat, jadi ia dapat bekalkan tenaga, mengandungi serat ,vitamin dan mineral yang bagus untuk tubuh badan.
Jika diambil secara tidak berlebihan- tetap beri manafaat.


Macamana ini...saya tidak ada pemarut yang sesuai.
Tapi Tuhan bagi akal kan.
Pemarut jenis ini saja yang ada, jadi guna sajalah.


Kemudian, transfer ke mesin pengisar. Mulanya cuba juga untuk tidak letak air tapi mesin  tidak mahu jalan pula. Jadi letak jugalah sedikit, asalkan ia berputar.


Sebab sudah letak air, kenalah tapis untuk keluarkan air itu.


Dengan tidak disangka, pemarut pula tiba-tiba buat hal...aduh!
Mungkin mata parutnya rosak bila terparut bahagian ubi yang agak keras.
Jadi saya terus saja gunakan chopper. Selepas itu, tetap kena masukkan kedalam mesin pengisar seperti sebelumnya.
Banyak betul dugaan.


Seperti biasa, tapis untuk buang airnya. Selepas itu, sukat untuk mencukupkan 4 cawan.
Ok bab ubi parut selesai.


Kita semak resepi semula.
Lupa pula sertakan garam dalam gambar dibawah.


Mudah saja- satukan semua dan gaul rata-rata dengan sudip kayu.
Gula merah yang saya gunakan ini,bukan timbang kilo macam yang banyak dijual dikedai runcit. 
Jika guna yang itu, kena masak dulu dan perlu ditapis kerana ia berhampas.
Yang ini, gula merah stail baru- teksturnya lebih menyerupai gula perang, jadi saya terus guna tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.


Tuang dalam loyang yang sudah disapu dengan minyak. Lebih selamat jika alaskan dengan baking paper agar kuih tidak melekat dan mudah dikeluarkan nanti.


Suhu pon satu hal juga. Ada yang guna suhu 150c. Ada yang 200c.
 Setelah baca banyak resepi- saya agak-agak sajalah.
Saya bakar pada suhu 180c dan bercadang untuk naikkan suhu ke 200c pada minit-minit terakhir.


Saya gunakan loyang 8 inci x 8 inci. Adunan mentah dalam gambar diatas hanya memenuhi 3/4 loyang. Ada lebih kurang seinci lagi untuk memenuhi loyang.
Setelah 30 minit, saya pusingkan loyang.
Kuih naik dengan cantik.
Suhu dinaikkan sehingga 200c bila yakin kuih sudah masak bilamana  sudah mula merenggang dari loyang.
Sebenarnya saya mahukan kuih yang berkerak garing diatas.
Sentiasa perhati- gambar dibawah adalah semasa adunan sudah dibakar menghampiri satu jam. Saya biarkan lagi sehingga permukaan atas agak gelap.


Saya hanya berpuas hati setelah dibakar selama 1 jam 18 minit.
Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu.
Saya baca- kena dibiar selama 3 jam sebelum dipotong.


Potong sebelum tiga jam?
Bahagian dalamnya masih lembut dan belum set dengan baik.
Potong pon jadi sukar.
Hendak keluarkan dari loyang pon satu hal. Macam melekat saja.
OK- make sence
Kena tunggu juga 3 jam!


Setelah sejuk, potongan lebih kemas dan elok.

Kuih ini cukup rasa dan manis-manis sedang.
Walaupon begitu,saya mengharapkan kuih ini keras sedikit.
Mungkin kerana saya masukkan sedikit air sewaktu mengisar.
Sedikit sebanyak bertambah cairan.
Sepatutnya saya kurangkan santan sebanyak setengah cawan manakala kepekatan santan pula perlu ditambah untuk balance kan semula.

Atau cara yang lebih efektif- tapis gunakan penapis kopi yang diperbuat dari kain- bolehlah perah semaksima boleh.
Apapon, ia masih lagi menepati citarasa saya, alhamdulillah.








Pengalaman yang mengujakan.

Semoga perkongsian membawa manafaat.

Sekian.










Saturday, 11 July 2020

ENTRI 219 : TELUR REBUS BATIK.

11 hb. Julai 2020
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.


Telur Batik ini sangatlah mudah.
Tidak seperti Telur Pindang, rumit dan perlu banyak bahan.

Merebus telur pula ada banyak cara.
Cara saya- didihkan air-bila sudah menggelegak baru masuk telur.
Biar selama 10 minit.
Angkat.
Rendam kedalam air paip sebentar.

Macamana mencorak batik?
Mudah saja.
Selepas telur direbus, ketuk-ketuk atas permukaan keras.


  Saya gunakan bunga telang.
Rendam dalam air panas dan biarkan hingga semua warnanya keluar.
Belakang rumah ada pokok ini, jadi saya gunakan dalam jumlah yang banyak.


Masukkan telur dan rendam selama 20-30 minit. 
Kalau boleh, biar tenggelam sepenuhnya.


Kemudian kupas kulit telur tadi.
Wah cantik coraknya.






Hendak buat apa telur cantik-cantik ini?
Sebenarnya tiada resepi yang khusus.
Terpulanglah. 
Hendak letak sambal disekelilingnya pon boleh.
Campak masuk kuah kari boleh juga.

Sekian.


Semoga perkongsian memberi manafaat.


ENTRI 218 : DOUBLE CHOCOLATE CHIP COOKIES.

11 Julai 2020.
Bismillahirrahmanirahim.



Suatu hari, anak bujang bawa balik biskut.
Biskut SUBWAY katanya.
Biskut SUBWAY?
Kenapa besar? 
Kenapa sedap? 
Sudah setengah abad hidup, ini lah first time saya rasa.
Luar crispy tapi dalamnya lembut, liat-liat.

Hujung minggu, anak dara saya cuba buat.
Google sajalah resepinya.
Ini biskut dialah.


Wah wah wah menjadilah!
Ibu bagi 5 bintang.
Menjadi juga liatnya tu.

Saya kan CHOCOHOLIC. That's why gigih men google resepi biskut ala Subway perisa coklat. Susah pula hendak jumpa Chewy Double Chocolate Chip Cookies.
 Atau memang biskut coklat tidak ada yang chewy?

Tidak payah pening.
Kita buat saja apa yang jumpa.


RESEPI DOUBLE CHOCOLATE CHIP COOKIES.

2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
( semua bahan ini perlu digaul rata dengan whisk)
225 gram unsalted butter (suhu bilik)
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
2 biji telur ( suhu bilik)
2 sudu teh esen vanilla
2 cawan coklat putih dan coklat susu ( cincang kasar)

Saya tidak guna coklat susu dan coklat putih, sebaliknya gunakan 1 cawan granola, 50 gram coklat chip dan 50 gram badam cincang. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

(Masih boleh claim Double Chocolate Chip Cookies ke kalau sudah tidak gunakan coklat-coklat itu?
Nama DOUBLE CHOCOLATE itu diberi sebab kandungan biskut kaya dengan serbuk koko disamping serpihan coklat-coklat lain)
Ok tidak penting.
Let's do it.

CARA-CARANYA:

Mulakan dengan memanaskan oven- 176c selama 20 minit.

Gaul rata tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam dengan menggunakan whisk. Ada juga resepi lain yang memerlukan bahan-bahan ini diayak tetapi saya ikut cara yang ini.



Pastikan mentega telah dikeluarkan awal beberapa jam dari petiais sebelum digunakan


Putar butter dan kedua jenis gula dengan menggunakan hand mixer selama 3 minit menggunakan medium speed.
(resepi yang anak saya ikut-tidak perlukan mixer, cuma gaul dengan spatula/senduk kayu)


Kemudian masukkan sebiji telur, putar selama 1 minit baru masuk sebiji lagi. Jangan lupa untuk kaup bahagian sekeliling dengan spatula sebelum meneruskan putaran.


 Masuk satu penutup esen vanilla.


Perlahankan speed, masuk sedikit demi sedikit bahan kering. Adunan menjadi semakin pekat.


3 jenis bahan yang mencukupkan kouta 2 cawan.
Bijirin Honey Granola oats, coklat chip dan badam cincang.


Masukkan bahan-bahan bijirin dan coklat cip kedalam adunan. Kaup balik menggunakan senduk kayu.


Pastikan setiap loyang telah digris dengan butter. Dengan menggunakan scoop ais krim, senduk batter dan susun dalam keadaan berjarak kerana biskut akan kembang.




Bakar dalam oven dengan suhu 176c. Menurut resepi, bakar dalam masa 9-12 minit.
Saya pilih masa-12 minit.

Tapi saya lihat,biskut yang sedang dibakar dalam oven tidak meleper sepertimana semasa anak saya buat. Biskut yang dia buat meleper cantik. 

Hish.


Ini biskut dia.
Cantik merebak. 
Lagipon, ikut resepi yang dia buat tu- sebelum masuk oven,biskut yang sudah dibentuk dengan scoop ais krim kena disejukkan dulu dalam peti ais selama sejam sebelum masuk oven.

Tapi resepi saya, tidak pula disuruh begitu.
Biskut kembang jugalah, cuma bahagian tengah biskut ini masih agak tebal.
Musykil.

Ah tidak apa. Kita tunggu dulu untuk lihat rasanya. Itu lagi penting.
Tengok balik resepi. Bila sudah keluar oven, biarkan dulu selama 5 minit dalam loyang, baru boleh pindahkan ke rak penyejuk.

Just follow the rules.


Nampakkan ketebalannya?
Jangan runsing.

Dont't judge the book by it's cover.
Rasanya sangat-sangat sedap.

LUAR RANGUP.
DALAM LEMBUT.
Serius! rasa macam makan brownies!
Tidak kisahlah tidak chewy....

Sambutan hangat.
Keluar oven saja, hilang.
Keluar lagi sekali pon, hilang.

Terlintas sesuatu, sebab ada terbaca dalam satu resepi, kalau biskut dalam oven tidak mengembang elok, bolehlah leperkan sebelum masuk oven. 
Saya buatlah. Tekan dengan jari-adjust bagi cantik bentuk bulatnya.


Sebab sudah nipis begini, saya cuma bakar dalam 9 minit sahaja berbanding sebelumnya-12 minit.

Dibawah adalah perbandingan.
Sebelah kiri, loyang yang belum dibakar manakala yang sebelah kanan-loyang yang baru keluar oven.
Masa baru keluar, memang bahagian bawah biskut agak lembut.
Biarkan dalam loyang selama 5 minit sebelum ditransfer ke rak penyejuk.
Biskut akan perlahan-lahan rangup diluar dan masih kekal lembut didalam.


Begitulah ceritanya.

Dalam gambar, biskut ini kurang fotogenic.
Gelap belaka.
Tapi rasanya- sangat superb.










Jika dibandingkan keduanya- saya lebih sukakan biskut yang dibentuk terus dibakar, tanpa perlu dileperkan dulu kerana adunan itu mengembang secara natural- tidak diberi tekanan.
(gambar dibawah)
Rasanya lebih sedap, terasa seperti brownies.


Sebenarnya, ini adalah percubaan kedua.

Percubaan pertama(gambar dibawah), mengguna resepi yang lain.
Jadi juga, cuma ia rangup luar dan dalam- macam biskut.


Pengalaman adalah guru terbaik.

Sekian.

Semoga perkongsian memberi manafaat.