Thursday, 12 January 2017

ENTRI 203 : RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula...


Kepak. Itu kesukaan saya!
Kena pula ayam goreng berempah.
Kalau suka bagai dikata, rugi jika tidak cuba.

Kita campak-campak saja.
Bahan, saya agak-agak, untuk makan keluarga besar.

2 ekor ayam- potong kecil
20 ulas bawang putih
4 inci halia
15 batang serai
4 sudu besar ketumbar
4 sudu teh jintan manis
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kunyit
garam halus secukupnya
daun kari 

Boleh adjust sesuka hati. 
Nak tambah perasa supaya kesedapan berganda pun boleh.

Mula sekali, kenalah bersihkan ayam. Bila sudah buang lemak dan kulit yang banyak kolestrol itu, terus cuci bersih. Masukkan 1/2 kampit tepung gandum dan gaul rata-rata. Biar beberapa minit supaya tepung menyerap hanyir ayam. Kemudian, cuci bersih dan tos.


Sediakan bahan bahan perap- kupas apa yang patut.


Rempah biji -ketumbar dan jintan manis perlu disangai (goreng tanpa minyak). Bila sudah naik bau wangi, tutup api dan biar ia sejuk seketika. Kisar kering kedua-duanya.


Hiris serai dan halia, kemudian blend  bersama bawang putih. Letak air seminima mungkin.


Gaul bahan kisar pada ayam. Masuk segala bahan yang lain.


Bila sudah sebati perap dalam petisejuk selama mungkin. Makin lama makin bagus. Bahan aroma akan lebih meresap.
Saya perap separuh hari.
Lepas itu, goreng secara deep fry. Masuk segenggam daun kari untuk lebih aroma.
Goreng hingga garing. Tos atas tisu serap minyak.


Hatiku sudah tidak keruan.
Sila cuba.


Sekian.

Wednesday, 11 January 2017

ENTRI 202 : RESEPI PENGAT KUAH SERABAI

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Orang dulu kata, kalau makan kuih serabai lawankan dengan serawa durian,barulah terangkat. Takpun pengat pisang. Tidak boleh kedekut gula. Kalau kuah manis-manis buah, golek-golek kuih tidak terasa sedap. Tu sebab kuah serabai selalu melekat manis.

Paling bagus tentulah pakai santan segar tapi saya selalu guna santan kotak saja.
Modern mom lah katakan.


Bahan-bahannya.

5 sudu besar (membukit) gula merah
1 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air

1 kotak santan saiz kecil
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam halus
4 helai daun pandan


Bahan-bahan sudah sedia. Kena ada faktor penambah sedap. Sama ada tambah buah pisang ataupun isi durian. Kalau mahu lebih lemak, setelah tutup api tambahkan secawan dua susu cair.


Tengok gambar pun sudah rasa sedapkan.
Lihat cara-cara membuatnya.


Mulakan dengan masak air gula. Panaskan gula merah, gula pasir bersama 1/2 cawan air. Bila sudah hancur- padam api dan tapis. Masukkan sekotak santan kedalam periuk. Masuk 1 1/2 cawan air kedalam kotak santan tadi dan kocak-kocakkan. Tuangkan sisa-sisa santan kedalam periuk, tambah daun pandan, garam dan air gula. Masak hingga mendidih, masuk isi durian atau pisang yang dihiris. Masak seketika agar mesra dan sebati. Padam api. Tuang susu cair untuk lebih kenikmatan.
Rasa dan tambah gula jika perlu.
 

Sedapnya!
Selamat menjamu selera.


Sekian.

ENTRI 201 : RESEPI SERABAI BERSAMA SATU KISAH.

Dengan lafaz Bismillah bicaraku bermula....


Teringat beberapa tahun sudah, mak sudah siap masak pengat durian kaw-kaw, baru dia buka mulut, "jom try buat serabai..." 
Unplan. 
" Tahu ke resepi?"

Dia lodeh saja, main ingat apa yang diarah-arah mak long.
Ee mana boleh....
Tahu kan what to espect?
Heh.


Balik dari kampung saya menanam azam.
Nak belajar buat serabai, nak kasi mak makan.
Sudahnya, beberapa kali buat termasuk yang failed...mak kat kampung belum dapat menjamah walau secebis serabai air tangan saya!
Sori mak !
 Saya berjanji akan buat the best serabai in the world. 

Ok ada dua resepi yang banyak kali diulang tayang...dicopy...dipaste....
Adalah menjadi satu kerugian untuk tidak mencuba keduanya.
Ingat goal kita.


...the best serabai in the world!!


RESEPI 1.

300 gm tepung beras
100 gm tepung gandum
600 ml santan
1/2 peket yis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
( Satukan semua- blend halus dan perap 10 minit )

Tidak susah pon. 


Bahan-bahan pun mudah didapati.


Caranya : Masuk santan sederhana cair kedalam periuk dan panaskan sekejap- asalkan sedikit suam sudah ok. Satukan semua bahan kedalam satu bekas, gaul rata-rata dan tuangkan santan. Kacau sebati dan tuang kedalam blender. Sudah halus, tuang adunan kedalam satu bekas. Tutup dengan tuala bersih dan perap selama 10 minit.

 
Sediakan sedikit minyak masak untuk lengser pada kuali. 
Ya puan-puan. Kuali.  
Cari penutup yang sesuai..biar ia masak beberapa minit.
Jadi la! 
Siap sudah serabaiku yang pertama.

Lepas itu timbul keinginan mahu mencuba resepi yang lagi satu.

RESEPI SERABAI 2.

500 gm tepung beras
300 gm nasi
1 1/4 air suam
4 cawan santan
1 1/2 sudu teh yis
sedikit garam
( Kisar nasi dengan 1 1/4 cawan air suam, masuk tepung, santan, garam dan yis. Kisar semua sekali hingga sebati- Perap 2 jam )  


Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.


Kisar nasi bersama air suam, kemudian masuk bahan-bahan yang lain. Kisar lagi hingga sebati.


Tuang kedalam satu bekas,tutup dengan tuala bersih. Perap selama 2 jam. Adunan naik bersarang tanda yis bertindakbalas dengan jayanya.


Jangan lupa lengser kuali yang sudah dipanaskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk dan tutup untuk proses memasak. Pastikan api mesti perlahan.
Saya kira adalah dalam anggaran 3-4 minit kuih akan masak sepenuhnya.
Pergh kuih yang ini sangat cantik berlubang-lubang.
Dalam 1 jam saya dapat hasilkan 14 keping kuih serabai. 
Je.
Huh ambil masa tu.
Tidak boleh jadi. 
Kena cari acuan.

Sukanya.
Harga pun tidak lebih 10 ringgit.
Tapi tidak dijual dengan penutup.



Yey baru betul tapi sebab bahagian bawahnya berbonggol- letak atas dapur jadi tidak seimbang pula.


Alaskan dengan dawai barulah seimbang. Nak cari penutup yang sesuai dan serasi pun satu hal. Macam-macam berlaku walau pakai acuan yang betul, walau sudah dipanaskan, walau adunan naik cantik lepas diaktifkan yis.
Hish..


Banyak kali berlaku- saya tidak letak pun gam tapi ia melekat!
Geramnya...
Last-last..guna kuali semula!
Lepas itu sanggup cari kat shopping- kuali non stick. Kenalah cari yang bersaiz comel.
Serabai punya pasal kan.
Jumpa sikecik 5 1/2 inci ini- ambil sajalah walau harga 16 ringgit. 
Hasilnya ok. Lebar serabai sah-sah 5 1/2 inci juga!


Past is past.

Hari ini.
Bila kenangan itu kian berlalu. 
Bila tiba-tiba tepung beras dan mauripan entah bila sudah ada diatas meja...

Cuba la.
Takkan selamanya gagal.
Suara siapakah itu cuba menggoda.
Give another try.
Ah menghasut pula.

Panaskan acuan lama sikit. Kasi panas betul. Jangan lupa oleskan sedikit minyak. Kali ini saya guna resepi 1 dan perap lama sikit- 30 minit.


Ulang semula semua proses.
Tidak melekat? 
Yeay!!
Laju sebab sekali jalan dapat 4 keping. Sekali masak 2 minit. Jimat masa.
Satu adunan dapat 33 keping.
Suka betul!

  
Serabai pujaan hati. 
Next time...hopefully menjadi ya. 

Alhamdulillah.
( tips: tinggikan sedikit acuan dari api untuk dapatkan kuih yang lebih tembam)


Sekian.