بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dalam lingkungan ahli keluarga tiada pengidap sakit jantung jadi kami tidak serius mencari info mengenainya.
Diluar jangka, seorang saudara yang masih muda tiba-tiba rebah dan kematiannya dikatakan berkaitan jantung.
Cukup menginsafkan.
Penyakit sudah tidak lagi mengenal usia.
Takut betul sekiranya kita tidak tahu sudah jadi pengidap. Bila sudah serius, sudah terlambat pula untuk dirawat.
Saya ada terdengar mengenai jus ini melalui seorang jiran dan pernah juga membaca sekilas lalu dalam facebook. Setakat itu saja. Baru-baru ini terjumpa sepupu yang seusia dan mengadu sudah ada kolestrol tinggi. Beriya-iya suggest suruh buat jus ini kerana dia sudahpun amalkan. Kolestrol dijamin hilang terus dakwanya.
Konfiden betul.
Kolestrol kedengaran begitu menakutkan.
Apa sebenarnya kolestrol itu?
Ia seperti lilin, lembut seperti lemak yang boleh ditemui didalam saluran darah dan kesemua sel badan. Sebenarnya kolestrol penting bagi tubuh yang sihat kerana berguna untuk hasilkan selaput sel dan sesetengah hormon serta menyumbang kepada peningkatan keupayaan mental dan lain-lainnya.
Apa yang menjadi bencana adalah ketika terlalu banyak kolestrol- ia meningkatkan risiko penyakit koronari jantung.
Makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi adalah produk berasaskan binatang seperti daging, cengkerang, telur, mentega dan keju.
Jus lega.
Saya membuat sedikit pembacaan, ada juga yang berbeza pendapat. Ada yang mendakwa- jus seharusnya tidak bercampur air-mesti pati semata. Pada pendapat saya pula- semua bahan yang terlibat memang sudah diakui berkhasiat tinggi- sedikit atau banyak kuantitinya tidak menjejaskan khasiat penyembuhan yang terkandung. Bagi saya - ikut selera masing-masing. Kalau yang guna pati tanpa air- tentulah lebih kuat kesannya- mungkin lebih bagus untuk pengidap jantung kronik. Bagi yang belum ada serangan- dos yang lebih cair dan tidak begitu kuat mungkin sesuai- lebih untuk penjagaan dalaman.
Tidak perlu emosi dengan percanggahan yang tidak bawa manafaat-fokus pada yang lebih penting.
Salur darah yang tersumbat menyebab serangan jantung- tengok lemak-lemak yang menyumbat dalam arteri- dikumpul dari apa yang kita makan dari kecil sampai tua ya.
Lemak-lemak ayam...lemak pada daging...tetel...burger....lemak santan.... pergh.
Bahan ramuan:
Bawang putih - Halia - Lemon - Cuka epal - Madu.
Semua bahan diatas sangat bagus untuk penjagaan kesihatan, mencuci dan membuang kolestrol, melancar peredaran darah, membuang angin, menurun tekanan darah dan seribu macam lagi khasiat yang sedia diketahui umum.
Caranya :
Saya guna halia seberat 120 gm (terpulang pada masing-masing)- kupas kulit dengan belakang sudu- lebih jimat berbanding guna pisau- banyak yang terbuang. Hiris dan blend dengan 1 cawan air- tapis.
Bahan kedua- bawang putih, saya gunakan 3 labu- kupas dan blend juga dengan 1 cawan air- tapis.
Perah 4 biji lemon bagi memenuhkan 1 cawan.
Satukan jus halia. jus bawang putih, jus lemon dan 1 cawan cuka epal/ Apple cider iaitu perahan epal yang telah diperam menjadi cuka (tanpa alkohol) dan diguna sebagai tonik. Dijual dengan pelbagai jenama. Saya beli Heinz apple cider vinegar sebotol RM 8.30.
Masak dengan periuk tahan panas seperti kaca dengan api paling perlahan- saya masak 1 1/2 jam. Daripada 4 cawan cairan tadi berkurang menjadi lebih kurang secawan. Tutup api dan sejukkan.
Setelah sejuk- campurkan dengan 1 cawan madu. Jangan beli madu murah picit-picit kat kedai runcit tu sebab nanti bila simpan dalam petisejuk- akan ada serdak putih turun. Beli madu yang mahal sedikit.
Saya beli sebotol madu 350gm berharga RM 21.90. Lagi bagus kalau dapat madu asli.
Bila melibat madu- jangan guna sudu besi.
Kacau dengan sudip kayu dan tuang dalam botol. Simpan dalam petisejuk.
Aturan makannya- ada macam-macam yang saya jumpa. Tapi ikutlah naluri masing-masing
Boleh makan 1 sudu besar (sudu plastik) sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur malam.
Remaja yang banyak lemak mungkin sudah layak dikerah minum.
Jika ada makan ubat doktor- jarakkan 1 jam.
Ada juga yang saya baca- tambah jus bawang putih pada 10 minit terakhir semasa memasaknya- ikutlah citarasa masing-masing.
Simpan bekas kaca- saya tidak ada jadi pakai bekas plastik saja. Harap tidak menjejaskan kualitinya.
Dalam internet sudah banyak dijual- RM 80 sebotol.
Saya pun buat kira-kira.
Modal saya adalah dalam anggaran RM 30.
Kos mungkin meningkat jika guna madu kualiti tinggi.
Sekian.
Cegah sebelum parah.
No comments:
Post a Comment