Tuesday, 23 December 2014

ENTRI 110 : SKIL MEMASAK.

Bismillah.


Tidak seperti cuti sekolah yang lepas. Cuti kali ini kurang dari segala segi. Saya pun tidak merancang apa-apa. Yang dulu kemain lagi. Siap mesyuarat setiap pagi. Schedule kerja harian lagi. Nampak terancang dan sistematik.
Kali ini?
Let it go with the flow.

Satu pendekatan yang saya ambil,
konon tidak mahu anak-anak melopong kebosanan, everyday after having their breakfast...
masuk dapur.
 M A S A K!
Depa cukup besag dah....

Setiap pagi, dapur saya riuh rendah. 
Bunyi radio terpasang kuat memekak telinga mendendang lagu...Happy...
Dengan bunyi kelentang kelentong periuk berlaga dengan kuali....
Dengan suara terbahak-bahak ketawa budak-budak main masak-masak sebab emak depa malas dah nak masuk dapog.
Jiran belakang mesti dying inside nak tahu...
What  happened?
Rumah saya sudah macam set penggambaran Kan Chong Kitchen!

" Santan. Bawang. Serai. Asam jawa"

" Kau nak masak apa ni?"
" Masak lemak."
" Pakai asam jawa ke? Aku rasa tak pakai"
" Pakai la"

Gasak.
Konfiden bukan main.
Mandor walau berada didepan tapi kuat menelinga.

Minggu lepas, masak lemak depa sungguh power. Sebab itu saya berani tinggal mereka buat semua.
Masak lemak minggu lepas, tidak letak asam jawa kan?
Kenapa minggu ini letak pula?
Aduh geram betul!

Satu hari yang lain.
Sambal sos.
Boleh tahan.
Dan boleh makan.
" Masuk sos tiram tak..?"
Dia diam.
" Inikan sambal sos. Tadi ibu dah kata buat sambal sos...sebab kena dengan ikan talapia ni..Buat macam hari tu....."
" Ala lupa"
Saya memandang dia.
" Sos cili pun tak letak bu..kah kah kah..." dia ketawa besar.
Apa yang kelakar?

Gitulah kalau harap budak-budak yang masak.
Niat saya hendak asah skil. Biar dari kecil biasa dengan kerja dapur. Supaya tidak kekok.
 Mereka akan buat banyak kesilapan. Dari situlah datangnya pelajaran.

Menu beberapa hari lalu.
Ikan goreng.
Sambal goreng hangus
Masak lemak pecah minyak.
Sayur kangkung goreng ok
Depa dapat hadiah.
Kena leter.

Itu episod cuti kali ini.
Frustrated sebab anak tak reti-reti masak ke?
Eh mana ada.

Biasalah learning process.
Tidak mengapa depa hendak main-main didapur
Main joget-joget dengar lagu Happy...
Tidak mengapa.
Saya percaya suatu hari nanti anak saya akan mahir memasak.
InsyaAlllah.


Sedang saya sibuk menyiap entri ini, mereka empat beradik kelihatan sibuk bereksperimen membuat ais krim goncang. Patut berlari sekejap kedepan sekejap kebelakang menggoncang.
Gasaklah anak-anak.


Sekian.
* win-win situation *

No comments:

Post a Comment