Bismillah.
3 orang warga asing, masing-masing dari Indonesia, Korea Utara dan Mynmar maut dalam letupan lombong arang batu di Serawak dipercayai akibat kerosakan kipas angin yang mencetuskan kebakaran gas didalam terowong sedalam 451 meter.
Kipas angin yang rosak itu menghasilkan percikan api.
Kipas rosak.
Percikan api.
Jantung saya tiba-tiba saja berdebar..
Kotak fius yang melekat utuh didinding depan rumah sudah 2 minggu menghantui benak.
Kadang-kadang ia berdesir.
Bunyi yang beberapa saat itu menakutkan.
Terlintas juga dihati, ada kemungkinankah ia hasilkan percikan api?
Mungkin!
Bunyi pertama dikesan oleh anak-anak sewaktu mereka bermain diluar.
Saya katakan pada sikecil, jangan berdiri dekat kotak itu. Takut-takut ada arus eletrik. Dia mengangguk faham.
" Ibu jangan beritahu ayah ya!" pesannya.
Mana boleh tidak beritahu sesuatu seserius itu!
" Cikgu kata, kalau kena karan boleh mati. Jangan beritahu ayah ya ibu...ya ibu..."
Pandainya budak ini .
Saya rasa dia tahu apa yang ayahnya akan lakukan.
Suami terus dapatkan tangga dibilik belakang. Suis utama ditutup. Saya tidak melihat pun apa yang dibuatnya. Muka anak bongsu saya terus menjadi serius. Dia marah kerana saya tidak menepati janji. Alahai anak, jauh dilubuk hati ibu ini sentiasa menitip doa agar tiada apa-apa berlaku pada ayah awak yang sedang memandai-mandai diluar sana tu!
Tiada sebarang perubahan juga.
Bunyi desiran itu jarang-jarang sebenarnya. Dalam sehari adalah sekali dua. Bila ia berlaku, cepat-cepat saya tutup suis tv, sius kipas, wifi- bagi meminimakan penggunaan eletrik. Dan ia terus hilang begitu saja..
Namun pagi semalam, semasa menyapu diruang depan, tiba-tiba bunyi itu menjelma. Darah berderau laju. Kisah letupan diterowong muncul semula, ah tidak boleh jadi. Terus saya kedalam. Cepat-cepat mencari bil-bil yang tersangkut pada dinding tepi cermin sebelah pintu bilik air. Membelek-belek dan mencari-cari.
Macamana hendak contact pihak terbabit. Saya jadi kalut. Tiba-tiba teringat jiran saya Zarah yang sudah pun berpindah. Dua bulan lepas kotak fiusnya dicuri. Apa tindakan dia ya?
10 minit kami berbual. Kata Zarah, suaminya yang uruskan. Nanti dia call balik.
" Ibu ni, sampai ke Perak ibu telefon. Cari sajalah dalam bil eletrik. Kan ada nombor aduan kerosakan..."
Oh ya ke?
Kenapa ibu tidak jumpa?
Sebab ibu tidak pernah pegang bil.
Cari balik.
15454.
Tekan pula butang 1. Selang seminit, tekan lagi butang 1.
Suara seorang perempuan dihujung talian.
" Puan. Segera offkan suis utama. Keadaan ini agak bahaya. Bila-bila masa boleh berlaku percikan api. Kami takut berlaku litar pintas. Bunyi itu akan keluar bila tinggi penggunaan eletrik dalam rumah. Lampu dalam rumah ada gangguan..? Kadang-kadang berkelip-kelip...?"
" Ya...ya.." jawab saya takut-takut.
" Puan offkan suis utama dulu ya. Stand by telefon. Bantuan akan tiba dalam masa 2 jam..."
Saya terduduk.
Seperti tersedar bahawa situasi kami sebenarnya dalam bahaya!
Masih menunggu.
Betul ke dalam masa 2 jam?
Ke janji Melayu.
Kata Zarah, suaminya buat aduan sebelah pagi, menjelang maghrib baru pihak terbabit sampai.
Hish kesian pula anak berpanas tanpa kipas.
Kesian pula kat saya kerana terlepas cerita Korea.. k.. tak penting.
2 1/2 jam kemudian,
Bantuan sampai- bantuan sampai.
Jiran depan rumah memanjangkan leher.
Tidak bayar bil lah tu.
Dalam masa 5 minit, semuanya selesai.
Lega sungguh!
Kotak kecil hitam segera ditukar baru.
Barulah hidup kami aman damai ever after.
Alhamdulillah.
Sekian.
Jangan pandang remeh hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan nyawa.