Pengisian : Orang yang bijaksana tidak sesekali meratap kegagalan sebaliknya mula mencari bagaimana untuk bangkit kembali.
Bismillah...
Pizza.
Kami cari pizza bila ada hari istimewa seperti harijadi sahaja.
Kerana pada saya, ia lebih mengenyangkan berbanding fast food yang lain.
Buat sendiri? Ada juga. Tapi selalu saja tidak jadi.
Baru-baru ini, sewaktu berkunjung ke kedai bakery untuk membeli bahan-bahan membuat kuih raya, terpandang sebungkus cheddar cheese berharga RM 3.50. Murah sebab kandungannya pon sedikit saja. Tangan terus capai.
Dalam hati jatuh niat nak buat pizza.
Pusing-pusing, ternampak pula sebungkus tepung protin tinggi yang amat sesuai untuk membuat pizza berharga RM 3.20 -1 kg. Cekup juga.
Buatnya tidak tahu bila!
Sehinggalah Sabtu lepas.
Malam itu kami ada ke supermarket. Sebaik terpandang cendawan butang, terus saja membulat nekad. Laju mencari cili benggala hijau, sos prego (tradisioanl)
Semua bahan ada.
Jom kita buat pizza- versi saya.
RESEPI PIZZA.
1/2 kg tepung roti/ high protein flour
Yis ( 1 paket )
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula pasir
300 ml air suam
2 sudu besar minyak zaiton
Topping:
Keju mozarella
Sosej/ daging salami/ ayam atau apa saja yang disukai
Sayuran yang sesuai: lada benggala, cendawan butang, nenas, buah zaiton dan lain-lain
Herba pilihan
( Ikut citarasa sendiri )
Cara-caranya..
Saya suka masak dulu toppingnya.
Fresh ingredients kecuali sosej.
Tepung roti dan keju. Lagi sesuai jika gunakan keju mozarella. Yang saya guna ini, keju cheddar. Sedikit herba campuran/mix herbs, sedikit serbuk lada hitam, sedikit garam dan sos prego.
Mula-mula tumbuk halus 3 ulas bawang putih. Potong sayuran segar dan sosej ikut saiz kesukaan.
Tumis bawang putih hingga bertukar brown, campak masuk tomato cherry. Kalau boleh biar hancur tomato, masukkan sosej sedikit garam dan gula perang.
Masukkan 2 sudu kecil mix herbs supaya terserlah rasa 'itali'nya dan sedikit serbuk lada hitam. Bila sudah sebati, masukkan sayuran, cendawan dan cili benggala. Gaul sekejap sahaja. Matikan api.
Masukkan garam halus kedalam tepung roti. Gaul rata-rata guna garfu. Sukat air suam dan gaulkan dengan gula pasir, masukkan yis kering. Kacau-kacau dan biarkan 10 minit supaya yis aktif. (jangan guna air yang terlalu panas kerana yis boleh mati).
Tuang yis ( kelihatan buih-buih halus ) kedalam roti, gaul-gaul dengan garfu. Masukkan minyak zaiton (saya guna minyak masak biasa) dan mula uli.
Berat doh ini, cuak juga.
Betul ke macam ini?
Tranfer doh keatas dulang dan uli selama 5 minit.
" kalau yang ni pun tak jadi...ibu surrender, tak nak lagi buat pizza lagi"
Akhirnya saya tawakal.
Baca balik resepi.
Sapu keliling bekas dengan sedikit minyak dan masukkan doh tadi untuk direhatkan selama 1/2 jam. Tutup mangkuk dengan tuala bersih.
Ikut saja lah.
Peringatan- Setelah 20 minit berlalu, masa inilah yang paling sesuai untuk mula panaskan oven: pada suhu 180-200c selama 20 minit.
1/2 jam dah pun berlalu.
" Naiklah....!"
Gembira bukan main.
Tumbuk- tumbuk- kemudian transfer doh kedalam dulang.
Tabur sedikit tepung dan tekan-tekan sahaja supaya ia besar, terbalikkan, tabur tepung dan tekan lagi. Ulang proses ini sehingga mencapai saiz yang diingini.
Saya tidak ada pizza pan, jadi saya guna loyang bulat yang diterbalikkan.
Sapukan sedikit sos prego, taburkan topping.
Boleh bubuh banyak-banyak sebab pizza ini- omak ekau yang punyo.
Paling sesuai tabur mozarella cheese.
Masukkan kedalam oven, bakar selama 25- 30 minit atau sehingga tepi rotinya sudah nampak brown.
No comments:
Post a Comment