Tuesday, 23 December 2014

ENTRI 110 : SKIL MEMASAK.

Bismillah.


Tidak seperti cuti sekolah yang lepas. Cuti kali ini kurang dari segala segi. Saya pun tidak merancang apa-apa. Yang dulu kemain lagi. Siap mesyuarat setiap pagi. Schedule kerja harian lagi. Nampak terancang dan sistematik.
Kali ini?
Let it go with the flow.

Satu pendekatan yang saya ambil,
konon tidak mahu anak-anak melopong kebosanan, everyday after having their breakfast...
masuk dapur.
 M A S A K!
Depa cukup besag dah....

Setiap pagi, dapur saya riuh rendah. 
Bunyi radio terpasang kuat memekak telinga mendendang lagu...Happy...
Dengan bunyi kelentang kelentong periuk berlaga dengan kuali....
Dengan suara terbahak-bahak ketawa budak-budak main masak-masak sebab emak depa malas dah nak masuk dapog.
Jiran belakang mesti dying inside nak tahu...
What  happened?
Rumah saya sudah macam set penggambaran Kan Chong Kitchen!

" Santan. Bawang. Serai. Asam jawa"

" Kau nak masak apa ni?"
" Masak lemak."
" Pakai asam jawa ke? Aku rasa tak pakai"
" Pakai la"

Gasak.
Konfiden bukan main.
Mandor walau berada didepan tapi kuat menelinga.

Minggu lepas, masak lemak depa sungguh power. Sebab itu saya berani tinggal mereka buat semua.
Masak lemak minggu lepas, tidak letak asam jawa kan?
Kenapa minggu ini letak pula?
Aduh geram betul!

Satu hari yang lain.
Sambal sos.
Boleh tahan.
Dan boleh makan.
" Masuk sos tiram tak..?"
Dia diam.
" Inikan sambal sos. Tadi ibu dah kata buat sambal sos...sebab kena dengan ikan talapia ni..Buat macam hari tu....."
" Ala lupa"
Saya memandang dia.
" Sos cili pun tak letak bu..kah kah kah..." dia ketawa besar.
Apa yang kelakar?

Gitulah kalau harap budak-budak yang masak.
Niat saya hendak asah skil. Biar dari kecil biasa dengan kerja dapur. Supaya tidak kekok.
 Mereka akan buat banyak kesilapan. Dari situlah datangnya pelajaran.

Menu beberapa hari lalu.
Ikan goreng.
Sambal goreng hangus
Masak lemak pecah minyak.
Sayur kangkung goreng ok
Depa dapat hadiah.
Kena leter.

Itu episod cuti kali ini.
Frustrated sebab anak tak reti-reti masak ke?
Eh mana ada.

Biasalah learning process.
Tidak mengapa depa hendak main-main didapur
Main joget-joget dengar lagu Happy...
Tidak mengapa.
Saya percaya suatu hari nanti anak saya akan mahir memasak.
InsyaAlllah.


Sedang saya sibuk menyiap entri ini, mereka empat beradik kelihatan sibuk bereksperimen membuat ais krim goncang. Patut berlari sekejap kedepan sekejap kebelakang menggoncang.
Gasaklah anak-anak.


Sekian.
* win-win situation *

ENTRI 109 : RED VELVET.

Bismillah.


Sudah lama benar cream cheese  yang dibeli terperuk dalam peti sejuk. Kononnya, teringin hendak buat kek Red Velvet ataupun Cheese Tart.
Tapi mood rajin belum muncul pula.
Tergerak check tarikh luput...
Oh tidak!

Red Velvet?
Tidak berapa confidentlah.

Boleh.
 Follow saja instructions.

Cuka. Serbuk koko. Pewarna merah. Gula icing. Brown sugar. Yang lain-lain, bahan biasa buat kek.
Lemon tiada.
Limau nipis saja ada.


Kek selamat dibakar. Suhunya 175 c selama 30 minit. Saya guna loyang bulat 8 inci dengan harapan ia naik tinggi. Dari luar nampak kek naik dengan cantik. Hati berbunga-bunga. Bila cukup time, saya pun keluarkan. Kenapa tengahnya masih bergoyang-goyang?  
Oh tidak!

Releks...
On semula sius. Tambah masa dan selalu check
Alhamdulillah,saya ambil keputusan yang betul. 
Berkat kesabaran bakar semula (keseluruhan masa bakar 1 jam 10 minit.) baru semua bahagian yang dicucuk bersih menandakan ia masak dengan sempurna.
Ya lah, kek tinggi. Logiklah kena tambah masa.


Wah lega sungguh bila ia naik dengan cantik. Sejukkan kek ini dulu sebelum dibubuh topping.
Merekah pun apa salahnya. Yang penting, ia masak sempurna.



  Cantiknya.


Serdaknya perlu untuk hiasan jadi saya kikis baking paper dan hancurkan ia


 Macamana hendak bahagi dua dengan ukuran yang sama? Saya tiada pisau potong kek, saya ambil 4 batang pencungkil gigi. Cucuk bahagian tengah kek pada 4 bahagian yang sama jaraknya.


Ambil benang dari warna yang kontras supaya nampak jelas dan letak benang tadi diatas paras pencungkil gigi.


Tarik perlahan-lahan dan pastikan kedudukan benang tidak lari.


   Perfect...!


    Angkat dan asingkan.


 Topping cream cheese ini saya siapkan awal dan masukkan kedalam piping bag kemudian simpan dalam petiais. Picit dalam bentuk spiral.


First time buat, jadi saya tidak pandai hendak agak.
(next time kenalah tambah lagi kuantitinya)


  Tutupkan kembali.


 Picit bahagian atasnya pula.


    Ratakan dengan spatula.


Serdak lebihan tadi lekatkan pada bahagian sisi. Buat deko dengan lebihan topping.


   Sweet, simple dan nampak sedap sangatkan.


   Berdebar hendak rasa dan tengok keadaan dalamnya.


 Wah cantiknya!
Cuma line cream cheese nipis sangat.


Alhamdulillah, rasanya sedap. 
Toppingnya juga sedap dengan rasa masam limau nipis. Sangat sedap.
Tidak sangka betul berjaya buat kek ini.



Great experiance.

Sekian.

Tuesday, 9 December 2014

ENTRI 108 : EPOK- EPOK SAYUR.

Bismillah.


Sudah lama berhajat hendak buat kuih ini. Dulu pernah sekali mencuba tapi kuahnya kurang menjadi pula. Kali ni, ok. Berebut budak-budak ini, macam sedap nau. Yang tidak makan taugeh pun boleh sebat macam sudah tidak nampak benda alah itu.
Tidak sangka.

Epok-epok sayur adalah karipap yang berinti sayur dan dimakan dengan kuah taucu,

KUAH TAUCU.

2 biji bawang merah - tumbuk halus.
4 sudu besar cili kisar
4 sudu besar taucu
2 cawan air asam jawa
1/4 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula pasir
1/2 kiub ayam / perasa

KULIT KARIPAP

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin - cairkan
3 sudu besar minyak masak - panaskan bersama marjerin
1 sudu kecil garam halus
Air secukupnya

INTI SAYUR 

2 butir bawang putih - tumbuk halus
1 sudu besar taucu - tumbuk halus
2 keping tahu - dadu
1 cawan taugeh
1 cawan timun -hiris memanjang
1 cawan sengkuang - hiris memanjang
1 cawan air
Sedikit garam, gula dan perasa

Mula-mula buat kuah dulu.


 Taucu masin ini perlu ditoskan dan lalukan air.


    Kemudian lumatkan dalam lesung.


  Selain itu kita perlukan bawang tumbuk, cili kering yang dikisar halus dan air asam jawa.


Tumiskan bawang hingga garing baru masukkan cili kisar. Bila cili sudah garing masuk pula taucu. Bila bau sudah naik, masuk air asam jawa dan perasakan dengan gula, garam dan perasa. Biar mendidih. Kuah siap. 
Buat inti pula. Biasanya guna udang kertas sebagai rencah tapi sebab anak alergi udang, saya skip rencah tu.


Bahan yang biasa digunakan adalah taugeh, timun, sengkuang dan tauhu sebagai ramuan dalam epok-epok ini.


Tumis bawang putih. Bila sudah brown, masukkan taucu yang telah dilumatkan. Masukkan sedikit air. Masuk pula tahu yang telah didadu, goreng sebentar dan masukkan sengkuang pula. Bila sengkuang kelihatan agak layu baru masuk taugeh dan timun. Rasa garam dan gulanya.Gaul sebati dan tutup api.


Tapiskan inti ini. Air yang tertinggal mengandungi perisa sayuran yang sedap. Masukkan ia kedalam kuah taucu.


 Toskan sebentar agar ia tidak berair. Jus yang terkumpul campurkan kedalam kuah .


Gunakan acuan karipap. Doh untuk kulit adalah macam kita buat kulit karipap.
Doh untuk kulit - campurkan marjerin dan minyak panas sedikit-sedikit kedalam tepung yang telah digaul garam halus. Kacau dengan garfu rata-rata. Tambah air sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.. Buat bebola sebesar syiling 50 sen dan gelek dengan penggelek. Masukkan inti sayur dan sapukan sedikit air dikeliling doh sebelum mengelim. Goreng dalam minyak yang banyak.


Kuih ini banyak bergantung pada kesedapan kuahnya. Kuah mesti rasa masam dan rasa taucunya.


Potong dua dan curah kuah kedalamnya. .
Sedap pulak makan time hujan begini.

Tidak cukup.
Mana saya tahu.
Ingat nak testing- testing only..




Sekian.








Friday, 5 December 2014

ENTRI 107 : LABU.

Bismillah.


Tidak tahulah kenapa.
Dari kecil saya tidak pernah lihat baik nenek mahupun kaum keluarga yang lain memasak  labu. Jika ada kenduri kendara, pilihan sayur selalunya nangka muda, pisang muda atau kobis masak lemak ataupun acar timun dan lain-lain yang tidak melibatkan labu. 

Sejak tahu ia salah satu makanan kesukaan Rasullullah saw, saya bulatkan azam untuk mula memasak labu. Rasanya bukan tidak sedap, manis berserat, kaya khasiat juga.
Labu yang direbus dikatakan amat baik untuk merawat tekanan darah juga bagi mengatasi ketidak seimbangan gula dalam darah. 

Saya beli  labu bersaiz sederhana dipasar borong dengan harga RM 4.50 sebiji. 
Walaupun sebiji tapi saya dapat buat macam- macam juadah.


    Labu ada pelbagai bentuk. Ada yang bulat, ada yang pipih.


Berwarna oren terang tanda kaya dengan beta kerotin. Serabut dan bijinya perlu dibersihkan.

Hidangan pertama :
KUIH KU LABU.


Rebus labu yang telah dibersihkan selama 15-20 minit. Cucuk dengan garfu untuk check samada sudah empuk ataupun belum. Jika belum, tambah masa.


Lenyek halus labu yang sudah direbus dan campurkan dengan tepung pulut Tambah sedikit air sehingga terbentuk doh yang lembut.


    Doh akan kelihatan berserat.


Cubit sedikit doh dan bulatkan. Masukkan inti kacang hijau dan tutup semula. Lonjongkan bentuknya dan sepit dipermukaan atas sebagai corak.


   Kuih ku yang belum dimasak.


Alaskan setiap kuih diatas daun pandan yang agak lebar atau daun pisang yang telah disapu sedikit minyak mengikut saiz kuih. Susun dalam loyang,yang juga telah disapu sedikit minyak.Pastikan ada jarak antara satu sama lain. Kuih akan sedikit mengembang dan mudah melekat-lekat ketika masih panas.


Pastikan air kukusan sudah pun mendidih. Kukus dalam masa 10 minit.


  Sudah masak pun kuih Ku labu.


Warnanya terang dan cantik, warna semulajadi dari labu. Sedap kerana tepungnya lembut.
Misi seterusnya, saya buat kuih yang basicnya sama

KUIH KOCI LABU.
( versi moden )



Caranya sama seperti diatas, rebus dulu labu dan campurkan kedalam tepung pulut. Kuantitinya boleh sama banyak atau tepung pulut lebih sedikit dari jumlah labu lenyek.


  Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan kembali.


Rebus dalam air yang mendidih yang diletak daun pandan didalamnya selama 4 minit sehingga ia timbul. Toskan.


Masukkan kuih yang siap direbus kedalam kuah santan yang telah siap dimasak.


    Sangat sedap.


Sangat moden. Tanpa daun pisang. Ringkas dan cepat.

Hidangan seterusnya...
LABU MASAK LEMAK PUTIH.



Ramuannya sangat mudah. Bawang merah dan sedikit ikan bilis sebagai rencah. Kita juga perlukan daun kunyit untuk aroma.


 Nama pun masak lemak, kenalah ada santan


Satukan semua diatas dalam satu periuk. Masuk garam Oleh kerana saya masak sedikit sahaja lalu saya masukkan 1/4 kiub ikan bilis saja. Jika kita gunakan kiub ayam / ikan bilis, kita perlu masukkan sedikit gula untuk balancekan rasanya.


Masak dengan api perlahan kerana labu ini cepat empuk. Siap!


Gandingan terbaik- masak lemak dengan sambal belacan.
Yang terakhir, dengan baki labu yang ada, saya buat pengat.

PENGAT LABU.



Saya suka gunakan separuh santan dan separuh lagi susu cair. Sangat sedap. Selain itu kita perlukan sedikit biji sagu sebagai pelengkap.
Rasa syukur bila dapat masak dan menjamah antara juadah kegemaran Rasulullah.
Alhamdulillah..


Sekian.